Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023) – Semakan Status & Bayaran

bantuan tunai rahmah str 2023 permohonan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH STR FASA 3 MULAI 26 JUN 2023

[TERKINI] SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 3 AKAN DISALURKAN MULAI 26 JUN 2023, MEMANFAATKAN 8 JUTA ISI RUMAH B40

YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, telah mengumumkan bahawa pembayaran STR Fasa 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023 bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Dengan peruntukan lebih RM2 bilion, para penerima akan mendapat bayaran daripada RM100 sehingga RM1,300 mengikut kriteria kelayakan masing-masing.

Pembayaran akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima mulai 26 Jun – 5 Julai 2023, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 26 Jun 2023.

Semakan status kelulusan STR Fasa 3 dibuka mulai 26 Jun 2023. Bagi mereka yang tidak lulus, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 hingga 31 Julai 2023. 

Berikut dikongsikan kenyataan rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia berkenaan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 serta butiran penting mengenainya untuk makluman rakyat Malaysia.

Apakah Itu Bantuan Tunai Rahmah?

STR pada tahun 2023 akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion. 

Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan.

Bantuan tahunan oleh Kerajaan sebelum ini turut dikenali dengan nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Sara Hidup (BSH), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Tarikh & Kadar Bantuan Tunai Rahmah Fasa 3

Para penerima akan mendapat bayaran daripada RM100 sehingga RM1,300 mengikut kriteria kelayakan masing-masing.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM400
3-4 anak: RM600
5 anak dan lebih: RM800

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM0
1-2 anak : RM150
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih: RM250

ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)

Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200

iii) Kategori Bujang 21-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150

iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150

jadual bayaran STR fasa 3

Jumlah Bayaran STR Setiap Fasa

TERKINI :

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 akan mula diagihkan awal bulan April sebelum sambutan Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah meminta Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan untuk menyegerakan perkara itu bagi memastikan golongan yang memerlukan, menerima bantuan berkenaan.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM200
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih : RM200

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM200
1-2 anak : RM200
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih : RM200

ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)

Pendapatan RM5000 ke bawah : RM100

iii) Kategori Bujang 21-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM100

iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM100

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM400
3-4 anak: RM600
5 anak dan lebih: RM800

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM0
1-2 anak : RM150
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih: RM250

ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)

Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200

iii) Kategori Bujang 21-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150

iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM600
3-4 anak: RM900
5 anak dan lebih: RM1200

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM0
1-2 anak : RM0
3-4 anak: RM300
5 anak dan lebih: RM500

ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)

Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200

iii) Kategori Bujang 21-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0

iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0

Untuk melihat jadual dengan lebih jelas, sila layari : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html

Berikut adalah jumlah bayaran tambahan yang akan diterima oleh kategori miskin tegar :

Kategori PenerimaPendapatanBil. AnakBayaran 1
Jul-23
Bayaran 2
Ogos-23
Bayaran 3
Sept-23
Bayaran 4
Okt-23
Bayaran 5
Nov-23
Bayaran 6
Dis-23
**Jumlah Bantuan Tambahan STR 2023
(RM)
Jumlah Bantuan Keseluruhan STR 2023
(RM)
* Isi Rumah Miskin Tegar
Tiada Had Umur
(Tambahan RM600)
≤ PGK Miskin Tegar RM1,16901001001001001001006001,600
1-21001001001001001006002,100
3-41001001001001001006002,600
≥ 51001001001001001006003,100

Nota:

  • Bantuan tambahan RM600 dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan
  • Kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100

Cara Permohonan Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023)

Pendaftaran baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini dibuka.

Rujuk langkah-langkah di bawah untuk memohon:

bantuan tunai rahmah 2023 str
bantuan tunai rahmah 2023 str
Muat turun manual Panduan Pengguna Permohonan Baharu Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023):

Muat Turun Borang Manual

Rujuk panduan kemaskini STR : STR 2023 : Panduan Kemaskini Maklumat Pemohon

Siapa Yang Perlu Buat Permohonan Baru / Kemaskini?

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

  1. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
  2. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  3. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiadapasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  1. Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
  2. Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini

sumbangan tunai rahmah 2023 bantuan

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 : SITUASI YANG MEMERLUKAN PENGEMUKAAN BORANG PERMOHONAN STR KE PEJABAT LHDNM
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

Panduan Pengguna

SOALAN LAZIM:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut