Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dinasihatkan untuk menyemak senarai Barangan MyKasih untuk membeli keperluan menggunakan bantuan tersebut.
Ini bagi memastikan kesemua barangan yang dibeli menggunakan bantuan tersebut adalah tergolong dalam barangan yang diluluskan untuk dibeli.
Pengenalan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
SARA merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
Ianya merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.
Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Syarat Kelayakan
Kelayakan SARA 2025 adalah terhad kepada:
SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.
SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih 31 Oktober 2024 dengan ketetapan seperti berikut:
- Data eKasih 31 Januari 2025 (layak SARA 2025 mulai Januari 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada April 2025.
- Data eKasih 30 April 2025 (layak SARA 2025 mulai April 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Julai 2025.
- Data eKasih 31 Julai 2025 (layak SARA 2025 mulai Julai 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Oktober 2025.
- Data eKasih 30 Oktober 2025 (layak SARA 2025 mulai Oktober 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada November 2025.
Amaun Kelayakan
Kelayakan amaun SARA 2025 adalah seperti berikut:
Kategori Penerima STR 2025 | Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih | Penerima STR 2025 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih |
Isi Rumah (Tiada had umur) | RM2,100 RM100/bulan (Januari – Mac) RM200/bulan (April – Disember) | RM900 RM100/bulan (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 RM100/bulan (Januari – Mac) RM150/bulan (April – Disember) | RM450 RM50/bulan (April – Disember) |
Bujang (21-59 tahun) | RM600 RM50/bulan (Januari – Disember) | – |
13 Kategori / Senarai Barangan MyKasih Yang Diluluskan
Senarai barangan yang boleh dibeli terdiri daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu:
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Bahan perasa
- Produk kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan
Cara Semak Barangan MyKasih
Ramai juga tertanya-tanya, kadang-kadang tu jenama barangan yang dipamerkan dalam poster tu tak ada di kedai. Jadi, bolehkah beli jenama lain?
Adakah ia layak untuk dibayar menggunakan wang bantuan MyKasih nanti?
Ini cara nak check barang yang layak untuk pembelian menggunakan aplikasi MyKasih :
Kaedah Pembelian Barangan MyKasih
Kaedah pembelian barang boleh dibuat seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Rujuk video berikut untuk memudahkan anda :
Info Lanjut Barangan MyKasih
Soalan lazim mengenai bantuan in boleh dirujuk melalui lampiran di bawah:
Info lanjut mengenai Barangan MyKasih, sila layari laman web https://www.mykasih.com.my/.
Baca juga: Kalendar Akademik UiTM 2025 : Tarikh Kuliah, Exam & Cuti