Cameron Highlands Flora Park – Harga Tiket Masuk & Cara Beli

Cameron Highlands Flora Park - Harga Tiket Masuk & Cara Beli
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Trip ke Cameron Highlands anda tidak lengkap tanpa berkunjung ke Cameron Highlands Flora Park ini!

Cameron Highlands Flora Park adalah merupakan salah satu tempat menarik di Cameron Highlands yang menawarkan pelbagai jenis bunga berwarna-warni dengan lanskap indah yang memukau.

Kalau anda suka bunga atau nak cari spot terbaik untuk ambil gambar, atau kedua-duanya sekali, anda memang wajib singgah sini. 

Jom baca lebih lanjut mengenai Cameron Highlands Flora Park termasuk harga tiket masuk dan cara beli dalam perkongsian di bawah. 

BACA JUGA: Cameron Highland: Tarikan Utama & Cadangan Tempat Penginapan Popular

Cameron Highlands Flora Park

Cameron Highlands Flora Park merupakan sebuah taman bunga yang terletak di kawasan Kea Farm, Cameron Highlands. 

Taman ini telah dibuka kepada orang ramai sejak tahun 2023 lagi dan berjaya menjadi tarikan utama di Cameron Highlands.

Keunikan Cameron Highlands Flora Park terletak pada konsepnya yang menggabungkan pelbagai jenis taman dalam satu kawasan. Pengunjung akan dapat menikmati pelbagai jenis bunga dari seluruh dunia, termasuk spesies yang jarang dilihat di Malaysia. 

Taman ini bukan sahaja mempamerkan bunga-bunga yang cantik, tetapi juga menjadi platform pendidikan di mana pengunjung boleh belajar tentang kepelbagaian flora dan kepentingan pemuliharaan alam sekitar. 

Selain itu, Cameron Highlands Flora Park jugai dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk kafe, kawasan piknik, dan bahkan taman permainan kanak-kanak. Ini menjadikannya destinasi yang sesuai untuk semua peringkat umur sama ada anda datang bersama keluarga,anak-anak, rakan-rakan, atau pasangan. 

Lokasi & Waktu Operasi

Lokasi:

Cameron Highlands Flora Park terletak di Kea Farm, Cameron Highlands, Pahang. Lebih kurang hanya 6 minit berjalan kaki dari Pasar Kea Farm yang terkenal tu da berdekatan dengan beberapa tarikan lain seperti Sheep Sanctuary, Pusat Teh BOH dan Centrum Shopping Mall.

Lokasi ini bukan sahaja mudah diakses, tetapi juga menawarkan pemandangan yang memukai kerana dikelilingi oleh bukit-bukau yang hijau dan ladang-ladang yang subur.

Cara ke sana:

Untuk sampai ke Cameron Highlands Flora Park, anda perlu menuju ke Kea Farm yang terletak kira-kira 5 kilometer dari bandar Brinchang. 

Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, perjalanan ke Cameron Highlands mengambil masa sekitar 3 hingga 4 jam/ . Setelah tiba di Cameron Highlands, ikut papan tanda ke arah Kea Farm, dan anda akan dapat melihat petunjuk ke Cameron Highlands Flora Park. 

Kalau anda naik pengangkutan awam, anda boleh berhenti di “FLORA PARK PARKING”. 

NOTA: Cameron Highlands Flora Park menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma dari tempat letak kereta Pasar Kea Farm ke pintu masuk taman ini. 

Waktu Operasi:

Taman ini dibuka setiap hari (Ahad hingga Isnin) bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 7.00 malam. Panggilan akhir untuk masuk adalah pada pukul 5.30 petang. 

Tarikan Utama

Ada apa sahaja di  Cameron Highlands Flora Park ni? Jom kita tengok beberapa tarikan utama yang ada di sini:

1. Glass Sanctuary

Glass Sanctuary ni sebenarnya rumah hijau yang menempatkan pelbagai spesies bunga yang unik dan hanya boleh hidup di kawasan Cameron Highlands. 

Bunga-bunga tersebut ditanam di dinding dan lantai rumah kaca ini, menjadikannya sangat estetik dan menarik di setiap sudut.

2. Golden Maple Bridge

Golden Maple Bridge adalah merupakan jambatan yang menjadi lokasi popular untuk mengambil gambar, terutamanya dengan latar belakang bukit-bukau Cameron Highlands. 

Jambatan ini dihiasi dengan bunga-bunga yang cerah menjadikannya sangat cantik dan instagramable!

3. Petunia Garden

Taman ini dipenuhi dengan ribuan bunga petunia pelbagai warna. Pengunjung boleh menikmati pemandangan dan aroma segar bunga-bunga ini sambil berjalan di laluan yang disediakan. Cantik sangat!

4. Flora Hills

Flora Hills adalah tarikan yang paling popular di Cameron Highlands Flora Park. Bukit yang dipenuhi dengan bunga-bunga indah ini sangat menarik untuk dijadikan spot mengambil gambar. 

Lebih-lebih lagi dengan kehadiran tangga dan laluan berwarna putih. Dah macam pemandangan musim bunga di luar negara!

5. Hobbiton Village

Hobbiton Village ini direka dengan inspirasi dari filem “The Lord of the Rings”. Selain menjadi lokasi popular untuk sesi fotografi, ia juga menawarkan pengalaman high tea yang unik. 

Pengunjung boleh menikmati high tea di dalam rumah hobbit ini beserta hidangan yang pelbagai. 

Pakej High tea di Hobbiton Village ditawarkan dalam dua sesi dengan harga RM388/2 pax:

  • 11:00 pagi hingga 1:00 petang
  • 3:00 petang hingga 5:00 petang

Tempahan boleh dilakukan di sini: https://cameronflorapark.com.my/hobbiton-village 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh sertai bengkel terrarium di Hobbiton Village ini. Sesi ini perlukan tempahan awal. Anda boleh lakukan tempahan di sini: https://cameronflorapark.com.my/terrarium-workshop 

6. Stairway to Infinity

Stairway to Infinity adalah satu lagi spot menarik di taman ini. Struktur tangga logam ini bukan sahaja menawarkan peluang untuk mengambil gambar ilusi optik yang menari tetapi juga memberikan pemandangan 360 darjah taman dan kawasan sekitarnya dari puncaknya.

7. The Views Glass House Cafe

The Views Glass House Cafe menawarkan beberapa menu menarik seperti kopi dan pastri. Pengunjung juga boleh menikmati keindahan Cameron dari tempat duduk kafe ini. 

8. Cameron Sakura Garden 

Taman ini mempunyai laluan pejalan kaki yang dikelilingi oleh bunga-bunga merah jambu yang cantik, menyerupai bunga sakura. 

Taman ini menawarkan pakej piknik khas yang membolehkan pengunjung menikmati hidangan lazat sambil dikelilingi oleh pemandangan yang memukau. Anda boleh sendiri beberapa menu yang ditawarkan dengan harga serendah RM288/2 pax. 

Pengunjung boleh memilih antara dua slot masa, sama ada dari pukul 11:00 pagi hingga 1:00 petang atau dari 3:00 petang hingga 5:00 petang. 

Tempahan boleh dilakukan di sini: https://cameronflorapark.com.my/picnic-packages 

9. Four Season Flower Garden 

Four Season Flower Garden mempamerkan pelbagai jenis bunga berwarna-warni yang mekar sepanjang tahun, mewakili empat musim yang berbeza. 

Taman ini menawarkan pelbagai sudut yang sesuai untuk mengambil gambar. Pengunjung boleh berjalan di laluan yang disediakan sambil menikmati keindahan bunga-bunga yang tersusun rapi. 

Selain daripada menikmati pemandangan bunga, Four Season Flower Garden juga menyediakan ruang untuk berehat. Pengunjung boleh mengambil masa untuk duduk dan menikmati ketenangan taman ini. 

10. Forest Explorer Playground

Yang bestnya lagi, dekat sini ada taman permainan untuk kanak-kanak. Jadi, kalau anda bawa anak-anak bersama, boleh bawa mereka bermain di sini sambil anda menikmati keindahan bunga-bunga yang ada. 

Harga Tiket Masuk & Cara Beli 

Harga tiket masuk ke Cameron Highlands Flora Park adalah RM50 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak berumur 4-11 tahun. Pengunjung dinasihatkan untuk membawa MyKid bagi kanak-kanak untuk mendapatkan harga tiket kanak-kanak. 

Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun boleh masuk secara percuma. Harga ini adalah untuk tiket masuk asas sahaja dan tidak termasuk pakej-pakej tambahan yang ditawarkan.

Untuk membeli tiket, pengunjung perlu terlebih dahulu pergi ke tempat berkumpul yang dikenali sebagai “Flora Park Parking” berhampiran Kea Farm. 

Di sini, anda boleh meletakkan kenderaan anda. Kemudian, anda akan dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk perjalanan singkat kira-kira 1 km ke taman bunga tersebut. 

Tiket hanya boleh dibeli setelah anda tiba di pintu masuk taman bunga, bukan di tempat letak kereta. 

Beli Tiket Masuk Cameron Highlands Flora Park di KLOOK

Anda juga boleh membeli tiket masuk ke Cameron Highlands Flora Park secara dalam talian melalui laman web rasmi berikut: https://cameronflorapark.com.my/bookings 

Atau, melalui platform KLOOK untuk tawaran lebih istimewa. 

Klook.com

BUAT TEMPAHAN TIKET ANDA SEKARANG DI SINI:

Maklumat Lanjut 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman sesawang Cameron Highlands Flora Park

Email: [email protected] 

WhatsApp: 0126543657

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut