Bipolar Disorder: Maksud, Jenis, Tanda & Cara Untuk Mengatasi
Dianggarkan sebanyak 1.2% daripada populasi berumur 18 tahun ke atas mengalami masalah bipolar.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan bipolar disorder dan cara terbaik untuk mencegahnya.
Baca juga:
Bipolar disorder maksud?
Bipolar disorder maksud adalah masalah kesihatan mental yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah mood (rasa hati) terlampau.
Individu tersebut akan menyebabkan kecelaruan emosi pada dua kutub yang berbeza di mana episod kemurungan dan episod gembira yang melampau.
Penyakit ini boleh menjejaskan tenaga dan kebolehan fungsi seseorang dari segi fizikal.
Perubahan emosi tidak stabil serta ketara inilah yang menyebabkan kesukaran dalam menjalani kehidupan harian.
Jenis bipolar disorder
1. Gangguan bipolar I
Bipolar I adalah fasa mania yang berlaku selama paling kurang 7 hari atau lebih. Mania adalah keadaan ketika seseorang merasakan emosinya sedang tinggi.
Pesakit boleh berasa bersemangat, impulsif, dan penuh tenaga. Lazimnya, seseorang akan berhadapan dengan fasa kemurungan terlebih dahulu sebelum fasa mania.
Pesakit akan di diagnosis mempunyai kemurungan atau Major Depressive Disorder iaitu permulaan kepada bipolar.
Selain itu, gejala psikosis seperti halusinasi serta delusi juga boleh berlaku pada pesakit bipolar jenis ini.
2. Gangguan bipolar II
Berbeza dengan gangguan bipolar II, pesakit di fasa ini tidak pernah mengalami fasa mania. Namun begitu, fasa yang akan dihadapi adalah hypomania dan kemurungan.
Atas sebab itu jugalah, ramai orang beranggapan bahawa jenis gangguan bipolar ini lebih ringan.
Dalam tidak sedar, perkara inilah nantinya akan menganggu fungsi kehidupan yang terjejas.
3. Gangguan siklotimia (cyclothymia)
Gangguan siklotimia yang berlaku akan menyebabkan seseorang mengalami fasa hipomanik atau kemurungan selama dua tahun atau lebih.
Pesakit dalam keadaan tersebut tampak normal tetapi sebenarnya dia murung dan sukar untuk difahami oleh orang lain.
Gangguan ini biasanya akan berkembang pada waktu remaja.
4. Gangguan bipolar campuran (mixed features)
Kalau gangguan yang lain menyebabkan pesakit berhadapan dengan fasa depresi dan mania yang bergantian.
Berbeza dengan gangguan bipolar campuran di mana pesakit akan mengalami gejala depresi dan mania pada waktu yang sama.
Penyebab gangguan bipolar
1. Sejarah keluarga
Gangguan bipolar cenderung berlaku dalam keluarga. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang mengalami gangguan ini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapatkannya.
2. Ketidakstabilan bahan kimia dalam badan
Ketidakstabilan tahap norepinefrin (neurotransmitter) seperti (glutamat, aspatart, asetilkolin, norepinefrin, histamin, faktor pelepas kortikotrofin, purina-purina, peptida-peptida, sitokin-sitokin dan hormon-hormon steroid)
3. Faktor psikologi
Kadangkala peristiwa yang menimbulkan tekanan atau perubahan besar dalam kehidupan mencetuskan gangguan bipolar seseorang.
Contohnya seperti masalah kesihatan atau kehilangan orang yang tersayang. Peristiwa seperti ini boleh menyebabkan episod manik atau kemurungan pada orang yang mengalami gangguan bipolar.
Selain itu, penyalahgunaan dadah juga mungkin mencetuskan gangguan bipolar berlaku.
Dianggarkan seramai 60 peratus individu yang mengalami gangguan bipolar bergantung kepada dadah atau alkohol.
Orang yang mengalami kemurungan bermusim atau gangguan anxiety juga mungkin berisiko untuk mengalami gangguan bipolar.
4. Ubat-ubatan
Penggunaan ubat-ubatan seperti kemurungan, darah tinggi, dan sebagainya mampu memacu kepada risiko bipolar disorder.
Tanda bipolar disorder
Tanda dan gejala (kemurungan):
- Gangguan mood (kesihatan berterusan)
- Gangguan fungsu kognitif (rasa putus asa, pesimis, bersalah, tidak berdaya, fikiran bunuh diri, kehilangan keseronokkan, tumpuan, dan minat)
- Gejala biologi (kehilangan selera makan / berat badan)
- Gangguan tidur
- Kehilangan keinginan seksual
- Gangguan haid
- Mudah letih
Tanda dan gejala (mania):
- Gangguan mood (perasaan bahagia dan bertenaga)
- Keyakinan diri meningkat
- Kerengsaan
- Kurang rasa keperluan untuk tidur
- Lebih banyak bercakap daripada biasa
- Mudah terganggu
- Dorongan seksual meningkat
- Berbelanja dengan banyak
Simptom gangguan bipolar:
1. Perasaan
Terlalu gembira, keyakinan lebih daripada biasa, cepat marah, kesedihan yang teruk, bertenaga dan gelisah, perasaan bersalah dan tidak menikmati kehidupan.
2. Tingkah laku
Cuai, tidak tidur, terlalu aktif, kurang selera makan, sentiasa letih dan hilang minat.
3. Pemikiran
Fikiran tidak tenang, kurang tumpuan, tiada pertimbangan, dan sentiasa berfikir.
Komplikasi gangguan bipolar
Pesakit yang tidak menangani masalah gangguan bipolar dengan baik akan mempengaruhi kehidupan dengan bermacam-macam komplikasi, antaranya seperti:
- Halusinasi
- Hubungan sosial yang
- Melakukan kriminal
- Percubaan bunuh diri
- Prestasi kerja atau akademik yang buruk
Rawatan bipolar disorder
Dari segi kaedah rawatan, terdapat beberapa rawatan yang boleh anda dapatkan. Contohnya seperti ubat-ubatan (biologi), terapi (psikologi), sokongan sosial dan spiritual.
Ubat-ubatan yang kerap digunakan adalah ubat penstabil emosi, antipsikotik dan ubat kemurungan. Ia perlu diambil setiap hari mengikut nasihat dan perbincangan bersama doktor pakar anda.
Adakalanya, pil penenang (seperti benzodiazepines) juga akan diberikan bagi jangka masa pendek bagi mengurangkan keresahan dan membantu seseorang itu lebih tenang.
Pesakit juga boleh menjalani terapi psikologi bersama pakar yang akan menyaran jenis terapi sesuai mengikut keperluan kes.
Antara terapi sering disaran adalah ‘interpersonal social rhythm therapy’ (IPSRT) boleh membantu individu mengawal tekanan, mengurangkan gangguan ritma biologi badan serta memastikan mengambil ubat mengikut waktu.
Terapi ini bertujuan membantu mereka mendapat kemahiran bagi menghadapi cabaran hidup.
Dari segi sosial pula, pesakit digalakkan membina kemahiran dalam menangani isu di persekitaran mereka serta diberi sokongan dalam mencari kerja melalui ‘supported employment’ (jika mereka masih tidak mempunyai pekerjaan).
Penggunaan spiritualiti, termasuk aktiviti keagamaan, didapati membantu individu tertentu dalam proses penyembuhan dan mengelakkan penyakit berulang semula.
Pencegahan gangguan bipolar
Jika anda mengalami gejala bipolar:
- Konsultasi dengan pakar psikiatri.
- Terapi perilaku kognitif.
- Makan ubat yang disarankan oleh pakar psikiatri.
Jika anda tinggal atau berhubungan dengan penderita bipolar:
- Beri sokongan.
- Pelajari hal-hal yang berhubungan dengan gangguan bipolar.
- Menemani pesakit berjumpa terapi.
Kesimpulannya, penyakit bipolar boleh menyebabkan ‘relapse’ sepanjang hidup. Namun dengan rawatan berbentuk bio-psiko-sosial-spiritual kebanyakan pesakit dapat meneruskan kehidupan dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan bipolar disorder maksud dapat memberikan anda ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan.
Sumber:
- What Are Bipolar Disorders? Psychiatry
- Everything You Need to Know About Bipolar Disorder. Healthline
- Bipolar Disorder. Mayo Clinic