Bendera Johor : Sejarah & Makna Bendera

Pada artikel kali ini, kami akan menceritakan dan menerangkan serba sedikit tentang bendera negeri Johor Darul Takzim.

Negeri Johor Darul Takzim ini merupakan sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia.

Seperti negeri-negeri lain, negeri Johor ini mempunyai benderanya yang tersendiri yang penuh dengan sejarahnya.

Jika anda ingin mengetahui tentang sejarah dan makna bendera negeri ini dengan lebih mendalam lagi. Pastikan anda terus bersama artikel ini sehingga ke penghujung.

Bendera Negeri Johor

Bendera Johor ini mempunyai tiga warna di dalamnya iaitu warna merah, putih dan biru tua (Navy Blue). Warna putih digunakan bagi menunjukkan lambang raja berdaulat.

Bahagian bewarna merah pula digunakan bagi melambangkan keberanian dan ketabahan hulubalang dan pengikut Sultan Abu Bakar yang bersama-sama menerokai dan memajukan Johor.

Warna biru tua yang dipadankan dari warna laut pada bendera negeri Johor pula digunakan bagi melambangkan kerajaan dan rakyat negeri tersebut.

Simbol bulan dan bintang pula merujuk kepada Agama Islam, agama rasmi negeri Johor. Reka bentuk simbol bulan bintang yang tidak sejajar adalah disebabkan pengaruh negara Turki yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Johor pada waktu itu.

Bendera-Johor

Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor

Sejarah Bendera

Tahukah anda, bendera negeri Johor ini telah direka sendiri oleh Sultan Johor, iaitu Sultan Abu Bakar dan telah pun digunapakai dari zaman penubuhan Kesultanan Johor Moden pada tahun 1871.

Pada asalnya, bendera negeri Johor ini hanya mempunyai satu warna sahaja iaitu warna putih, sebelum ditukar menjadi warna hitam dan hujung penjuru sebelah kiri ditambahnya petak kecil berwarna putih.

Apabila Sultan Abu Bakar memerintah, baginda telah mengubah petak kecil berwarna putih kepada warna merah berpangkah putih, dan pada tahun 1871, baginda sekali lagi telah memperkenalkan reka bentuk baharu bendera Johor iaitu bendera yang sekarang kita lihat.

Sumber: Gerakan Setia Johor

Bendera Daerah

Selain bendera negeri, Negeri Johor juga merupakan antara negeri di dalam Malaysia yang mempunyai bendera bagi setiap daerah. Berikut adalah bendera-bendera daerah di negeri tersebut:

  • Bendera Negeri Johor
  • Daerah Batu Pahat
  • Bandar Johor Baharu
  • Daerah Kluang
  • Daerah Kota Tinggi
  • Daerah Kulai
  • Daerah Mersing
  • Daerah Muar (Bandar Diraja Johor)
  • Daerah Pasir Gudang
  • Daerah Pontian
  • Daerah Segamat
  • Daerah Tangkak

Lagu Negeri Johor

Selain bendera negeri, Negeri Johor Darul Takzim juga mempunyai lagu negeri mereka tersendiri. Lagu ini diberi nama Lagu Bangsa Johor, dan telah ditulis oleh Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman (1876-1955).

Lagu bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
‘Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.

Baca juga: Bendera Perlis: Maksud Dua Jalur Warna

Bantu kami share artikel ini: