TERKINI: PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN KHAS 2025 DIBUKA BERMULA 1 MEI – 1 JUN 2025 UNTUK PELAJAR IPT SARAWAK
Belanjawan Sarawak 2025 yang telah dibentangkan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyenaraikan beberapa bantuan terutamanya Bantuan Khas IPT Sarawak 2025 yang disediakan khusus kepada pelajar daripada negeri itu.
Bantuan serta inisiatif ini diumumkan khusus bagi membantu pelajar daripada negeri tersebut yang sedang melanjutkan pengajian di IPT terutamanya mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah.
Selain itu, inisiatif dan bantuan ini diperkenalkan bagi membantu pelajar anak Sarawak yang sedang belajar di IPT dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Pengenalan
Belanjawan Negeri Sarawak 2025 yang bertemakan ‘Bersama Membina Masa Depan Sejahtera’ melibatkan perbelanjaan sebanyak RM15.8 bilion.
Belanjawan tersebut yang yang telah dibentangkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan belanjawan yang terbesar dalam sejarah Sarawak.
Menurut beliau, belanjawan tersebut dinilai dengan teliti dan dirumus untuk memastikan Sarawak kekal berdaya tahan, berdaya saing dan boleh menyesuaikan diri di tengah-tengah ketidaktentuan global.
Belanjawan ini juga dirangka dengan lapan teras strategi iaitu:
- Mentransformasi dan mempelbagaikan ekonomi Sarawak
- Meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelaburan utama dan mempromosikan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
- Memperkukuh bakat dan pembangunan pendidikan
- Mempercepatkan transformasi digital serta inovasi
- Meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan pembangunan inklusif
- Mempromosikan kebudayaan, sukan dan memperkasakan belia
- Meningkatkan kelestarian alam sekitar
- Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam
Senarai Bantuan Pelajar IPT Sarawak 2025
Terdapat 4 bantuan utama yang diumumkan melibatkan pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT yang diumumkan dalam #BelanjawanSarawak2025 :
- Bantuan kewangan khas kepada pelajar-pelajar Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT)
- Pemberian baucar buku
- Pemberian komputer riba percuma
- Bantuan kepada graduan Sarawak untuk membayar balik pinjaman PTPTN
*Sumber: https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/9075/UKAS
Pengenalan – Bantuan Khas Kewangan IPT Sarawak 2025
Premier Sarawak memgumumkan bantuan kewangan khas kepada pelajar-pelajar Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia akan diberikan dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.
Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 25,000 pelajar Sarawak daripada keluarga berpendapatan rendah, iaitu yang mempunyai pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 atau ke bawah setiap bulan.
Pemberian wang ini bertujuan membantu pelajar membiayai keperluan asas seperti makanan dan barangan penting, sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup mereka.
Tarikh Permohonan
Permohonan hanya akan dibuka selama satu bulan mulai 1 Mei 2025 dengan tarikh tamat pada 1 Jun.
Tambahnya, tempoh permohonan yang kedua juga akan dibuka pada bulan September kelak.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, “Pendaftaran akan dibuka pada 1 Mei hingga hujung bulan, selama sebulan namun pelajar yang tidak mendaftar pada tempoh ini pula boleh memohon pada September kelak.
“Hal ini kerana kerana ada pelajar yang akan mendaftar atau memulakan pengajian pada bulan September nanti maka kita sediakan dua peluang untuk pendaftaran,” katanya dalam satu sidang media khas sempena bantuan tersebut di Wisma Adenan, Yayasan Sarawak pada Sabtu.
Jumlah Bantuan Khas Kewangan IPT Sarawak 2025
Pelajar yang layak menerima bantuan ini akan menerima bantuan wang saku berjumlah RM1,200 setahun.
Sejumlah RM600 akan disalurkan setiap semester ke dalam akaun S PAY Global mereka sepanjang tempoh pengajian.
“Dalam erti kata lain, jika tempoh pengajian anda adalah 4 tahun, anda akan diberikan bantuan kewangan selama 4 tahun. Jika hanya 1 semester, anda hanya akan menerima bantuan untuk 1 semester,” jelas Datuk Dr Annuar Rapaee.
Namun begitu, pelajar yang terpaksa melanjutkan tempoh pengajian tidak akan menerima bantuan tersebut lagi memandangkan pemberian bantuan mengikut tempoh pengajian yang ditetapkan mengikut kursus yang diikuti.
Syarat Kelayakan Bantuan Khas Kewangan IPT Sarawak 2025
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi penerima bantuan ini adalah seperti berikut:
- Pelajar berasal dari Sarawak, iaitu sekurang-kurangnya salah seorang ibu bapa atau penjaga adalah warganegara Sarawak.
- Sedang mengikuti pengajian Diploma atau Ijazah di mana-mana IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) di seluruh Malaysia.
- Pengajian sepenuh masa.
- Disokong dan disahkan oleh institusi pengajian masing-masing.
Cara Permohonan Bantuan Khas Kewangan IPT Sarawak 2025
1. Pra-Syarat
- Daftar Sarawak ID di: sarawakid.sarawak.gov.my
- Buka akaun S PAY Global
- Layari laman web my-Yayasan, log masuk menggunakan Sarawak ID, dan klik “Apply”.
2. Proses Permohonan
- Isi dan muat naik semua dokumen yang diperlukan.
- Muat turun surat pengesahan, dapatkan pengesahan daripada institusi anda.
- Muat naik semula surat yang telah disahkan dan ditandatangani.
- Sistem My-Yayasan akan menilai permohonan dan kelayakan anda.
- Klik “Submit” untuk memohon bantuan yang layak diterima.
3. Semakan Status Permohonan
- Status permohonan boleh disemak melalui portal My-Yayasan.
- Keputusan akan dimaklumkan melalui emel atau SMS.
4. Pantauan Bantuan (Untuk Pemohon yang Lulus Sahaja)
- Muat turun, pasang dan log masuk ke aplikasi My-Yayasan Customer App untuk memantau status bantuan.
- Bantuan kewangan akan disalurkan ke akaun S PAY Global penerima.
- Untuk mendaftar sebagai pengguna S Pay Global, sila rujuk artikel berikut: S Pay Global – Pendaftaran, Semakan Bantuan & Bayaran
Cara Penyaluran Bantuan Khas Kewangan IPT Sarawak
Bantuan kewangan IPT Sarawak ini akan disalurkan melalui akaun S PAY Global.
Menjelaskan mengenai pelajar yang belajar di Semenanjung Malaysia dan Sabah, S Pay Global kini diintegrasikan dengan DuitNow QR di mana para pelajar boleh menggunakan bantuan tersebut di mana kedai-kedai yang mempunyai imbasan DuitNow QR.
Maklumat Lanjut
Untuk memohon, para pelajar yang memenuhi kriteria boleh melayari laman sesawang https://myys.yayasansarawak.org.my/.
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan Khas Sarawak 2025 boleh didapati di laman web Yayasan Sarawak iaitu www.yayasansarawak.org.my atau anda boleh hubungi talian berikut untuk sebarang pertanyaan:
- Emel: [email protected]
- Telefon: 082-441686 (waktu pejabat)
Program ini merupakan peluang penting untuk pelajar Sarawak memperoleh sokongan kewangan semasa melanjutkan pelajaran. Pastikan anda penuhi syarat, sediakan dokumen, dan mohon dalam tempoh ditetapkan!
Baca juga: