Badminton Olimpik Malaysia 2024 [ LIVE ] – 2 Pingat Gangsa

Badminton Olimpik Malaysia: Atlet, Jadual Perlawanan & Keputusan Terkini

Buat penggemar sukan badminton tanah air, kini kami sajikan kepada anda perkembangan terkini acara badminton olimpik Malaysia dalam Kejohanan Sukan Olimpik 2024 kepada anda semua.

Baca juga:

Acara Badminton Di Sukan Olimpik

Badminton adalah salah satu sukan yang dipertandingan dalam Olimpik Paris 2024. Lima acara dipertandingan termasuklah acara perseorangan dan beregu lelaki dan perempuan serta beregu campuran.

Mengikut rekod terdahulu, Malaysia telah memenangi 13 pingat Olimpik sejak Tokyo 1964 terdiri daripada lapan perak dan lima gangsa. Namun belum pernah lagi Malaysia merangkul pingat emas.

Senarai pemenang pingat Olimpik dalam acara badminton:

  • Razif Sidek, Jalani Sidek:  Menang pingat gangsa di Olimpik Barcelona 1992 
  • Rashid Sidek: Menang pingat gangsa di Sukan Atlanta 1996
  • Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock: Menang pingat perak beregu lelaki di Sukan Atlanta 1996
  • Lee Chong Wei: Menang pingat perak tiga kali berturut-turut di Olimpik Beijing 2008, London 2012, dan Rio de Janeiro 2016
  • Goh Wei Shem dan Tan Wee Kiong: Menang pingat perak di Olimpik Rio 2016 
  • Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying: Menang perak di Olimpik Rio 2016 
badminton olimpik malaysia

Senarai Atlet & Pencapaian Terbaik

  1. Perseorangan lelaki:  Lee Zii Jia
  2. Perseorangan wanita: Goh Jin Wei
  3. Beregu wanita: Pearly Tan & Thinaah 
  4. Beregu lelaki: Aaron China & Wooi Yik 
  5. Beregu campuran: Chen Tan Jie & Toh Ee Wei 
badminton olimpik malaysia
badminton olimpik malaysia
badminton olimpik malaysia
Kredit: Astro Arena
badminton olimpik malaysia
Kredit: BAM

Keputusan Penuh Badminton Olimpik Paris 2024

Atlet Badminton Beregu Wanita

Pearly Tan-M. Thinaah tewas 21-11, 21-11 dalam tempoh 44 minit di tangan pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Pasangan beregu wanita ini gagal untuk mendapat pingat gangsa untuk acara badminton beregu wanita dalam Olimpik Paris 2024.

Kredit: Malaysia Badminton Lovers

Atlet Badminton Beregu Lelaki

Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan penantian pingat Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan memenangi pingat gangsa🥉selepas menewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19.

Kejayaan ini sekaligus menyaksikan Aaron-Wooi Yik mempertahankan pingat yang di menangi di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Tahniah!

Kredit: Malaysia Badminton Lovers

Atlet Badminton Perseorangan Lelaki

Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya menewaskan Lakshya Sen dari India dalam pertarungan untuk merebut gangsa Olimpik Paris 2024.

Walaupun tewas di set pertama dengan 13-21, namun beliau bangkit dan meraih kemenangan pada set kedua dan ketiga,  21-16, 21-11, sekaligus menghadiahkan pingat gangsa kedua untuk kontinjen negara.

Berdasarkan rekod terdahulu, Zii Jia menjadi pemain perseorangan lelaki ketiga Malaysia untuk meraih pingat di Olimpik selepas Rashid Sidek peroleh gangsa di Atlanta 1996, dan Lee Chong Wei merangkul perak berturut-turut di Beijing 2008, London 2012, dan Rio 2016.

Kredit: Malaysia Badminton Lovers

Tonton Sukan Olimpik LIVE

Berita baik! RTM merupakan Penyiar Rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 27 Julai – 12 Ogos 2024.

Anda boleh menonton siaran RTM secara percuma melalui televisyen atau pautan live streaming di RTMKlik :

Semua maklumat jadual siaran langsung mahupun live streaming sukan Olimpik Paris 2024 membabitkan kontinjen atlet Malaysia yang bakal disiarkan melalui stesen penyiaran di Malaysia antaranya Sukan RTM, RTM TV Okey, dan saluran sukan berbayar Astro Arena / SuperSports.

Anda juga boleh dapatkan informasi dan keputusan badminton Olimpik Malaysia 2024 menerusi pautan berikut:

Bantu kami share artikel ini: