Bantuan Khas Aidilfitri 2025 Penjawat Awam & Pesara Dibayar 27 Mac

bantuan khas bkka aidilfitri 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

TERKINI : Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2025 Penjawat Awam & Pesara

Berita gembira buat semua penjawat awam!

Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam berjumlah RM500, serta RM250 pula buat pesara berpencen dan tidak berpencen.

“Insya-Allah minggu hadapan, kita akan salurkan kepada gred 56 ke bawah RM500 bagi setiap penjawat awam dan pesara RM250 termasuk veteran, dan mulai Isnin Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga dikeluarkan supaya meringankan beban rakyat,” kata Perdana Menteri.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang, pada 21 Mac 2025.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025 ini.

Apakah Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 2025?

Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam adalah bantuan hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan.

Pengumuman pemberian bantuan ini adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.

bantuan khas kewangan aidilfitri bonus raya penjawat 2025
Sumber: Kementerian Kewangan

𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡: 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱

  • YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2025 sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 15 dan ke bawah, dan pegawai/ kakitangan lantikan kontrak.
  • BKKA ini dipanjangkan kepada pesara Kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250
  • BKKA Tahun 2025 ini akan dibayar pada 27 Mac 2025, dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut.
  • Pemberian BKKA ini akan dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3) Akta Cukai Pendapatan 1967.
  • Bayaran LAYAK diberikan kepada: 𝙧𝙪𝙟𝙪𝙠 𝙨𝙪𝙧𝙖𝙩 𝙚𝙙𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙤𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙯𝙞𝙢 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙡𝙖𝙢𝙥𝙞𝙧𝙠𝙖𝙣.

Pautan: https://www.jpa.gov.my/…/surat-edaran-bantuan-khas…

Tarikh Bayaran BKKA (Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025)

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada 27 Mac 2025.

Sila rujuk Surat Edaran dan Soalan Lazim oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

bantuan khas bkka aidilfitri 2025

Jumlah Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025

 Bantuan khas kewangan Aidil Fitri membabitkan:

  • RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan lantikan kontrak (contract of service, contract for service, pegawai sambilan harian dan lantikan MySTEP.
  • RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Soalan Lazim (FAQ) BKK Aidilfitri 2025

bantuan khas aidilfitri 2025 penjawat awam bonus raya
bantuan khas aidilfitri 2025 penjawat awam bonus raya
bantuan khas aidilfitri 2025 penjawat awam bonus raya
bantuan khas aidilfitri 2025 penjawat awam bonus raya
bantuan khas aidilfitri 2025 penjawat awam bonus raya
bantuan khas aidilfitri 2025 penjawat awam bonus raya
bantuan khas aidilfitri 2025 penjawat awam bonus raya
bantuan khas aidilfitri 2025 penjawat awam bonus raya

Muat turun:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk :

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut