Permohonan Biasiswa Yayasan DayaDiri (Pengajian di IPTA) 2021

Yayasan DayaDiri (YDD) adalah sebuah yayasan dari Malaysia yang membiayai pelbagai inisiatif pendidikan dan pembangunan masyarakat untuk komuniti Bumiputera.

Yayasan DayaDiri memberi peluang bagi individu dan masyarakat untuk terus mencipta kecemerlangan dengan memberikan pelbagai biasiswa yang meliputi pendidikan menengah hingga pendidikan eksekutif dan sokongan untuk pembangunan masyarakat, latihan teknikal dan vokasional, dan program kesejahteraan umum di Malaysia.

Setiap tahun, Yayasan Daya DayaDiri menawarkan biasasiswa dan bantuan kewangan bagi mereka yang layak.

Apa itu Biasiswa Yayasan DayaDiri?

Biasiswa Yayasan DayaDiri

Biasiswa yang ditawarkan oleh pihak Yayasan DayaDiri bagi tahun 2021 ini adalah bagi membantu memberikan tajaan kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di tahun PERTAMA atau KEDUA di peringat ijazah sarjana muda di institut-institut pengajian awam di Malaysia.

Objektif program biasiswa ini adalah untuk meningkatkan bilangan kemasukan pelajar Bumiputera yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di institusi-institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.

Biasiswa ini terhad bagi pelajar yang menyambung pengajian di Instittut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disenaraikan di bawah sahaja:

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Bagi pemohon yang sedang melanjutkan pengajian selain dari universiti di atas, anda secara automatiknya tidak layak dan permohonan anda tidak akan dipertimbangkan sama sekali.

Syarat kelayakan

Selain daripada pengajian di salah satu universiti IPTA yan disenaraikan di atas, pemohon juga tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  • Bumiputera. Keutamaan diberikan kepada calon daripada keturunan orang Asli di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
  • Pendapatan isi rumah kurang daripada RM4850/sebulan
  • Telah mendapat tawaran pengajian daripada salah satu IPTA yang disenaraikan di atas
  • Mengikuti program Ijazah Sarjana Muda buat kali pertama
  • Minimum PNGK 3.0 untuk pengajian pra-univerisit/diploma/STPM bagi pemohon yang akan memasuki Tahun Pertama; atau
  • Minimum PNGK 3.0 untuk Tahun Pertama bagi pemohon yang akan memasuki pengajian bagi Tahun Kedua
  • Belum mendapat biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana badan/instutusi/yayasan lain; dan
  • Memiliki ciri peribadai yang baik dan memenuhi kriteria pemilihan lain

Hanya pemohon yang ingin mengikuti pengajian sepenuh masa sahaja yang akan dipertimbangkan.

Jumlah biasiswa

Bagi pemohon yang berjaya, biasiswa ini akan meliputi bantuan kewangan bagi perkara-perkara berikut:

  • Yuran pengajian
  • Perbelanjaan sara hidup sepanjang tempoh pengajian

Penerima biasiswa tidak akan terikat bersama YDD setelah tamat pengajian.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mengambil kursus-kursus kritikal untuk pembangunan ekonomi negara atau kursus-kursus yang akan memenuhi permintaan semasa

Cara permohonan

Permohonan untuk Biasiswa Yayasan Daya Diri ini hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui laman web rasmi Yayasan DayaDiri.

Layari laman Yayasan Daya Diri untuk memohon dan jangan lupa sertakan dokumen-dokumen sokongan seperti yang diminta untuk mengelakkan permohonan anda ditolak.

Tarikh tuutp permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2021

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!