Tahukah anda Borneo merupakan kepulauan ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Asia!
73% kawasannya milik Indonesia (Kalimantan). Selebihnya milik Malaysia melalui dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak dan 1% lagi milik Brunei.
Nama Borneo diambil semperna nama Brunei kerana suatu ketika dulu ianya dikuasai oleh kerajaan Brunei Darussalam.
- Biodata Siti Nurhaliza, Penyanyi Nombor Satu Malaysia!
- 12 Panadol Untuk Sakit Kepala Yang Terbaik & Berkesan Cepat
- 13 Krim Jeragat Terbaik di Farmasi Yang Berkesan (2024)
- Diskaun Saman PDRM 60% Terkini (22-24 November 2024)
- 10 Negara Terkecil di Dunia : Saiz Geografi dan Latar Belakang
Sejarah Borneo
Berdasarkan sumber Wikipedia, dalam abad ke-14, hampir keseluruhan Pulau Borneo diperintah oleh Kesultanan Brunei.
Kawasan pendalaman Borneo ketika itu dipenuhi ramai suku etnik dayak yang mengamalkan aktiviti memburu kepala yang dikenali sebagai aktiviti ngayau.
Kemudian pada abad ke-19, Sarawak telah diambil alih oleh seorang seorang pelayar Inggeris yang bernama Sir James Brooke.
Beliau telah diberi kuasa oleh Raja Muda untuk memerintah kawasan Sarawak sekitar Sungai Sarawak yang berpusat di Kuching.
Sebelum Perang Dunia II, Borneo Utara secara rasminya dikuasai oleh pihak British yang menjalankan pelbagai perdagangan, dan sebahagian kawasan dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang asalnya dari Kepulauan Sulu di bahagian barat Borneo dan selatan Filipina.
Sedangkan dalam pada itu, Borneo Selatan secara rasminya dikuasai oleh pihak Belanda yang juga menjalankan pelbagai perdagangan, serta sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh Kesultanan Banjar.
Pada awal serangan Jepun di Borneo, pihak British tidak mempunyai keupayaan untuk mempertahankan Borneo.
Namun begitu, ada sebahagian kecil cuba mempertahankan Borneo secara gerila. Pihak Amerika Syarikat telah cuba menyumbangkan senjata bagi pihak gerila namun pihak gerila telah gagal menyerang balas.
Artikel lain yang menarik:
- Proses Tuntutan mySalam 2020
- Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020
- Senarai Bantuan JKM 2020
- Login APDM KPM 2021
- Semakan BKM 2022
Rujukan eCentral