Baucar Buku Madani Untuk Guru 2025 – Semakan & Penebusan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Baucar buku guru diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai inisiatif terbaharu kerajaan dalam memupuk budaya membaca di Malaysia.

Buat pertama kalinya, lebih 400,000 guru di seluruh negara bakal menerima baucar ini sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka dalam dunia pendidikan.

Menurut Perdana Menteri, pemberian baucar ini merupakan lanjutan daripada usaha kerajaan sebelum ini yang memfokuskan kepada pelajar sekolah dan universiti, namun tahun ini ia diperluaskan khusus untuk para guru pula.

Baca juga: DPP UKM 2025 : Diploma Pendidikan Pascasiswazah UKM [September]

Baucar Buku Madani 2025 Untuk Guru Diumumkan

Dalam ucapannya di Majlis Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025, Anwar menekankan bahawa guru bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu di bilik darjah, malah menjadi pemangkin dalam membudayakan minat membaca dalam kalangan pelajar.

“Tahun lalu kita beri baucar kepada pelajar. Tahun ini, kita beri kepada guru-guru pula kerana mereka memainkan peranan penting dalam menggalakkan pelajar membaca,” ujar beliau.

Baucar buku guru ini diharap dapat memberi motivasi kepada pendidik untuk terus mendekatkan diri dengan dunia ilmu serta menjadi contoh kepada anak-anak murid.

Baucar Buku Perlu Digunakan Untuk Bahan Bermutu

Datuk Seri Anwar juga menegaskan kepentingan garis panduan yang jelas dalam penggunaan baucar buku guru.

Beliau mengingatkan agar baucar tersebut tidak digunakan untuk membeli bahan bacaan yang tidak berkualiti.

“Buku yang dibeli mestilah bermutu dan mampu menyumbang kepada peningkatan ilmu. Kita tidak mahu sewenang-wenangnya membeli buku yang tidak memberi manfaat kepada perkembangan akademik,” katanya.

Dengan itu, Kementerian Pendidikan dijangka mengeluarkan garis panduan agar penggunaan baucar lebih berfokus kepada bahan ilmiah dan pembangunan profesional guru.

Kredit: FB Anwar Ibrahim Official

Baucar Buku Pelajar Universiti Turut Diteruskan

Walaupun fokus tahun ini diberikan kepada guru, baucar buku untuk penuntut universiti masih diteruskan.

Menurut Anwar, kadar pemberian mungkin berubah berbanding tahun sebelumnya. Tahun lalu, pelajar menerima baucar bernilai RM100, namun tahun ini jumlah itu dijangka diturunkan kepada RM50 bergantung kepada kategori dan peringkat pengajian.

“Kita sedang teliti untuk pelajar pascasiswazah dan graduan. Kementerian Pendidikan Tinggi akan umumkan kaedah dan jumlah sebenar tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas majlis PBAKL.

baucar buku guru
Kredit: FB Anwar Ibrahim Official

Baca juga: Semakan Keputusan UPUOnline 2025/2026 – Kemasukan ke IPTA & MARA

Anwar turut meluahkan rasa bangga terhadap sambutan hangat rakyat Malaysia terhadap PBAKL 2025. Tahun ini, jumlah pengunjung mencatatkan hampir dua juta orang, melebihi rekod 1.8 juta pengunjung pada tahun sebelumnya.

Beliau menyifatkan ini sebagai petanda positif terhadap peningkatan budaya membaca dan minat terhadap buku di Malaysia. Malah, PBAKL kini tersenarai sebagai antara festival sastera terbaik dunia ketiga.

baucar buku guru
Kredit: FB Anwar Ibrahim Official

Cara Semakan & Penebusan Baucar Buku Madani Untuk Guru 2025

TATACARA PENEBUSAN BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025 PERBADANAN KOTA BUKU
(Syarikat milik Kementerian Pendidikan Malaysia)

baucar buku guru 2025

NOTA : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang LAYAK, tetapi TIADA DELIMa ID, laporkan kepada HELPDESK DELIMa di emel [email protected]


Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) perlu klik pada pautan TEBUS BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025 di laman utama DELIMa untuk memulakan proses penebusan di Portal Book Capital.

PPP wajib memilih sekurang-kurangnya 1 judul daripada senarai JUDUL KHAS BAUCAR BUKU GURU.
Baucar ini hanya boleh digunakan untuk 1 transaksi sahaja. Sekiranya jumlah pembelian melebihi nilai baucar, PPP perlu membayar baki perbezaan menggunakan kaedah bayaran yang disediakan.

Kurier akan menghantar pesanan ke alamat penghantaran yang didaftarkan oleh PPP.

baucar buku guru 2025

Cara Menebus Baucar Buku Guru Madani 2025 :

  1. PPP mendaftar di portal Book Capital menggunakan DELIMa ID, baucar bernilai RM100 akan dikreditkan secara automatik kepada PPP yang layak.
  2. PPP wajib memilih sekurang-kurangnya 1 judul daripada senarai Judul Khas Baucar Buku Gur
  3. Penjual menerima notifikasi pesanan. Penjual diberi masa 3 hari bagi mengesahkan pesanan dan 6 hari bagi memproses pesanan untuk diserahkan kepada kurier.
  4. Kurier akan menghantar pesanan ke alamat yang didaftarkan.
  5. Proses pesanan PPP selesai dan status pesanan bertukar ke ‘FINISHED’ jika tiada sebarang pertikaian dalam tempoh 5 hari selepas pesanan dihantar.

Soalan Lazim (FAQ) & Maklumat Lanjut

Pemberian baucar buku guru tahun 2025 merupakan satu langkah yang bukan sahaja menghargai jasa para pendidik, tetapi juga strategi kerajaan untuk memperkukuh budaya ilmu di negara ini.

Dengan sokongan menyeluruh kepada guru, pelajar sekolah dan penuntut universiti, inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai masyarakat berpengetahuan tinggi dan celik literasi.

Sila rujuk soalan lazim (FAQ) di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang baucar ini.

Apakah Baucar Buku Guru Madani 2025?

Sebagai penghargaan kepada para pendidik negara, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Perbadanan Kota Buku memperkenalkan Baucar Buku Guru Madani 2025.
Baucar bernilai RM100 ini boleh digunakan untuk pembelian pelbagai jenis buku berkualiti.

Inisiatif ini bukan sekadar pemberian insentif, tetapi dorongan untuk memperkasa budaya membaca dalam kalangan warga pendidik.

Berapa nilai Baucar Buku Guru Madani 2025?

Baucar ini bernilai RM100.

Bilakah tempoh penebusan Baucar Buku Guru Madani 2025?

Tempoh penebusan adalah bermula 1 Julai (jam 12.00 tengah hari) sehingga 30 September 2025.

Bagaimana cara nak tebus Baucar Buku Guru Madani 2025?

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) hanya perlu mendaftar di portal Book Capital (https://mall.bookcapital.com.my) dan baucar bernilai RM100 akan dikreditkan secara automatik kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang layak.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut