Tawaran Bantuan Ihsan Komputer 2023 (BAIK 2.0)

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Sabah kini menawarkan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) bagi tahun 2023 untuk pelajar dari negeri tersebut yang sedang menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

BAIK merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sabah bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk memiliki komputer bagi tujuan pembelajaran.

Program BAIK ini merupakan inisiatif kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang dimulakan sejak tahun 2021 dan diteruskan pada tahun 2022.  

Program ini melibatkan para pelajar miskin yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Perlaksanaan inisiatif Fasa 1 yang dijalankan pada tahun lepas melibatkan peruntukan sehingga RM 15 juta dan mampu memberikan manfaat kepada 10,000 orang pelajar.

Pelajar yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon bantuan yang disediakan ini.

Menyedari akan manfaat dan kepentingan program BAIK ini, maka inisiatif ini diteruskan lagi pada tahun 2023 ini.

Baca Juga : Tawaran Pinjaman Desktop & Laptop Percuma (PPAS) Untuk Warga Selangor

Bantuan Ihsan Komputer 2.0

Kriteria Permohonan Bantuan Ihsan Komputer 2023 (BAIK 2.0)

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
  • Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih.
  • Calon perlu berikan justifikasi keperluan komputer riba.

Permohonan Secara Online (BAIK 2.0)

Pemohon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang https://baik.sabah.gov.my/
  2. Baca poster yang dipaparkan untuk memastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan Bantuan Ihsan Komputer 2023 ini.
  3. Pada bahagian bawah halaman tersebut, klik pada butang “Permohonan”
  4. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan
  7. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Permohonan Secara Manual

Permohonan boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan dan menghantar borang tersebut ke Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas seperti di alamat di bawah:

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)
Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)
Jabatan ketua Menteri
Aras 29, Blok A, Menara Kinabalu,
8840 Kota Kinabalu, Sabah

Dokumen Yang Diperlukan

Calon juga diminta untuk kemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :

  • Salinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.
  • Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.
  • Salinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA/S.

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Ihsan Komputer 20230, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369897 atau layari laman web https://mttk.sabah.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: