Semakan ISMP 2024: Semakan Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan
Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2024 adalah untuk pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam dalam bidang yang telah ditetapkan.
Permohonan ini telah dibuka secara dalam talian (online) pada 21 Mac 2024 (Khamis) yang lalu.
Terkini, keputuan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2024 boleh disemak.
Apakah Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP?
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bertujuan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan unjuran keperluan bidang KPM.
Bagi yang melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam bidang pendidikan, pelajar boleh memohon tajaan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) untuk ditindikkan dengan kerjaya keguruan di KPM selepas tamat belajar kelak.
Syarat Asas Permohonan Biasiswa ISMP 2024
- Calon mestilah Warganegara Malaysia;
- Umur calon tidak melebihi 25 tahun
- Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan; - Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk
memohon - Peluang terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan
- Dibuka kepada pelajar Universiti Awam sahaja
Sila rujuk info penuh melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm
Bidang-bidang Yang Layak Memohon
Bidang-bidang yang layak memohon adalah seperti dalam rajah di bawah:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Moral
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Khas
BACA JUGA: Doa Untuk Guru Tersayang Sebagai Tanda Ingatan
Tarikh Permohonan Biasiswa ISMP 2024
Permohonan ini telah dibuka secara dalam talian (online) pada 21 Mac 2024 (Khamis) yang lalu.
Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan biasiswa ISMP 2024, sila ikuti langkaH berikut:
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.
- Pemohon perlu mendaftarkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan pada tab PERMOHONAN BARU. Kata laluan yang digunakan hendaklah 8 – 12 aksara dan mematuhi syarat kata laluan yang telah ditetapkan.
- Sila pastikan maklumat dikunci masuk dengan tepat. Maklumat ini tidak boleh dipinda selepas pendaftaran.
- Tekan MASUK untuk melengkapkan permohonan.
- Pemohon adalah diingatkan untuk membaca dan memahami panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih.
- Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak.
- Pemohon dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal dan mencuba membuat capaian permohonan online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut.
- Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, borang permohonan dan salinan sijil / dokumen TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain.
- Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranya
terpilih. - Permohonan yang tidak mematuhi syarat / tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.
- Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka.
- Pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan / mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.
BACA JUGA: myPDPP – Permohonan Calon Guru PDPP 2024
Semakan Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) – ePenawaran
[TERKINI]
Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2024 boleh disemak mulai 3 September 2024 (Selasa), jam 3:00 petang.
Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut: https://epenawaran.moe.gov.my/
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://epenawaran.moe.gov.my/, atau ikuti Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.