Bendera Terengganu: Makna & Sejarah di Sebalik Bendera

Bendera merupakan lambang atau tanda kesatuan dalam sesebuah negara, negeri, ataupun organisasi. Oleh itu, tidak hairanlah jika negeri Terengganu Darul Iman mempunyai bendera yang melambangkan rakyat negeri itu sendiri.

Bendera di setiap negeri di Malaysia ini berbeza setiap warna dan makna di sebaliknya. Begitu jugalah dengan bendera negeri Terengganu. Untuk mengetahui sejarah dan makna bendera negeri ini, teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel.

Bendera Terengganu

bendera terengganu
Sumber: Mysid, CC BY-SA 3.0

Jika anda lihat, bendera negeri Terangganu ini hanya mempunyai dua warna sahaja iaitu warna hitam dan warna putih. Warna putih yang menjadi latar belakan bendera ini merujuk kepada Duli Yang Maha Mulia (Sultan) bagi negeri tersebut.

Warna hitam yang memenuhi bendera pula merujuk kepada rakyat negeri tersebut. Susunan warna bendera ini ingin menunjukkan bahawa Sultan negeri tersebut bertanggungjawab dalam memberi perlindungan kepada rakyat baginda.

Lambang atau simbol bulan dan bintang pula digunakan bagi merujuk kepada Agama Islam yang merupakan agama rasmi negeri Terengganu.

Sejarah Penciptaan Bendera

Untuk pengetahuan anda, bendera pertama di negeri ini telah diperkenalkan pada tahun 1912. Menurut catatan sejarah, bendera pada waktu itu berwarna putih kerana ia merupakan warna kesukaan sultan dan juga membawa maksud suci dan bersih.

Namun begitu pada zaman pemerintahan sultan ke-14, Sultan pada waktu itu telah meletakkan Jata Kebesaran kerajaan yang bewarna kuning di tengah bendera. Hal ini kerana, baginda merasakan warna putih sahaja menunjukkan tanda menyerah diri.

Bendera Terengganu yang digunapakai sekarang, telah di wartakan pada 8 Oktober 1953. Bendera yang digunakan ini berlatarkan warna putih di bahagian sisi dan hitam di
bahagian tengah, di tengah bendera terletak bulan sabit dan bintang berbucu lima berwarna putih.

Bendera Daerah Terengganu

Selain Johor, Terengganu juga merupakan antara negeri yang mempunyai bendera di setiap daerahnya. Setiap bendera yang mewakili lapan daerah di negeri Terengganu ini mempunyai bendera negeri di penjuru kanan bahagian atas bendera, cuma warna latar belakang bendera setiap daerah yang berbeza.

  1. Kuala Terengganu
    • Melambangkan Ibu Negeri Terengganu dan Bandar Di Raja dan Daerah Utama.
  2. Kemaman
    • Melambangkan bahawa warna ini memberi kekuatan yang berkaitan dengan pertumbuhan industri yang berasaskan petroleum dan gas.
  3. Besut
    • Melambangkan keberanian dan kesungguhan bekerja.
  4. Marang
    • Melambangkan pemulihan penyatuan rakyat.
  5. Kuala Nerus
    • Melambangkan pembangunan daerah yang seimbang ditunjangi asas keilmuan untuk melahirkan rakyat yang sejahtera.
  6. Dungun
    • Melambangkan bahawa ianya memberi hasil dari perusahaan perikanan dan perusahaan pelancongan yang terkenal dengan Penyu Belimbing.
  7. Setiu
    • Melambangkan pengemblengan tenaga rakyat untuk pembangunan penempatan.
  8. Hulu Terengganu
    • Melambangkan pembangunan tanah dan insrastruktur teknologi tenaga.

Lagu Negeri Terengganu

Lagu negeri Terengganu atau juga dikenali sebagai lagu Selamat Sultan Terengganu atau hanya Selamat sultan ialah lagu kebangsaan negeri yang telah ditulis oleh Cikgu Mohd Hashim bin Abu Bakar pada tahun 1927.

LAGU SELAMAT SULTAN TERENGGANU

Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman

Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman

Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman

Bantu kami share artikel ini: