Belanjawan Johor 2027 baru sahaja dibentangkan oleh oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 19 November 2026 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM3.07 bilion.
Teman Belanjawan Johor kali ini ialah “Johor Maju, Rakyat Sejahtera”. Belanjawan lebihan (surplus) sebanyak RM2.33 juta ini menggariskan 284 tekad di bawah Enam Teras Maju Johor.
Jom semak intipati penting dan senarai bantuan untuk rakyat Johor yang diumumkan dalam Belanjawan Johor 2027.
Enam Teras Utama
- Tadbir Urus Kerajaan: Mempercepat pendigitalan perkhidmatan awam dan meningkatkan kecekapan penyampaian agensi kerajaan negeri kepada rakyat.
- Pembangunan Ekonomi: Memperkasa ekosistem Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta menarik pelaburan berimpak tinggi bagi mewujudkan peluang pekerjaan bergaji tinggi.
- Jaringan Keselamatan Sosial: Memperluas Bantuan Kasih Johor (BKJ) dengan peruntukan RM263.72 juta untuk membantu golongan B40, miskin tegar, dan penjawat awam menghadapi kos sara hidup.
- Kemudahan Asas & Infrastruktur: Menambah baik rangkaian jalan raya, sistem pengangkutan awam, serta menyelesaikan isu bekalan air dan tebatan banjir secara berfasa.
- Kebersihan & Alam Sekitar: Mempergiat inisiatif kelestarian alam di bawah agenda Johor Bersih dan pengurusan sisa pepejal yang lebih sistematik.
- Orang Muda Johor: Menyediakan 1,000 unit Rumah Orang Muda Johor, biasiswa pendidikan tinggi, serta geran keusahawanan dan latihan kemahiran TVET.

Intipati Utama & Senarai Bantuan Dalam Belanjawan Johor 2027
Belanjawan Johor 2027 menampilkan unjuran hasil sebanyak RM3.076 bilion berbanding perbelanjaan RM3.074 bilion, dengan RM1.53 bilion (49.77%) disalurkan khusus bagi perbelanjaan pembangunan.
Belanjawan ini dibentuk berteraskan Enam Teras Utama merangkumi tadbir urus, ekonomi, jaringan keselamatan sosial, kemudahan asas, kebersihan, alam sekitar, serta Orang Muda Johor.
Prestasi ekonomi negeri turut diunjurkan mencatat sejarah baharu apabila kutipan hasil dijangka melangkaui RM3 bilion disokong pelaburan bernilai RM99.7 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026.
BANTUAN / INSENTIF UNTUK PELAJAR & BELIA JOHOR
1. BKJ Mahasiswa Anak Johor termasuk Pelajar Tingkatan 6 & Pra-U – RM200 seorang
2. Onn Leadership Accelerator (OLA) dan Johor Apprentice (JA)
3. Johor Next Gen Summit
4. Sambutan Hari Belia Negeri Johor
5. Johor Youth Patriot
6. Penyediaan 1,000 unit rumah orang muda johor
7. Biasiswa Orang Muda Johor
8. Skim Pinjaman Pelajaran Mahasiswa IPT
9. Skim Bantuan Pendaftaran IPT
10. Bantuan Laptop Siswa
11. Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan dan Inisiatif Bas Percuma
12. Ayuh Johor Mahasiswa
13. Geran Persatuan Mahasiswa Johor
14. Anugerah Ikon Siswa Johor
15. Program Back to School
16. Bantuan Sokongan Pendidikan Anak Asnaf
17. Biasiswa Kenangan Dato’Onn
18. Orientasi Kerjaya dan Kenegaraan YPM (Tingkatan 5)
19. Penyediaan Makan Tengah Hari Pelajar SPM 2027
20. Kit Alat Tulis SPM 2027
21. Tuisyen SPM Maju Johor
22. Johor Starts Go Global
23. Insentif Pelajar Cemerlang SPM/STPM/STAM
SENARAI BANTUAN KASIH JOHOR (BKJ) 2027
1. BKJ Anak Yatim – RM500 seorang
2. BKJ OKU – RM200 seorang
3. BKJ Kir Miskin dan Penerima Bantuan Am – RM2,000 seorang
4. BKJ Veteren ATM, Pesara Polis dan Pesara KEMAS – RM200 seorang
5. BKJ Penyewa PPR dan RSK – RM200 seorang
6. BKJ Ibu Tunggal yang Berdaftar di bawh YPKDT – RM 200 seorang
7. BKJ Pengawal Keselamatan dan Pekerja Pembersihan Sekolah dan Fasiliti Jabatan Agama Islam serta Pekerja Am SWM Warganegara Malaysia – RM200 seorang







8. BKJ Pemandu Teksi dan E-Hailing & P-Hailing yang Berdaftar – RM4,00 seorang
9. BKJ Penjaja dan Peniaga Kecil Berdaftar dengan PBT – RM200 seorang
10. BKJ Usahawan Pasar Tani & Pasar Tani Kekal – RM200 seorang
11. BKJ Pengusaha & Pemandu Bas dan Van Sekolah – RM400 seorang
12. BKJ Nelayan – RM400 seorang
13. BKJ Sukarelawan KEMAS – RM200 seorang
14. BKJ Sukarelawan Tetap Rela dan APM Serta Anggota Bomba Bantuan – RM200 seorang







15. BKJ Mahasiswa Anak Johor termasuk Pelajar Tingkatan 6 dan Pra-U – RM200 seorang
16. BKJ Ketua Kampung, Ketua Masyarakat Cina dan India – RM2,000 seorang
17. BKJ Setiusaha JPKK/Setiusaha Kampung Baru Cina – RM500 seorang
18. BKJ Ketua Blok Felda – RM200 seorang
19. BKJ Penggerak Syiar Islam – RM500 seorang
20. BKJ Suri Rumah Tidak Bekerja – RM200 seorang
21. BKJ Penggiat Industri Pelancongan – RM200 seorang
22. BKJ Pengamal Media – RM1,000 seorang
23. BKJ Pengusaha Homestay Berdaftar – RM200








