Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) untuk memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga pasca-pandemik, meluaskan manfaat kepada 30,000 keluarga dengan RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.
BINGKAS bertujuan meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan tersebut.
Apakah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)?
Kerajaan Selangor akan memperuntukkan sejumlah RM3,600 setahun atau RM300 sebulan kepada keluarga yang layak di bawah inisiatif baharu yang dilaksanakan di bawah program BINGKAS.
Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ini dirangkakan khas untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan keluarga penduduk Selangor.
Manfaat program ini termasuklah:
- e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300
- Baki nilai bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan
- e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik
Jumlah Bantuan BINGKAS Selangor
Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah RM300 setiap bulan.
Manfaat Bantuan BINGKAS Selangor
- eWallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasar raya berdaftar
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
- eWallet akan ditambah nilai secara automatik setiap bulan sebanyak RM300
- Hanya barang keperluan asas yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi program BINGKAS 2024:
- Beras
- Mi dan Bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan Garam
- Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya
- Tepung
- Minyak masak
- Ubat-ubatan
- Sayuran dan buah-buahan
- Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan
- Sabung, kelengkapan mandian dan bahan pencuci
- Lampin pakai buang
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya
- Perihal pendidikan – buku sekolah / akademik
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan mulai 1 Julai 2024 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
- Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah
- Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan.
BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.
Urusniaga pembelian Program BINGKAS ini sepenuhnya menggunakan kaedah pembelian secara tanpa tunai (cashless / E-Wallet).
Cara Permohonan
- Untuk memohon, sila isikan borang permohonan melalui laman web rasmi https://www.bingkasselangor.com/
- Sila pastikan anda telah sediakan dokumen-dokumen berikut untuk dilampirkan dengan permohonan anda :
- Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
Sila ikuti panduan video yang dipaparkan di bawah untuk melihat tutorial cara mendaftar:
VIDEO : TUTORIAL PERMOHONAN MELALUI APLIKASI SELANGKAH
VIDEO : TUTORIAL PERMOHONAN MELALUI LAMAN WEB BINGKAS
Semakan Kelulusan
Pemohon baru dan pemohon yang telah mengemaskini permohonan boleh membuat semakan kelulusan kelayakan di aplikasi Selangkah seperti yang tertera di bawah:
Sila layari https://www.bingkasselangor.com/log-masuk# untuk log masuk dan membuat semakan status permohonan anda.
Cara Pengaktifan Akaun BINGKAS Di Selangkah E-WALLET
Mulai 1 Julai 2024, Selangkah Wallet akan menjadi medium transaksi bagi program Bingkas.
Untuk terus menerima manfaat, penerima BINGKAS diminta untuk mengaktifkan Selangkah Wallet.
- Sila rujuk laman web berikut untuk panduan pengaktifan :
- Aplikasi Google Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=sel.main.selangkah&hl=ms
- Aplikasi Apple Store : https://apps.apple.com/my/app/selangkah/id1552552227
Sebarang info lanjut, hubungi khidmat pelanggan di #SelangkahApp atau di talian 1-800-22-6600.
Cara Pembelian Barangan Melalui Program BINGKAS
Untuk pembelian, sila rujuk langkah berikut:
- Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS (rujuk senarai kedai : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai)
- Pilih barangan yang ingin dibeli
- Imbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli
- Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran
- Tekan butang BAYAR untuk memilih akaun BINGKAS dan buat pembayaran
- Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran
- Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim (FAQ) BINGKAS Selangor
Pendaftaran program BINGKAS 2024 telah pun dibuka!
Kepada yang mempunyai sebarang kemusykilan, sila rujuk senarai soalan lazim ini bagi menjawab persoalan anda.
Selamat memohon dan semoga berjaya.
Berikut merupakan senarai hotline sekiranya berlaku sebarang kesulitan mengenai program BINGKAS:
- Permohonan BINGKAS & pertanyaan umum | 1800-22-6600
- E-mel | [email protected]
- Pengaktifan E-Wallet | 016-3254199 (WhatsApp)) | [email protected]
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Sokongan Pelanggan melalui Telegram untuk sebarang bantuan.
ATAU sila rujuk ke Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN masing-masing.
Baca juga: