Advertisements

Tawaran Biasiswa TNB Prime 2022 Tenaga Nasional Berhad

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) kini membuka peluang bagi lepasan SPM 2021 untuk memohon penajaan biasiswa TNB PRIME.

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, permohonan biasiswa ini dibuka bermula 1 Jun 2022.

Permohonan perlu dilengkapkan dan hanya boleh dihantar secara online selepas keputusan rasmi SPM dikeluarkan.

Baca Juga :Tawaran Biasiswa Pendidikan MAHSA University 2022

Peringkat Penajaan Yang Ditawarkan

Peringkat penajaan yang ditawarkan menerusi Biasiswa TNB Prime adalah seperti berikut :

  • Peringkat Persediaan hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di universiti terkemuka Luar Negara.
  • Peringkat Asas hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di UNITEN- Kemasukan Sem 1, 2022/2023 (Sept 2022)
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda tahun pertama pengajian di Universiti Awam (Tawaran TIDAK DIBUKA buat masa ini)
Biasiswa TNB Prime

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Biasiswa TNB Prime bakal menaja pelajar yang mengikuti bidang pengajian seperti berikut :

TNB Prime di Luar Negara

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Pengambilan 2022

  • Kejuruteraan (Elektrik Kuasa)
  • Kejuruteraan (Renewable Energy)
  • Kejuruteraan (Kimia)
  • Data Sains

TNB Prime di UNITEN

Pengambilan 2022

  • Kejuruteraan (Elektrik Kuasa)
  • Sains Komputer
  • Pemasaran Sumber Manusia / Keusahawanan

TNB Prime di Universiti Awam (tiada tawaran dibuka buat masa ini)

Pengambilan 2021 :

  • Kejuruteraan (Elektrik Kuasa)
  • Perakaunan
  • Sains Komputer
  • Sains Komputer / Teknologi Maklumat (Pengkhususan dalam Bidang Data Sains & Analitik, Bisnes Analitik dan yang berkaitan)
  • Sains Aktuari

*Bidang pengajian terkini akan dimaklumkan akan apabila tawaran 2022 dibuka kelak

Syarat Kelayakan Biasiswa TNB Prime

Calon yang berminat untuk memohon biasiswa ini perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia
  • Calon berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.
  • Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan biasiswa YTN.
  • Calon mestilah aktif dalam bidang ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
  • Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.
  • Pemohon tak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.
  • Calon juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut :

TNB Prime Luar Negara

Lulus peperiksaan SPM dengan pencapaian minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperoleh minimum A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.

TNB Prime UNITEN

Lulus peperiksaan SPM dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik dan memperolehi minimum A- dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.

TNB Prime Universiti Awam

Lulus STPM dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50, atau

Lulus Diploma/Matrikulasi/Asas dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/ PNGK 3.50

Cara Memohon

Calon perlulah lakukan permohonan atas talian bermula 1 jun 2022 di porta permohonan YTN.

Sila ke pautan di laman sesawang Yayasan Tenaga Nasional di bawah :

https://ytn.tnb.com.my/

Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa buat semakan di portal permohonan YTN dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini.

Secara lazimnya, pemohon yang berjaya akan dihubungi menerusi SMS atau e-mel.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila ajukan pertanyaan melalui emel ke [email protected] atau hubungi terus talian di 03-89247500.

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment