Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca 2022

Jangan lepaskan peluang untuk membeli banyak bahan bacaan melalui baucar buku Semarak Membaca!

Bagi menggalakkan dan memupuk semangat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia telah memperkenalkan program Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM).

BBSM adalah inisiatif awal untuk merancakkan kembali industri buku yang telah terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan Malaysia khususnya sejak penghujung tahun 2019.

Objektif BBSM

baucar buku semarak membaca

Objektif utama program Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM) adalah seperti yang berikut:

  1. Membantu memulihkan dan merancakkan industri buku tempatan
  2. Memberi insentif dan galakan kepada pembaca untuk membeli buku
  3. Menambah bilangan pendaftaran baharu keahlian u-Pustaka

Cara penebusan

Secara umumnya, terdapat 3 cara untuk membuat penebusan baucar BBSM:

  1. BBSM @ Kedai Fizikal
  2. BBSM @ Edagang
  3. BBSSM @ Dalam Talian

BBSM @ Kedai Fizikal

Baucar BBSM boleh digunakan di sebanyak 170 kedai fizikal seluruh Malaysia yang mengambil bahagian dalam program ini.

Dengan penebusan baucar ini, anda layak mendapat diskaun sebbanyak RM10 bagi setiap pembelian buku.

Senarai kedai buku fizikal boleh disemak di laman rasmi BBSM di alamat https://semarakmembaca.com/bbsm-kedai-fizikal/

BBSM @ Edagang

Sekiranya kedai buku berhampiran tempat tinggal anda tidak menjual buku yang ada ingini, anda boleh juga membeli buku tersebut secara online melalui laman Edagang Shopee.

Sebanyak 200 buah kedai dalam talian mengambil bahagian dalam program BBSM ini dan anda boleh menggunakan baucar buku Semarak Membaca untuk mendapatkan diskaun apabila membeli buku daripada kedai-kedai dalam talian ini.

Untuk melihat senarai kedai buku yang mengambil bahagian, sila lawati halaman khas BBSM di alamat https://semarakmembaca.com/bbsm-shopee/

BBSM @ Dalam Talian

Pilihan ketiga adalah membeli buku daripada laman e-Sentral.

e-Sentral merupakan sebuah stor e-buku terbesar di Asia Tenggara e-Sentral merupakan sebuah stor e-buku terbesar di Asia Tenggara yang dihasilkan oleh syarikat tempatan.

Sehingga tahun 2022, eSentral mempunyai lebih 700,000 pengguna dengan menawarkan lebih 250,000 koleksi judul dari penerbit dan penulis dalam dan luar negara.

Anda hanya perlu muat turun aplikasi pembaca eSentral yang terdapat di Google Playstore atau Appstore daripada pautan di bawah:

  1. App Store – Untuk pengguna iOS
  2. Google Play – Untuk pengguna Android
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!