Keputusan Perlawanan & Carta EPL 2022-2023 Terkini

Bagi peminat EPL, carta EPL mingguan pastinya menjadi tempat rujukan mereka setiap hujung minggu bagi mendapatkan perkembangan terkini pasukan kegemaran masing-masing.

Berikut merupakan latarbelakang Liga Perdana Inggeris dan carta EPL terkini yang telah dikemaskini bagi EPL Musim 22/23.

Sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL)

Liga Perdana Inggeris ialah liga sukan paling banyak ditonton di dunia, disiarkan di 212 wilayah kepada 643 juta rumah dan potensi penonton TV sebanyak 4.7 bilion orang.

Liga Perdana Inggeris ialah peringkat tertinggi sistem liga bola sepak Inggeris lelaki.

Setiap musim, 20 kelab akan berlawan sepanjang musim yang biasanya berlangsung dari Ogos hingga Mei dengan setiap pasukan bermain 38 perlawanan (bermain kesemua 19 pasukan lain di tempat sendiri dan di tempat lawan).

Kebanyakan permainan dimainkan pada petang Sabtu dan Ahad, dengan perlawanan petang hari minggu sekali-sekala.

Artikel berkaitan: Harimau Malaya : Pemain, Jersi, Logo, Lagu & Ranking Terkini

carta epl liga perdana inggeris 2023

Senarai Pasukan & Stadium

Berikut adalah senarai 20 pasukan yang bertanding dalam mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2022/2023.

TeamStadium
ArsenalEmirates Stadium
Aston VillaVilla Park
BournemouthDean Court
BrentfordBrentford Community Stadium
Brighton & Hove AlbionFalmer Stadium
ChelseaStamford Bridge
Crystal PalaceSelhurst Park
EvertonGoodison Park
FulhamCraven Cottage
Leeds UnitedElland Road
Leicester CityKing Power Stadium
LiverpoolAnfield
Manchester CityEtihad Stadium
Manchester UnitedOld Trafford
Newcastle UnitedSt James’ Park
Nottingham ForestCity Ground
SouthamptonSt Mary’s Stadium
Tottenham HotspurTottenham Hotspur Stadium
West Ham UnitedLondon Stadium
Wolverhampton WanderersMolineux Stadium

Carta EPL 22/23

Sejak awal musim, Arsenal meletakkan diri mereka lebih keterhadapan berbanding pesaing-pesaing lain dalam carta EPL.

Pasukan bimbingan Mikel Arteta seakan-akan suukar digugat dengan kekuatan skuad yang seimbang dan taktikal yang lebih baik daripada musim-musim sebelumnya.

Juara musim 21/22, Manchester City merupakan pencabar utama Juara EPL bagi Musim 22/23 namun terpaksa mengharapkan Arsenal terus mencicirkan mata sekiranya mereka ingin merangkul sekali lagi sebagai juara pada musim kali ini.

Kehebatan Erling Haaland semenangnya cukup digeruni lawan dengan jumlah gol yang dijaringkan namun Manchester City tetap perlu mengharapkan Arsenal mencicirkan mata agar mereka boleh mengejar.

Nota:

  1. 4 pasukan teratas dalam carta EPL layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan
  2. 3 pasukan tercorot akan relegasi ke liga bawahan

Sumber: https://www.sofascore.com/tournament/football/england/premier-league/17

Fakta Menarik Liga Perdana Inggeris

Liga Perdana yang sering disebut sebagai Liga Perdana Inggeris atau EPL di luar England merupakan tahap teratas dalam sistem liga bola sepak Inggeris.

Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai pertandingan liga boleh sepak berprestij ini;

  1. Man Utd mencatatkan kejayaan paling banyak dengan 13 gelaran dalam 30 musim setakat ini.
  2. Man City mempunyai rekod Liga Perdana untuk margin kemenangan terbesar, apabila mereka menamatkan 19 mata di depan Manchester United di tempat kedua pada 2017/18.
  3. Margin kemenangan paling kecil iaitu +8 perbezaan gol datang pada 2011/12 apabila jaringan Sergio Aguero, pada masa kecederaan pada hari terakhir musim, memberikan Man City gelaran dalam penamat Liga Perdana yang paling dramatik.
  4. Arsenal pimpinan Arsene Wenger adalah satu-satunya pasukan yang mengharungi keseluruhan kempen Liga Perdana Inggeris tanpa kalah.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!