Satu-satunya buah yang boleh direbus, dibakar, dikeringkan, serta dijadikan jem dan tepung semestinya adalah buah berangan.
Ia adalah sejenis kacang yang sangat popular di dunia dengan rasa yang sangat unik dan sedikit manis. Namun tahukah anda, buah berangan mempunyai manfaat yang luar biasa kepada kesihatan manusia?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat yang terdapat dalam buah berangan untuk meningkatkan kesihatan anda.
Baca juga:
Apa itu buah berangan?
Buah berangan atau dalam bahasa inggerisnya, chest nut, merupakan sejenis buah dari pokok berangan (castanea spp) daripada kumpulan pokok oaks.
Ia mempunyai kulit berwarna hijau di bahagian luarnya dan berduri halus. Manakala kulit bahagian dalamnya berwarna coklat gelap seperti kekacang. Kedua-dua kulit ini perlu dikupas terlebih dahulu sebelum mendapatkan bahagian isinya.
Isinya boleh dimakan begitu sahaja, dikisar menjadi tepung dan digunakan sebagai bahan pastri, dibakar, dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, buah ini telah wujud sejak beribu tahun lamanya.
Setelah dimasak, tekturnya sama seperti kentang bakar, yang mana ianya lembut, manis dan berperisa kacang.
Selain memiliki rasa yang sangat sedap, buah ini juga mempunyai banyak manfaat dan khasiat untuk tubuh. Pada masa kini, anda boleh dapatinya dalam bentuk sudah dikopek bahkan ada yang siap direbus.
Fakta kandungan nutrisi
Setiap 100 gram buah berangan mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:
- Air: 40.5 g
- Tenaga: 245 kcal
- Protein: 3.17 g
- Jumlah lemak: 2.2 g
- Karbohidrat: 53 g
- Serat: 5.1 g
- Jumlah gula: 10.6 g
- Kalsium: 29 mg
- Zat besi: 0.91 mg
- Magnesium: 33 mg
- Fosforus: 107 mg
- Kalium: 592 mg
- Natrium: 2 mg
- Zink: 0.57 mg
- Kuprum: 0.507 mg
- Mangan: 1.18 mg
- Selenium: 1.2 µg
- Vitamin C: 26 mg
- Thiamin: 0.243 mg
- Riboflavin: 0.175 mg
- Niasin: 1.34 mg
- Kolin: 1.5 mg
- Vitamin A: 1 µg
- Vitamin K: 7.8 µg
- Asid lemak: 0.414 g
Jenis-jenis buah berangan
Terdapat sekitar 12 belas spesis yang tergolong dalam genus chestnut termasuklah buah berangan manis, buah berangan Jepun, dan buah berangan Amerika yang semuanya boleh dimakan oleh manusia.
Manakala buah berangan kuda yang terdapat di UK, bukanlah tergolong dalam keluarga chestnut sebaliknya adalah keluarga soapberry yang dikenali sebagai Sapindaceae.
Khasiat dan manfaat
Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:
1. Melancarkan sistem penghadaman
Buah berangan juga kaya dengan kandungan serat. Oleh itu, pengambilan buah ini sangat baik untuk sistem penghadaman kita.
Kandungan serat dapat membantu merangsang pergerakan usus agar lebih lancar, melegakan ketidakselesaan perut, mengelakkan sembelit dan sebagainya.
Sekiranya anda menghadapi masalah penghadaman, elakkan memakannya secara mentah kerana ia mengandungi tannin yang boleh mengganggu penghadaman anda.
2. Membantu menurunkan berat badan
Dengan pengambilan makanan mengandungi serat yang tinggi, anda akan cepat kenyang dan tidak mudah lapar.
Secara tidak langsung, ia membantu anda untuk menurunkan berat badan dengan mudah. Selain itu, ia juga mengandungi lemak dan kalori yang rendah.
3. Mengawal gula dalam darah
Bukan itu sahaja, kandungan serat yang padat pada buah ini juga berfungsi untuk mengawal paras gula dalam darah.
Hal ini kerana, makanan yang kaya dengan serat berupaya menyerap kanji secara perlahan dan memastikan agar paras gula dalam darah tidak naik dengan cepat. Kandungan gulanya rendah juga membolehkan pesakit diabetes memakannya.
4. Mengurangkan risiko penyakit kronik
Selain kaya dengan serat, buah ini juga mengandungi kalium. Ini memberi beberapa manfaat kesihatan untuk tubuh badan kita.
Antaranya ialah, melancarkan peredaran darah, mengawal tekanan darah serta mengurangkan risiko terkena strok dan penyakit jantung.
5. Baik untuk kesihatan otak
Bukan itu sahaja, peredaran darah yang lancar juga membantu otak menerima oksigen secukupnya dan secara tidak langsung, ia berupaya untuk meningkatkan kesihatan otak seperti daya ingatan dan fokus seseorang.
6. Kaya dengan vitamin C
Buah berangan mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Setengah cawan buah ini boleh menyumbang sehingga 35 ke 45 peratus vitamin C dalam diet harian anda sekiranya dimakan secara mentah.
Manakala, apabila anda memanggang atau merebusnya, kandungan vitamin C nya akan berkurang sehingga menjadi 15 – 20%.
Untuk mengelakkan kandungan vitamin C nya hilang, gunakan suhu yang rendah semasa merebus atau memanggangnya.
Kandungan vitamin C memberi banyak manfaat untuk kesihatan tubuh, antaranya ialah membantu melawan penyakit (menguatkan sistem imun tubuh), menyihatkan kulit dan sebagainya.
7. Kaya dengan antioksidan
Selain vitamin C, buah berangan juga kaya dengan kandungan antioksidan yang lain seperti asid gallic (GA), asid ellagic (EA) dan juga polyphenol.
Antioksidan ini berpotensi bertindak untuk mengurangkan keradangan. Oleh itu, untuk individu yang mempunyai masalah keradangan sendi, anda digalakkan untuk mengamalkan buah ini.
8. Kaya dengan pelbagai mineral
Terdapat pelbagai mineral yang terkandung di dalam sebiji buah berangan. Antaranya ialah vitamin B, thiamin, riboflavin dan folat.
Mineral-mineral ini membantu dalam perkembangan neuron seseorang untuk meningkatkan daya fikir, ketajaman ingatan dan sebagainya.
9. Melindungi jantung
Sebagai sumber polifenol seperti asid gallic dan ellagic, buah berangan boleh membantu melindungi jantung daripada tekanan oksidatif.
Buah ini juga merupakan sumber kalium yang baik, yang penting untuk mengawal tekanan darah.
10. Mencegah skruvi
Kekurangan vitamin C menyebabkan skurvi dalam badan. Penyakit ini bahkan boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan lain seperti keletihan, sakit pada sendi, penyakit gusi, dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, malah ia juga berpotensi membawa kesan gejala yang lebih teruk seperti proses penyembuhan luka yang lebih perlahan, perubahan personaliti, dan kematian sekiranya tidak diberikan rawatan yang sepatutnya.
Umumnya, skurvi boleh dielakkan sebaik-baiknya dengan makan makanan yang kaya dengan vitamin C dalam diet harian anda. Buah berangan misalnya mengandungi sumber yang kaya dengan vitamin C.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat buah berangan ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Chestnuts: Health Benefits, Nutrition, and Uses. WebMD
- Intriguing Health Benefits of Chestnuts. Healthline