Cara dapatkan Sijil STPM yang hilang penting untuk diketahui jika anda berdepan situasi kehilangan dokumen ini. Jangan risau, terdapat langkah rasmi yang boleh diikuti untuk mendapatkannya semula dengan mudah dan cepat. Bagi yang kehilangan sijil STPM, anda boleh memohon secara online melalui laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan di pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/salinansijil/
Berikut kami kongsikan caranya.
Mengenai STPM
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah salah satu daripada sistem pra-universiti yang utama untuk kemasukan universiti awam di Malaysia. Sistem yang lain adalah Program Matrikulasi.
STPM diterima oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel, Amerika Syarikat dan Ireland serta lain – lain negara bukan Komanwel. Ini adalah kerana STPM diiktiraf setaraf dengan A-level.
Objektif STPM
- Meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi.
- Memberi pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi.
- Memberi pendidikan yang setara dengan program prauniversiti yang lain.
- Memastikan murid lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.
- Membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisme, dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional.
Syarat Menduduki STPM
Syarat kelayakan untuk menduduki peperiksaan STPM yang baharu ialah calon perlu lulus Bahasa Melayu* dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut:
- SPM tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya
- SPM (Vokasional)
- Malaysian Certificate of Education (MCE)
- Federation of Malaya Certificate of Education
- Cambridge School Certificate
- GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan)
- SPM tahun 2000 hingga tahun 2010 yang diperoleh dalam satu peperiksaan dengan mendapat
- sekurang-kurangnya gred C bagi tiga mata pelajaran, atau
- sekurang-kurangnya gred C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran yang lain
Calon yang mempunyai kelayakan seperti yang disenaraikan di atas mestilah memperoleh kelayakan itu sekurang-kurangnya dua tahun sebelum mengambil peperiksaan STPM.
Calon yang mempunyai kelayakan luar negara yang setaraf dengan peperiksaan SPM hendaklah memohon kebenaran terlebih dahulu untuk mengambil peperiksaan STPM daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.
*Calon yang memenuhi syarat (g) tetapi gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menggunakan keputusan lulus Bahasa Melayu yang diambil dalam peperiksaan SPM Ulangan. Calon yang berasal dari luar negara dikecualikan daripada syarat lulus Bahasa Melayu peringkat peperiksaan SPM.
** Kelulusan peringkat biasa dalam GCE/SAP bermakna kepujian pada peringat SPM/MCE.
Cara Dapatkan Sijil STPM yang Hilang
Cara untuk mendapatkan sijil ini yang hilang boleh dilakukan menerusi cara berikut:

LANGKAH 1: Layari laman web ini: http://webmpm1.mpm.edu.my/salinansijil/

LANGKAH 2: Log Masuk ke dalam portal dengan mengisi butiran seperti Nombor Kad Pengenalan, dan Nombor Telefon Bimbit. Kemudian klik butang “Hantar”.

LANGKAH 3: Jika data anda terdapat dalam sisten, skrin akan memaparkan “Tahun Peperiksaan yang diduduki”. Klik butang “Teruskan”.

LANGKAH 4: Jika data anda tidak terdapat dalam sistem, skrin akan memaparkan “Tiada Rekod Ditemui”.

LANGKAH 5: Maklumat permohonan dan bayaran akan terpapar. Anda perlu masukkan segala maklumat yang diperlukan seperti alamat emel, kaedah proses, mod bayaran, dan jumlah.

LANGKAH 6: Pilih kaedah proses “Mengambil Sendiri” untuk permohonan pengutipan salinan sijil sendiri.

LANGKAH 7: Pilih kaedah proses “Poslaju” untuk permohonan salinan sijil melalui penghantaran. Calon perlu masukkan alamat. Input bertanda* adalah mandatori.

LANGKAH 8: Pilih Mod Bayaran. Pembayaran boleh dilakukan melalui dua Mod Bayaran. Pilih Mod Bayaran “MIGS” bagi bayaran guna kad kredit atau debit. Klik Teruskan untuk meneruskan pembayaran.

LANGKAH 9: Pilih Mod Bayaran “FPX” jika anda bayar melalui FPX. Klik Teruskan untuk meneruskan pembayaran.

LANGKAH 10: Semak maklumat calon dan klik butang “BAYAR” untuk buat bayaran.

LANGKAH 11: Skrin FPX bank akan terpapar sekiranya anda menggunakan Mod Pembayaran secara FPX.

LANGKAH 12: Skrin resit pembayaran akan terpapar. Pembayaran yang berjaya akan menerima notifikasi “Status: Successful | Berjaya”. Klik butang “Cetak” untuk mencetak resit. Klik butang “Teruskan” untuk memilih tahun Peperiksaan.

LANGKAH 13: Pembayaran yang tidak berjaya akan menunjukkan “Status : Failed | Gagal”.

LANGKAH 14: Jika status pembayaran berjaya, paparan tahun peperiksaan dan PNGK dikeluarkan.

LANGKAH 15: Calon perlu memilih tahun Peperiksaan bagi Salinan sijil dikehendaki. Kemudian, klik butang “Teruskan”.

LANGKAH 16: Skin makluman permohonan berjaya akan terpapar seperti di bawah. Boleh klik butang “Keluar” untuk keluar dari sistem.

Info Lanjut
Info lanjut mengenai sijil ini, sila layari laman web Lembaga Peperiksaan iaitu http://webmpm1.mpm.edu.my/salinansijil/
Baca juga: Cara Dapatkan Semula Sijil SPM Yang Hilang




