Permohonan Pembiayaan Bumiputera Relief Financing (BRF)

Bumiputera Relief Financing (BRF) merupakan sebuah inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA).

Ia bertujuan untuk membantu usahawan dan perniagaan bumiputera yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Dibawah ini kami berikan info berkaitan untuk rujukan usahawan-usahawan yang berminat.

Pakej Pembiayaan Bumiputera Relief Financing

Baca juga: Permohonan Program SUPERB 2020

Jumlah Pembiayaan

RM100 ribu sehingga RM1 juta

Skop Pembiayaan

  • Modal kerja
  • Perbelanjaan operasi (6 bulan maksimum)
  • Sistem automasi & peralatan
  • Perbelanjaan untuk melaksanakan amalan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19

Tempoh Pembiayaan

Tempoh maksimum pembiayaan adalah selama 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium secara automatik pada prinsipal dan keuntungan

Kadar Keuntungan

Kadar keuntungan adalah sebanyak 3.5% setahun berdasarkan pengiraan asas bulanan

Tempoh Ketersediaan Pembiayaan

Bermula dari tarikh pengumumn sehingga 30 November 2020 atau sehingga keseluruhan pembiayaan telah disalurkan. (Mana-mana yang terahulu).

Syarat Kelayakan BRF

  • Syarikat PKS (Yang didaftar mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh SMR Corp Malaysia) mengikut kategori di bawah:
    • Pembuatan – Hasil perolehan jualan tidak melebihi RM50 juta atau memiliki pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang
    • Perkhidmatan dan sektor lain – Hasil perolehan jualan tidak melebihi RM20 juta atau memiliki pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang
  • Syarikat yang berdaftar dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau badan-badan Kerajaan/pihak berkuasa tempatan yang diiktiraf. Ini TIDAK termasuk entiti yang tersenarai di Bursa Malaysia dan syarikat-syarikat subsidiari entiti berikut:
    • Syarikat Senarai Awam (tempatan atau asing)
    • Syarikat Multinasional (MNC)/Firma besar)
    • Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs)
    • Syarikat Milik Kerajaan Negeri
    • Koperasi
  • Perniagaan milik Bumiputera (sekurang-kurangnya 70% pemegang saham syarikat adalah Bumiputera)
  • Perniagaan berlandaskan Shari’ah
  • Rekod kewangan yang memuaskan

Sektor/ Industri Pembiayaan

Sektor Yang Dibiaya

  • Peruncitan & Pengedaran Perdagangan
  • Kejuruteraan & Pembuatan
  • Sistem & Automasi
  • Kesihatan
  • Hospitaliti
  • Penggerak Perniagaan (pembangunan perisian, logistik, penggudangan & perkhidmatan penghantaran)
  • Kreatif (kraftangan, cenderahati, seni lukis, seni halus (kaligrafi), animasi (infografik), hiasan dalaman dan fesyen)

Sektor Yang Tidak Dibiaya

  • Pertanian & Perlombongan
  • Perumahan & Hartanah
  • Kewangan (Pembiayaan dan pajakan samada produk kewangan/bukan kewangan, bitcoin, dagangan wang asing (forex), pajak gadai dan perkhidmatan kiriman wang)
  • Perniagaan Tidak Patuh Shari’ah

Proses Permohonan

1)PERMOHONAN

  • Pemohon boleh menghantar permohonan beserta dokumen diperlukan secara atas talian di portal rasmi PUNB

2)PENILAIAN & KELULUSAN 

  • Permohonan akan disemak oleh pegawai PUNB bagi proses kelulusan oleh Jawatankuasa Penilaian.
  • Pemohon akan dihubungi oleh PUNB melalui panggilan telefon, email atau SMS bagi memaklumkan status kelulusan permohonan untuk proses seterusnya, iaitu tandatangan dan serahan surat tawaran pembiyaan.

3)PENGELUARAN DANA DAN PELAKSANAAN

  • PUNB akan menyalurkan pembiayaan kepada usahawan yang layak setelah kesemua dokumen dan syarat pengeluaran dana dipenuhi.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

  • Dokumen berkanun syarikat seperti:
    • M&A, Borang24,44,49 (Sdn Bhd)
    • Borang B&D (Milikan tunggal & Perkongsian)
    • Sijil/Kelayakan Profesional (Guaman, Arkitek, Perakaunan – jika ada)
    • Sdn Bhd – Penyata KWSP, LHDN & PERKESO
    • Lain-lain dokumen berkaitan
  • Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tempoh 2 tahun terkini (Sdn Bhd)
  • Akaun Pengurusan 2019 (Sdn Bhd)
  • Laporan Jualan Bulanan 2019 & 2020
  • Penyata akaun bank bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Profil syarikat (sekiranya ada)
  • Senarai penganugerahan kontrak/bukti kontrak-kontrak terdahulu (sekiranya ada)
  • Surat/sebarang bukti bagi moratorium yang telah diberikan oleh pihak bank bagi pembiayaan yang sedia ada
  • Salinan kad pengenalan Pengarah/rakan kongsi/pemilik tunggal/pemegang saham
  • Borang persetujuan bagi pengesahan rekod kredit pemohon
  • Penyerahan lesen daripada pihak berkuasa tempatan dan persekutuan yang relevan serta perjanjian penyewaan yang sah
  • Bukti perniagaan terkesan daripada ekonomi yang merudum disebabkan oleh pandemik COVID-19 (jika ada) seperti Surat Fasiliti Pembiayaan Penstrukturan & Penjadualan Semula dari institusi kewangan lain, diskaun sewaan,pengecualian dari pemilik hartanah (jika melibatkan premis) dan berkaitan.

Keistimewaan Pembiayaan

  • Pemberian moratorium selama 6 bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran dana
  • Tiada cagaran diperlukan
  • Kelulusan pembiayaan dalam tempoh 3 minggu (beserta dokumen dan maklumat yang lengkap)

Yuran Yang Perlu Dibayar (Ditolak Daripada Pembiayaan)

  • Pemprosesan
  • Dokumentasi
  • Setem Duti
  • 3 bulan deposit sekuriti
  • Takaful Hayat dan Premis (Kebakaran & Kecurian/Pecah Masuk)

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat atau pertanyaan, anda boleh layari laman web rasmi PUNB atau berhubung terus dengan mereka melalui email ini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!