5 Bahaya Vape, Rokok Elektronik & e-Cigarette – KKM

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, budaya vape semakin meningkat naik sehinggakan golongan muda termasuk wanita tanpa segan silu vape di hadapan khalayak ramai kerana menyangka menghisap rokok elektronik itu tidaklah bahaya.

Malah, industri vape terus berkembang saban tahun dengan menjana berbilion ringgit.

Tabiat vape asalnya wujud kononnya sebagai alternatif lebih baik kepada merokok namun adakah dakwaan ini sebenarnya betul?

Kali ini, mari lihat beberapa kesan buruk dan bahaya vape kepada manusia.

Bahaya Vape, Rokok Elektronik & e-Cigarette – KKM

Dakwaan yang menyatakan penggunaan rokok elektronik atau vape tidak memudaratkan kesihatan adalah tidak benar.

Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi jangka masa panjang boleh mengakibatkan perokok menghidap penyakit E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI) yang menunjukkan beberapa gejala seterusnya mengakibatkan komplikasi serius.

Oleh itu, orang ramai perlu mengambil inisiatif menghentikan tabiat menghisap rokok elektronik atau vape agar dapat mencegah EVALI agar dapat bernafas dengan baik hingga ke akhir hayat.

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

1. Vape tidak 100% selamat

Antara dakwaan popular berkaitan vape adalah ianya 100% selamat berbanding merokok – dakwaan ini ternyata tidak tepat dan hanyalah helah untuk menggalakkan orang ramai membeli produk berkaitan vape.

Vape memanaskan nikotin (diekstrak daripada tembakau), perasa dan bahan kimia lain untuk menghasilkan aerosol yang anda sedut.

Rokok tembakau biasa mengandungi 7,000 bahan kimia, kebanyakannya beracun dan walaupun kita tidak tahu dengan tepat apa bahan kimia dalam vape itu tidak bermakna ianya selamat.

Selain nikotin, cecair vape biasanya mengandungi gliserol (gliserin sayuran) dan propylene glycol (PG), dan bahan kimia yang digunakan untuk perasa.

Walaupun bahan-bahan ini dianggap selamat untuk digunakan dalam kosmetik dan makanan, risiko jangka panjang untuk menyedut bahan ini tidak diketahui dan terus dikaji.

Pada Februari 2020, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat mengesahkan 2,807 kes kecederaan paru-paru berkaitan penggunaan e-rokok atau vape dan 68 kematian disebabkan oleh keadaan itu.

Artikel berkaitan: 13 Bahaya Merokok Pada Tubuh Badan

2. Kesan buruk pada jantung dan paru-paru

Nikotin adalah bahan utama dalam rokok biasa dan rokok elektronik dan ia menyebabkan ketagihan.

Nikotin menyebabkan anda ketagih terhadapnya dan mengalami gejala penarikan diri jika anda mengabaikan keinginan tersebut.

Nikotin adalah bahan toksik, ia meningkatkan tekanan darah anda dan memacu adrenalin anda yang meningkatkan kadar denyutan jantung anda dan kemungkinan mendapat serangan jantung.

KKM juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa banyak kes berkaitan rokok elektronik (Evali) telah dikesan oleh pihaknya seperti yang diterbitkan oleh akhbar Harian Metro ”Vape tidak selamat, 17 kes Evali dikesan – KKM

bahaya vape rokok elektronik
Sumber: GAMIS Johor

3. Menggalakkan anak-anak bawah umur menghisap vape

Di awal kemunculan vape, ianya dilihat sebagai sebuah trend sehinggakan ramai anak muda tanpa segan silu menghisap vape di khalayak ramai.

Malah, ramai yang tidak pernah langsung menghisap rokok terus menghisap vape kerana mereka merasakan ianya langsung tidak mempunyai kesan buruk dan bahaya terhadap tubuh badan mereka.

Lebih malang lagi, segelintir daripada mereka adalah kanak-kanak bawah umur yang merasakan mereka tidak tertakluk kepada undang-undang seperti mana pengharaman rokok bagi individu di bawah umur.

Kini dengan undang-undang yang diperketatkan, keadaan lebih terkawal.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Johor

4. Menyebabkan ketagihan

Kedua-dua rokok elektronik dan rokok biasa mengandungi nikotin, yang mana kajian mengatakan ketagihan terhadapnya sama seperti ketagihan terhadap heroin dan kokain.

Lebih buruk lagi, setiap pengeluar cecair vape bebas menentukan kadar peratusan nikotin yang lebih terdapat dalam produk mereka di mana segelintir pengeluar didapati meletakkan nikotin yang lebih banyak dalam cecair vape mereka.

Dengan ketagihan yang disebabkan oleh nikotin ini, maka tabiat vape bukanlah cara yang berkesan untuk berhenti merokok kerana pengguna akan ketagih pula menghisp vape.

bahaya vape rokok elektronik elektrik
bahaya vape rokok elektronik elektrik

5. “Gateway” memulakan tabiat merokok

Menurut kajian, tabiat hisap vape juga merupakan satu ”gateway” untuk golongan kanak-kanak memulakan tabiat menghisap rokok.

Apabila mereka menyangka vape itu tidak bahaya, lama-kelamaan akan timbul keingin pula untuk menghisap rokok. (Sumber: JKN Perlis).

bahaya vape rokok elektronik elektrik
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!