SEMAKAN BAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT RISDA) 2024
Seperti tahun-tahun sebelumnya, bantuan kewangan BMT akan disalurkan kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Garis Panduan Pelaksanaan Pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2024 (BMT 2024) untuk dijadikan panduan kepada penerima dan pemohon yang terlibat.
Pengenalan
Pihak RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada keciciran berlaku dalam kalangan pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.
Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan bencana di musim tengkujuh.
Semakan Jumlah Bantuan BMT RISDA 2024
Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM800 setiap seorang bagi tahun 2024.
Syarat Kelayakan
Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
- Warganegara Malaysia
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 4.0 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA.
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)
Penoreh (Mereka Yang Menoreh di Kebun Getah Pekebun Kecil dan Bukan Pemilik Tanah)
- Warganegara Malaysia
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
- Mendapat pengesahan pemilik tanah / wakil yang sah.
- Mempunyai Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh).
Cara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2024
Permohonan dibuat melalui portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/
Untuk permohonan secara manual, anda perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.
Anda perlu mengisi borang permohonan dan juga kepilkan sekali dokumen berkaitan.
Sila bawa bersama dokumen yang diperlukan seperti senarai di bawah ini ketika membuat permohonan.
Kaedah Pembayaran
Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.
Jumlah & Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024
Ibu Pejabat RISDA akan memproses pembayaran secara berperingkat bermula November 2024 sehingga Februari 2025 mengikut tarikh kelulusan permohonan yang telah dibuat di peringkat pejabat pelulus masing-masing.
Seperti tahun-tahun lalu, jika bayaran November tidak sempat dibayar pada bulan semasa, bayaran akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga selesai dibayar berjumlah RM800 (tertakluk kepada kelulusan).
Semakan Kelulusan BMT RISDA 2024
Jika anda sudah membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui link di bawah:
Portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/
- MAKSUD STATUS : LAYAK
- Tertakluk kepada tarikh kelulusan, mereka yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat.
- MAKSUD STATUS : DALAM PROSES
- Boleh terus membuat semakan ke pejabat pelulus masing-masing (Pejabat RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian). Minta bercakap dengan Unit 2P yang menguruskan BMT di daerah. Buat semakan mengapa masih DALAM PROSES. Mungkin tuan/puan masih belum dibanci, dokumen tidak lengkap dan memerlukan dokumen tambahan, dll.
- Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2024 telah ditutup pada 31 Oktober 2024. Permohonan yang berjaya dihantar dengan lengkap sebelum atau pada tarikh tersebut sahaja layak diproses.
- MAKSUD STATUS : TIADA MAKLUMAT
- Anda gagal membuat permohonan secara atas talian dengan lengkap sebelum 31 Oktober 2024.
Maklumat Lanjut
Jika anda terlupa password portal BMT, sila rujuk saluran berikut dan infografik di bawah untuk mendapatkan bantuan:
- No tel : 03-425 64 022
- https://helpdesk.risda.gov.my
Baca juga: