Belanjawan Madani 2025 [ LIVE ] Pembentangan & Intipati

belanjawan 2025 intipati bajet
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Belanjawan 2025 : Tema, Tarikh Pembentangan & Jangkaan Intipati Bajet Malaysia Madani

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, petang ini.

Ia belanjawan ketiga dibentangkan di bawah Kerajaan Madani pimpinan beliau dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Belanjawan 2025 adalah sebuah kerangka hala tuju jangka panjang ekonomi Malaysia.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi perkembangan terkini pembentangan Belanjawan 2025, tema, senarai bantuan dan insentif utama yang akan memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia.

Baca juga:

Pengenalan

Belanjawan adalah sebuah dokumen yang disediakan oleh kerajaan yang menerangkan jumlah wang yang akan digunakan setiap tahun.

Segala hasil yang diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai, royalti petroleum dan duti
eksais akan dibelanjakan bagi menampung keperluan rakyat seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, pekerjaan, pertahanan dan pembangunan negara

Di parlimen, belanjawan dirujuk sebagai Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan. RUU ini mengandungi butiran dan anggaran belanja bagi semua kementerian, program kerajaan dan perjawatan

Belanjawan 2025 adalah belanjawan ketiga yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 24 November 20222.

Selaras dengan tema “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”, Belanjawan 2025 ini adalah kesinambungan kepada Ekonomi MADANI, sebuah kerangka hala tuju jangka panjang ekonomi Malaysia yang berhasrat untuk menaikkan siling potensi ekonomi negara dan lantai mutu kehidupan rakyat.

Fokus Bajet 2025

Bajet 2025 atau Belanjawan MADANI 2025 yang akan dibentangkan ini berpandukan kepada beberapa asas khusus, termasuklah pendekatan memacu pertumbuhan ekonomi negara dengan lebih pesat, bagi membolehkan usaha meningkatkan penyediaan kemudahan kepada rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berkata, Belanjawan MADANI yang ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan akan merancakkan lagi usaha untuk meningkatkan siling dan menstruktur semula ekonomi supaya Malaysia mencapai tahap ekonomi utama di Asia.

“Ini yang kita tekankan mengenai menaikkan siling (ekonomi) supaya penstrukturan ekonomi itu dalam memacu pertumbuhan, daya cipta, daya saing, pendigitalan, AI (kecerdasan buatan) yang diterokai dan reformasi dalam penjawat awam kerana ia tidak boleh kita harap cara dan kaedah lama untuk kita capai pendekatan baharu atau dasar baharu,” katanya.

Selain siling ekonomi, kerajaan juga ingin menaikkan lantai pendapatan supaya masyarakat terutama di desa, miskin bandar dan pedalaman tidak ketinggalan dalam merasai nikmat perubahan.

“Secara relatif, bahan penting di Malaysia iaitu bahan asas seperti gula, tepung, minyak petrol, diesel atau minyak masak itu ketimbang lebih jauh murah di Malaysia (berbanding negara lain) tapi itu tidak boleh menolak kenyataan bahawa kos sara hidup masih menekan sebahagian besar rakyat.

“Kita juga harus fikir kaedah baharu, melenyapkan kartel atau monopoli atau mengelak ketirisan supaya pulangan itu akan balik kepada rakyat sama ada bantuan tunai langsung seperti STR (Sumbangan Tunai Rahmah) ataupun bantuan khusus untuk (golongan) yang paling miskin iaitu SARA (Sumbangan Asas Rahmah) atau menumpukan yang saya berikan keutamaan bidang kesihatan dan pendidikan,” katanya.

Bagi menjayakan reformasi ekonomi negara, Belanjawan 2025 juga akan menumpu kepada usaha penambahbaikan tatakelola untuk meningkatkan kecekapan sektor awam dan menoktahkan budaya rasuah.

Tema Belanjawan 2025 – “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”

Majlis Libat Urus Belanjawan2025 yang berlangsung pada 9 Julai 2024 merupakan titik permulaan Kerajaan untuk mengambil maklum balas serta cadangan daripada semua lapisan masyarakat bagi merangka Belanjawan Negara.

Selaras dengan tema, “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”, Belanjawan2025 merupakan kesinambungan kepada Ekonomi MADANI, sebuah kerangka hala tuju jangka panjang ekonomi Malaysia yang berhasrat untuk menaikkan siling potensi ekonomi negara dan lantai mutu kehidupan rakyat. Bagi menjayakan reformasi ekonomi negara, Belanjawan 2025 juga akan menumpu kepada usaha penambahbaikan tatakelola untuk meningkatkan kecekapan sektor awam dan menoktahkan budaya rasuah.

Seiring dengan aspirasi Kerajaan MADANI bersifat inklusif, rakyat dijemput untuk mengemukakan cadangan di Portal Cadangan Belanjawan 2025 dengan melayari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://belanjawan.mof.gov.my.

Belanjawan 2025
Belanjawan 2025

Muat Turun Logo Belanjawan Madani

Tarikh Pembentangan

Belanjawan 2025 akan dibentangkan pada 18 Oktober 2024, mulai jam 4.00 petang.

Siaran Langsung LIVE Streaming Belanjawan 2025

Jom sama-sama kita saksikan “Pembentangan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI” secara langsung oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jam 4:00 petang hari ini di Facebook rasmi Kementerian Kewangan dan JPA serta semua saluran media utama.

Semoga berita yang manis-manis untuk semua rakyat Malaysia!

Pautan LIVE Streaming:

belanjawan 2025 intipati bajet

TERKINI : Intipati Belanjawan 2025

  • Ekonomi negara dijangka berkembang kukuh antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus, didokong langkah dan strategi Belanjawan MADANI Ketiga 2025
  • Unjuran kadar defisit 3.8 peratus pada 2025 berbanding anggaran 4.3 peratus pada tahun ini
  • Cukai jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan rakyat
  • Kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi kepada RM322 billion pada 2024 berbanding RM308 billion
  • Jumlah hutang baharu akan kian menurun, diunjur berjumlah RM80 bilion pada 2025 berbanding RM85 bilion pada 2024

CUKAI JUALAN & PERKHIDMATAN

  • Cukai jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barangan premium yang diimport antaranya ikan salmon dan avokado
  • Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan lebih progresif, tidak bebankan rakyat
  • Kerajaan menjangkakan kutipan hasil bagi 2025 terus meningkat kepada RM340 bilion
  • Cukai Jualan tidak akan dikenakan bagi barangan makanan asas digunakan rakyat, hanya babitkan barangan bukan keperluan asas seperti produk premium diimport
  • Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial, antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi
  • Peluasan skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa pada 1 Mei, 2025

SUBSIDI RON 95

  • Kerajaan cadang laksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pertengahan 2025, penjimatan akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat
  • Subsidi petrol RON 95 bakal dipotong sebanyak RM 8 bilion untuk golongan T15.
  • Harga RM 2.05/liter akan kekal buat 85% rakyat.
  • Kerajaan cadang perluas asas cukai secara progresif, perkenal cukai dividen pada kadar dua peratus bagi pendapatan dividen lebih RM100,000 diterima pemegang saham individu mulai tahun taksiran 2025
  • Kerajaan komited kekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, tanggungan subsidi elektrik masih diteruskan untuk 85 peratus rakyat dianggar berjumlah RM12 bilion
  • Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan, tertinggi antara negeri masing-masing RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion
  • Kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop peluasan dan kadar cukai dikenakan
  • Mulai 2025, Kerajaan cadang naikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda lagi kepada RM600 juta
  • Peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta tahun depan berbanding RM338 juta
  • Kerajaan beri kebebasan sepenuhnya untuk SPRM siasat dan ambil tindakan tegas bagi heret pesalah rasuah ke muka pengadilan
  • RM200 juta disediakan kepada Jabatan Audit Negara, sesuai dengan peranan lebih besar bagi mulakan pengauditan

Bantuan STR, SARA & JKM

Untuk tahun 2025 kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion ketimbang RM10 bilion. Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.

Belanjawan 2025
Belanjawan 2025
Belanjawan 2025

ELAUN JKM

Belanjawan 2025

Gaji Minimum 2025 Dinaikkan Kepada RM1700

Dalam Bajet 2025, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

Selain itu, kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

gaji minimum rm1700 2025

Perincian tentang maklumat ini akan diumumkan pada masa terdekat.

Maklumat Lanjut

Ikuti perkembangan terkini dan maklumat sahih Kementerian Kewangan melalui laman web rasmi https://belanjawan.mof.gov.my/

Sila layari pautan https://www.youtube.com/@PARLIMENMALAYSIA1 atau laman web rasmi https://www.parlimen.gov.my/ untuk makluman terkini.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut