Cara Renew Lesen GDL – Online & Manual, Harga & Borang 2024

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sekiranya anda pemegang lesen GDL, anda perlulah tahu cara untuk renew lesen GDL kerana lesen ini perlu diperbaharui setiap tahun.

Adalah menjadi satu kesalahan besar sekiranya anda memandu kenderaan perdagangan sekiranya lesen GDL anda telah tamat tempoh walaupun lesen kompetan anda masih belum tamat tempoh.

Apa Itu Lesen GDL

Goods Driving License (GDL) merupakan lesen yang membolehkan seseorang individu itu membawa kenderaan perdagangan.

Lesen GDL ini juga dikenali sebagai Lesen Memandu Vokasional, bersama-sama dengan lesen Public License Vehicle (PSV) bagi pemandu perkhidmatan pandu-seru sepert Grab.

Artikel berkaitan: Cara Daftar Pemandu Grab (E-Hailing, GrabCar, GrabExpress)

Syarat-syarat Renew Lesen GDL

Berikut merupakan syarat-syarat memperbaharui (renew) lesen GDL:

  1. Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1 tahun sahaja;
  2. Tidak disenaraihitamkan;
  3. Mengemukakan laporan perubatan dan tempoh sah laku laporan perubatan (Borang JPJ L8) tidak melebihi satu (1) tahun;
  4. Lesen Memandu kompeten (CDL) mesti berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.

Harga

Seperti yang dinyatakan dalam laman web rasmi JPJ, harga untuk renew lesen GDL adalah RM20 sahaja.

Lesen GDL ini hanya boleh diperbaharui untuk tempoh maksimum 1 tahun sahaja.

Sumber: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pemandu/-/knowledge_base/pemandu/kadar-bayaran-bagi-pelesenan-pemandu

Cara Perbaharui Lesen GDL Secara Manual

Proses renew lesen GDL anda boleh dilakukan di JPJ Negeri/ Cawangan, UTC dan Kaunter JPJ.

Anda hendaklah menghadirkan diri bersama-sama dengan dokumen yang disenaraikan di bawah.

Dokumen Yang Diperlukan

Bagi proses renew lesen GDL, anda hendaklah membawa bersama-sama dokumen di bawah ini:

  1. MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
  2. Pengenalan diri asal wakil;
  3. Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal atau salinan;
  4. Pengesahan kesihatan Pegawai Perubatan(Borang JPJL8);
  5. 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
  6. Bayaran RM20.00/tahun;
  7. Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga Singapura);

Muat Turun Dokumen

renew lesen gdl

Seperti yang dinyatakan di atas, setiap individu yang ingin memperbaharui lesen perlulah membawa bersama-sama borang Pengesahan kesihatan Pegawai Perubatan(Borang JPJL8).

Untuk memuat turun borang JPJL8 terkini, sila muat turun melalui laman web JPJ dari pautan https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pelesenan-pemandu/-/knowledge_base/perlesenan-pemandu/borang-permohonan-lesen-vokasional-jpj-l8a

Cara Perbaharui Lesen GDL Secara Online

Sehingga saat ini, proses renew lesel GDL hanya boleh dilakukan secara manual sahaja seperti yang dinyatakan di atas.

Berbanding lesen kompetan, lesen GDL tidak boleh diperbaharui secara online.

Pastikan lesel GDL akan tidak tamat dalam tempoh yang terlalu lama bagi mengelakkan lesen tersebut dibatalkan.

Berdasarkan seksyen 29, Akta Pengangkutan Jalan Malaysia (APJ) 1987, lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan adalah terbatal secara automatik seperti berikut:

  1. Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh melebihi 1 tahun.
  2. Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.
  3. Lesen Vokasional tamat tempoh melebihi 3 tahun.
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut