Siapa yang tidak mengenali buah pala sejenis herba yang mampu memberikan aroma wangi dan penguat rasa dalam masakan?
Bila kajian dilakukan, rupa-rupanya herba ini memiliki pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia dan tidak terbatas dalam penggunaan dalam masakan sahaja.
Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah pala dan perbezaanya dengan buah keras.
Baca juga:
Apa itu buah pala?
Buah pala (Myristica fragrans) merupakan sejenis herba yang digunakan dalam pelbagai jenis masakan di negara kita.
Indonesia adalah negara pengeluar utama buah ini di dunia. Namun kini ia boleh didapatkan hampir di seluruh kawasan tropika dengan 100 jenis spesis.
Hanya beberapa jenis spesis sahaja yang mampu mengeluarkan bau wangi dan hanya jenis Myristica fragrans sahaja mengandungi bahan perasa yang boleh digunakan dalam masakan.
Buah pala berbentuk bulat bujur, dengan panjang sekutar 5-8 cm, isi tebal warna putih atau kuning pucat.
Buah yang matang nantinya akan merekah mendedahkan biji berwarna hitam atau coklat yang diselaputi oleh selaput berwarna merah.
Fakta kandungan nutrisi
Buah pala mempunyai nilai khasiat yang tinggi terutamanya kandungan kalium, karbohidrat dan lemak.
Bagi setiap 100 gram buah pala segar dan jeruk buah pala, kandungan nutrisinya adalah seperti berikut:
Zat Pemakanan (unit) | Buah Pala Segar | Jeruk Buah Pala |
---|---|---|
Tenaga (kcal) | 510.0 | 239.0 |
Air (g) | 14.0 | 38.1 |
Lemak (g) | 36.4 | 0.2 |
Protein (g) | 7.4 | 0.2 |
Fiber (g) | 3.5 | 1.6 |
Abu (g) | 0.4 | 1.0 |
Kalsium (mg) | 24.0 | 1.0 |
Fosforus (mg) | 12.0 | 23.0 |
Karbohidrat (g) | 38.3 | 58.9 |
Zat besi (mg) | 0.4 | 0.3 |
Natrium (mg) | 2.0 | 310.0 |
Kalium (mg) | 79.0 | 12.0 |
Karoten (mg) | 7.0 | 12.0 |
Vitamin B1 (mg) | 0.01 | 0 |
Vitamin B2 (mg) | 0.02 | 0.1 |
Beza buah pala dan buah keras
Ciri-Ciri | Buah Pala | Buah Keras |
---|---|---|
Bentuk | Lonjong | Agak bulat dan memiliki bahagian yang tumpul |
Warna | Gelap | Kuning keputihan |
Saiz | Sebesar ibu jari tetapi tidak sebesar telur puyuh | Sedikit kecil berbanding buah pala |
Tekstur | Ada kerutan permukaan kulit bijinya | Lebih halus |
Rasa dan aroma | Wangi seakan hidangan peranakan Timur Tengah seperti kari dan gulai. Hangat dan agak pedas | Tawar. Bila dimakan mentah rasanya seperti kacang |
Khasiat dan manfaat
Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:
1. Mengandungi antioksidan yang tinggi
Saiz yang kecil pada buah pala tidak membatasinya dengan kandungan nutrisi yang banyak.
Misalnya kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah ini boleh melindungi sel tubuh badan dari rosak disebabkan radikal bebas.
Umumnya, apabila tahap radikal bebas seseorang terlalu tinggi dalam badan, tekanan oksidatif akan berlaku.
Ia dikaitkan dengan permulaan dan perkembangan bagi penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan sebagainya.
Justeru fungsi antioksidan inilah yang akan meneutralkan kembali radikal bebas dan menghalang kerosakan sel dari berlaku.
Antara antioksidan yang terdapat dalam buah pala adalah seperti sianidin, minyak pati, fenilpropanoid, terpenes, sebatian fenolik, asid protocatechuic, ferulic dan caffeic.
2. Mempunyai sifat antiradang
Masalah keradangan kronik dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, dan arthritis.
Sebatian antiradang dalam buah pala seperti monoterpenes, sabinene, terpineol, dan pinene boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan anda.
3. Meningkatkan libido
Selain itu, pala juga dikatakan mampu meningkatkan keupayaan prestasi seksual kaum lelaki dengan merangsang sistem saraf mereka.
Namun begitu lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi menguatkan dapatan maklumat tersebut.
4. Mengandungi sifat antibakteria
Pala terbukti mempunyai kesan antibakteria terhadap strain bakteria yang berpotensi berbahaya.
Contohnya, bakteria seperti S treptococcus mutans dan Aggregatibacter actinomycetemcomitans yang boleh menyebabkan tercetusnya kaviti gigi dan penyakit gusi.
Begitu juga dengan strain bakteri lebih berbahaya seperti E. coli yang juga boleh menyebabkan penyakit teruk sehingga kematian pada manusia.
5. Mengawal paras gula dalam darah
Kajian mencadangkan penggunaan buah pala kepada pesakit diabetes jenis II kerana ia boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah.
Faktor kandungan biokatif dalam buah ini memiliki sifat penstabilan gula dan mengurangakn rintangan insulin.
Bukan itu sahaja, buah pala juga boleh membantu dalam mengoptimumkan pengeluran insulin dalam pankreas.
6. Memperbaiki penghadaman
Buah pala berguna sebagai solusi memperbaiki sistem pencernaan dan mengurangkan tekanan gastrik.
Ia mengandungi kandungan fitonutrien yang tinggi bagi membantu sistem penghadaman manusia dengan memastikan organ gastrousus berfungsi secekap dan selancar mungkin.
7. Menggalakkan tidur yang lebih lena
Bagi anda yang mempunyai masalah sukar tidur atau insomnia, penggunaan minyak pati pala sangat disyorkan.
Ianya bagus untuk merehatkan sistem saraf yang membantu memudahkan pembebasan serotonin dalam otak.
Kesannya, anda akan lebih tenang terutama sekali ketika berehat di waktu malam.
8. Meningkatkan kesihatan jantung
Keradangan dalam jantung boleh menjadi pemacu kepada beberapa masalah kesihatan lain seperti kegagalan jantung, degupan jantung tidak teratur dan penyakit jantung koronari.
Kajian terdahulu menunjukkan bahawa buah pala mampu mengurangkan kolesterol LDL, meningkatkan peredaran darah, membantu memindahkan oksigen ke tempat yang diperlukan dalam badan dan mengurangkan risiko pembekuan darah.
9. Menyokong pertumbuhan rambut
Pala kaya dengan kalsium, magnesium, zat besi, vitamin B dan C yang sangat bermanfaat untuk kulit kepala dan rambut.
Sifat antioksidan minyaknya juga boleh membantu menguatkan folikel yang mungkin juga dapat merangsang pertumbuhan rambut lebih cepat.
10. Meremajakan kulit
Minyak pala boleh dijadikan pembersih semula jadi, membantu menanggalkan lapisan atas sel kulti mati dari muka.
Walaupun tidak banyak kajian yang menerangkan khasiat ini, namun ramai orang percaya bahawa minyak pala boleh digunakan sebagai agen anti-gagal dan anti-ruam yang berkesan.
Kegunaan buah pala
Biji buah pala dan aril (kering) digunakan sebagai rempah-ratus masakan, perisa dalam makanan dan jeruk.
Minyak sen dan ekstrak lain yang diperoleh daripada biji, aril, bunga, daun dan kulit pokok pala digunakan dalam industri pengetinan makanan dan minuman, industri kosmetik, minyak wangi dan juga bahan perubatan.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat buah pala ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Pala (Myristica fragnance). Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang
- Science-Backed Benefits of Nutmeg. Healthline
- Nutmeg: Health Benefits, Nutrition, and Uses. WebMD