BELANJAWAN JOHOR 2027 PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
A. PERUMAHAN
1. BKJ PENYEWA PPR DAN RSK
- Bantuan: RM200 seorang
- Penerima: 15,000 Ketua Isi Rumah
- Peruntukan: RM3 juta
2. PERUMAHAN KASIH JOHOR (PKJ)
A. Bantuan Beli Rumah Pertama
- Bantuan: RM5,000
- Penerima: 15,000 orang
- Peruntukan: RM75 juta
B. Bantuan Masuk Rumah Pertama
- Bantuan: RM2,000
- Penerima: 6,000 orang
- Peruntukan: RM12 juta
C. Bantuan Sewa Rumah
- Bantuan: RM2,500
- Penerima: 10,000 orang
- Peruntukan: RM25 juta
D. Bantuan Deposit Sewa Rumah
- Bantuan: RM1,000
- Penerima: 10,000 orang
- Peruntukan: RM10 juta
3. RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
- Sasaran: 11,500 unit pada tahun 2027
- Pelaksanaan melalui kerjasama PKPJ dan pemaju swasta.
4. PENYEDIAAN RUMAH ORANG MUDA JOHOR
- Penyediaan: 1,000 unit
- Membantu golongan belia dan pasangan muda di bawah umur 35 tahun mendapatkan akses kepada kediaman mampu milik.
5. PROGRAM RUMAH PERCUMA KASIH JOHOR
- Peruntukan: RM20 juta
6. PROGRAM NAIK TARAF DAN BAIK PULIH RUMAH
- Peruntukan: RM35 juta
7. REJUVENASI DAN NAIK TARAF PPR, RSK SERTA FLAT AWAM
- Peruntukan: RM125.1 juta
8. MEMPERKASAKAN HEBAHAN PENYAMPAIAN INISIATIF PERUMAHAN JOHOR
- Peruntukan: RM2 juta
B. KERAJAAN TEMPATAN
9. PENYALURAN GERAN KESEIMBANGAN PBT: Peruntukan: RM30.6 juta
10. PELAKSANAAN JOHOR SUPER LANE: Pelaksanaan ke semua 16 PBT Negeri Johor.
11. KELULUSAN LESEN PERNIAGAAN TIDAK BERISIKO: Tempoh kelulusan: 24 jam
12. PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN: Tempoh pembaharuan: 1 jam
13. PENGECUALIAN BAYARAN LESEN PERNIAGAAN TAHUN PERTAMA: Untuk penjaja dan peniaga kecil, peruntukan: RM1 juta
14. BKJ PENJAJA DAN PENIAGA KECIL BERDAFTAR DENGAN PBT
- Bantuan: RM200 seorang
- Penerima: Lebih 24,000 orang
- Peruntukan: RM5 juta
15. MEMPERLUAS MODEL MEDAN NIAGA BANGSA JOHOR
- Pelaksanaan ke seluruh PBT Negeri Johor.
- Peruntukan: RM15 juta
16. MEMBINA DAN MENAIK TARAF TAMAN TEMA AIR MINI BANGSA JOHOR
- Pelaksanaan di semua PBT Negeri Johor.
- Peruntukan: RM47 juta
17. MENTRANSFORMASI TAMAN REKREASI AWAM KEPADA TAMAN KOMUNITI BANGSA JOHOR
- Pelaksanaan di semua PBT Negeri Johor.
- Peruntukan: RM63 juta
18. PEMBANGUNAN DAN PENGINDAHAN LANDSKAP, TAMAN REKREASI AWAM
- Peruntukan: RM104 juta
19. MENAIK TARAF DEWAN DAN BALAI RAYA
- Pelaksanaan di seluruh negeri Johor.
- Peruntukan: RM5.2 juta
20. MEMPERKASA PENGURUSAN BANJIR DI BAWAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN
- Peruntukan: RM89.1 juta
21. MEMPERLUAS PEMASANGAN SMART CCTV DAN SMART TRAFFIC LIGHT BERSEPADU
- Peruntukan: RM36.1 juta
22. PROGRAM JOHOR SELAMAT
- Peruntukan: RM14.3 juta
23. PENGUKUHAN AGENDA BANDAR PINTAR DAN PEMBANGUNAN SISTEM DIGITAL DI PBT
- Peruntukan: RM52 juta
24. MEMPERLUAS SISTEM PENGURUSAN ADUAN NEGERI JOHOR
- Pelaksanaan ke semua 16 PBT.
- Peruntukan: RM2.6 juta
25. MENAIK TARAF FASILITI DAN KEMUDAHAN DI ZOO JOHOR FASA 3
- Menaik taraf Zoo Johor Fasa 3 melibatkan 8 zon utama bagi memperkukuh pengurusan dan kebajikan haiwan serta meningkatkan keselesaan dan pengalaman pengunjung.
- Peruntukan: RM3 juta
26. PEMBANGUNAN SISTEM JOHOR URBAN OBSERVATORY 2.0
- Sebuah platform bersepadu dan pintar bagi menyokong pemantauan, analisis serta perancangan pembangunan bandar yang lebih cekap dan berasaskan data.
- Peruntukan: RM1.5 juta
Senarai Bantuan dan Insentif untuk Keselamatan Sosial dalam Belanjawan Johor 2027
1. Bantuan Lampin Dewasa – 3 kotak lampin pakaing buang (24 bungkus / 240 keping setiap 6 bulan)
2. Bantuan Sara Hidup Bulanan untuk Miskin dan Asnaf – RM200 sehingga RM800
3. Dapur Kasih Johor dan Belanja Dapur Asnaf – Bantuan bulanan RM100, Bantuan one-off RM300
4. Bantuan Hari Raya Keluarga Asnaf
5. Gerobok Rezeki Johor – Agihan 42,480 set bakul makanan di 118 masjid melibatkan 56 DUN





6. Bantuan Perubatan Bulanan Asnaf
– Bantuan sokongan kesihatan antara RM300 hingga RM1,000
– Bantuan rawatan hemodialisis sehingga RM2,980
– Bantuan one-off rawatan jantung sehingga RM20,000
– Bantuan tapak fistula bagi meringankan kos rawatan golongan yang layak
7. Bantuan Sewa Rumah Asnaf – RM250 bulanan
8. Bantuan Peningkatan Ekonomi Asnaf
9. Bantuan Perlindungan Takaful Khairat kepada Penerima Bantuan Asnaf
10. Pogram Lonjakan Akademik Kasih Johor





11. Program Asrama Kasih Johor
12. Progam Anak Angkat Makmur Johor
13. Bantuan Beli Rumah Pertama – RM5,000 secara one-off
14. Bantuan Masuk Rumah Pertama – RM2,000 secara one off
15. Bantuan Deposit Sewa Rumah – RM1,000 secara one off
16. Bantuan Sewa Rumah – RM2,500 secara one off
17. 11,500 unit Rumah Mampu Milik Johor
18. Program Rumah Percuma Kasih Johor – 100 unit rumah untuk golongan asnaf, miskin dan miskin tegar
19. Program Naik Taraf dan Baik Pulih Rumah
20. Program Bina Baru dan Baik Pulih Rumah Asnaf










21. Rejuvenasi dan Naik Taraf PPR, RSK serta Flat Awam
22. Memperkasakan Hebahan Penyampaian Inisiatif Perumahan Johor
23. Pemindahan Sebahagian Perkhidmatan Klinik Kesihatan Diperluskan Kepada Tiga Klinik Kesihatan
24. Perluasan Inisiatif Perkhidmatan Ubat Melalui Pos di Semua Fasiliti Hospital dan Klinik Kesihatan
25. Penyaluran Dana Bagi Lokum Pegawai Perubatan dan Paramedik di Hospital Kerajaan
26. Perluasan Sistem SOS di Hospital Sultan Ismail JB
27. Bantuan Pantri di Fasiliti Hospital dan Klinik
28. Sumbangan Ambulan Maju Johor
29. Program Saringan Mammogram & Ultrasound Melalui Kerjasama KPJ dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor
30. Program Johor Bebas Denggi 2027










31. Program Santuni Komuniti Maju Johor
32. Sinergi Yayasan Diraja Johor
33. Memperkasakan Yayasan Sultanah Fatimah dan Yayasan Sultanah Rogayah
34. Bantuan Khas Komuniti Rukun Tetangga (KRT)
35. Bantuan Kepada Pertubuhan Kesenian dan Budaya
36. Semarak Perpaduan Johor
37. Program Persona Kasih Johor
38. Program Saringan Kesihatan Asas Keluarga Johor
39. WCARE Melibatkan Komuniti dan Masyarakat
40. Program Mobiliti OKU
41. Projek Rintis Program Pemulihan Menggunakan Modul Asuhan dan Jagaan Kanak-Kanak 3M di PKPDK dan Pusat Jagaan OKU
42. Program Pemeriksaan Child Support Team Johor
43. Menaik Taraf dan Membaik Pulih Premis PKPDK dan PAWE












Ucapan Belanjawan Johor 2027
Tonton Pembentangan Belanjawan Johor 2027 bertemakan “Johor Maju, Rakyat Sejahtera” oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang dikongsikan di platform Facebook Rasmi Onn Hafiz Ghazi di bawah:
Baca juga:
- Intipati Belanjawan Selangor 2027 – Insentif & Bantuan untuk Rakyat
- Belanjawan Sarawak 2027 – Intipati Penting & Inisiatif untuk Rakyat
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Belanjawan Johor 2027
Untuk menyemak status kelayakan, dokumen rasmi ucapan pembentangan, dan jadual pengagihan bantuan di bawah Belanjawan Johor 2027, anda boleh merujuk saluran rasmi Kerajaan Negeri Johor berikut:
- Dokumen Ucapan & Perincian 284 Tekad: Layari portal rasmi Bahagian Perancang Negeri Johor (BPEN) bagi memuat turun teks penuh pembentangan dan perincian mengikut enam teras utama.
- Semakan Status & Rayuan Bantuan Tunai: Layari laman sesawang rasmi Sistem Bantuan Kasih Johor (BKJ) menggunakan nombor MyKad untuk menyemak kelayakan atau mengemukakan permohonan rayuan apabila fasa semakan dibuka secara rasmi.
- Pertanyaan Umum & Khidmat Pelanggan: Hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Khidmat Pengurusan) melalui talian 07-266 6070 atau 07-266 6071, atau rujuk maklumat lanjut di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor.
Bagi penerima sedia ada yang berdaftar dalam pangkalan data agensi berkaitan (seperti eKasih, JKM, YPKDT, dan persatuan berdaftar), penyaluran lazimnya diproses secara automatik berdasarkan rekod terkini. Pemohon baharu atau pemohon yang tercicir perlu menunggu pembukaan tempoh pendaftaran atau rayuan rasmi di Sistem Bantuan Kasih Johor.
Anda boleh menyemak status kelayakan sebaik sahaja sistem dikemas kini dengan memasukkan nombor MyKad pada ruangan semakan di laman Sistem Bantuan Kasih Johor.
Program jualan barangan asas pada harga subsidi ini diperluas daripada 336 kepada 748 lokasi di seluruh negeri merangkumi kesemua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Jadual dan lokasi tapak jualan mingguan diumumkan melalui laman sosial rasmi Media Digital Johor serta Pejabat Daerah masing-masing.
Permohonan inisiatif perumahan di bawah Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) boleh dibuat secara dalam talian menerusi sistem eRumah Johor apabila permohonan bagi fasa tahun 2027 dibuka. Pemohon dinasihatkan menyediakan salinan kad pengenalan, penyata pendapatan isi rumah, dan dokumen perjanjian jual beli atau perjanjian sewa rumah yang sah.




