Cara Solat Duduk Atas Kerusi – Panduan Lengkap

Cara Solat Duduk Atas Kerusi - Panduan Lengkap
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Cara Solat Duduk Atas Kerusi – Panduan Lengkap

Sebagai individu yang beragama Islam, solat adalah merupakan satu kewajipan. Perintah untuk bersolat adalah suatu fardu ke atas setiap mukalaf. 

Kefarduan solat merangkumi dalam setiap keadaan, sama ada ketika bermusafir atau bermukim, dalam keadaan sakit atau sihat. 

Oleh itu solat hendaklah ditunaikan sama ada dilakukan secara berdiri, duduk, berbaring atau secara isyarat sahaja. 

Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan panduan lengkap cara solat duduk atas kerusi untuk rujukan semua. 

BACA JUGA: Niat Solat Jemaah & Kelebihan Melakukannya

Kepentingan Solat

Terdapat banyak ayat Al Quran dan hadis yang menunjukkan dalil serta kepentingan menunaikan solat. Salah satunya ialah seperti dalam Surah Taha ayat 14; 

Firman Allah Taala:

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

Maksudnya: Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Hukum Solat Bagi Orang Yang Tidak Mampu Berdiri

Berdiri atau Qiyam adalah rukun solat yang wajib dipatuhi. 

Namun, syarak membenarkan seseorang itu duduk sekiranya dia tidak mampu berdiri. Inilah bukti keindahan Islam yang sentiasa memberi kemudahan kepada penganutnya. 

Seseorang yang tidak mampu solat secara berdiri, dia dibolehkan bersolat secara duduk. Jika tidak mampu duduk, maka dibolehkan solat secara mengiring dan begitulah seterusnya. 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Imran bin Hussein  yang mengadu kepada Rasulullah  tentang beliau mengidap penyakit bawasir, lalu Rasulullah  bersabda yang bermaksud:

“Solatlah secara berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solatlah secara duduk, jika kamu tidak mampu juga, maka solatlah di atas rusuk (mengiring). “

– Riwayat al-Bukhari

Cara Solat Duduk Atas Kerusi - Panduan Lengkap

Keuzuran Yang Dibenarkan Untuk Solat Secara Duduk

  • Tidak mampu untuk berdiri.
  • Mempunyai penyakit yang akan bertambah teruk sekiranya bersolat secara berdiri. 
  • Berada di atas kapal, sampan, atau perahu, yang ditakuti akan tenggelam sekiranya melakukan solat secara berdiri di atasnya. 
  • Seseorang yang berasa pening kepala. 
  • Sakit yang boleh mengganggu khusyuk di dalam solat. 
  • Solat di atas kapal terbang jika dikhuatiri jatuh atau berada pada kedudukan yang tidak stabil apabila dilakukan solat secara berdiri.
  • Solat di dalam kereta api seperti perkhidmatan ETS (Electric Train Service) dan seumpamanya. Seseorang yang mengalami penyakit salis al-baul yang jika sekiranya dia berdiri akan menyebabkan air kencingnya mengalir atau lebih banyak akan mengalir keluar. 

Cara Solat Duduk Atas Kerusi

Cara Solat Duduk Atas Kerusi - Panduan Lengkap

Bagi sesiapa yang mempunyai kesulitan untuk menunaikan solat secara berdiri disebabkan oleh penyakit ataupun perkara selainnya, anda boleh rujuk cara solat duduk atas kerusi seperti di bawah:

  1. Duduk menghadap kiblat: Selepas takbiratul ihram, kedua-dua tangan diletak di antara pusat dan dada sepertimana solat berdiri.
  1. Apabila rukuk badan ditundukkan sedikit dengan niat rukuk dan kedua-dua tangan diletak di atas paha di pangkal lutut.
  1. Iktidal, badan ditegakkan semula. Tangan dilepaskan ke bawah.
  1. Sujud dilakukan dengan badan dibongkokkan lebih sedikit daripada kedudukan rukuk.
  1. Untuk duduk diantara dua sujud atau tahiyat, badan ditegakkan kembali dengan kedua-dua tangan dihujung pada seperti kedudukan awal.
  1. Solat dilaksanakan menurut tertib hingga selesai memberi salam.
Cara Solat Duduk Atas Kerusi - Panduan Lengkap

Untuk panduan yang lebih terperinci, sila rujuk PDF di bawah: 

Panduan Video Solat Secara Duduk

Anda juga boleh rujuk video di bawah:

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan rujukan semua. Selamat beribadah!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut