Apakah BRI ? Dan mengapakah BRI dikatakan sebagai alternatif terbaik pada masa ini untuk mengukur berat badan dengan lebih tepat berbanding BMI?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang apakah BRI serta cara pengiraan berat badan yang betul, anda boleh teruskan membaca artikel ini sehingga habis.
Baca juga:
- 10 Penimbang Berat Terbaik & Paling Tepat Kiraan (2024)
- Berat Badan Ideal: Cara Mudah Kiraan BMI
- Cara Menaikkan Berat Badan Dengan Cepat dan Selamat
Apakah BRI (Body Roundness Index)?
Apakah BRI ? BRI adalah singkatan kepada Body Roundness Index atau Indeks Kebulatan Badan. BRI mempertimbangkan ketinggian dan lilitan pinggang seseorang untuk menilai status kesihatan mereka.
Ia mengukur betapa bulat bentuk badan seseorang dengan menggunakan formula yang mengambil kira ketinggian dan lilitan pinggang, tetapi bukan berat.
Asal usul BRI mula dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Amerika Syarikat sebagai salah satu respons kepada kebimbangan mereka terhadap batasan BMI pada hari ini.
BRI dipercayai membantu mengkategorikan individu dalam kategori sihat atau tidak sihat dengan mengukur lemak di sekeliling perut dengan lebih baik, yang tidak dilakukan oleh BMI.
Perbezaan BRI vs BMI
BRI (Body Roundness Index) dan BMI (Body Mass Index) adalah dua ukuran yang digunakan untuk menilai kesihatan tubuh, tetapi berfungsi dengan cara yang berbeza dan menggunakan kaedah yang berbeza untuk menilai keadaan fizikal seseorang.
BMI adalah kaedah yang lebih umum digunakan untuk mengukur lemak badan berasaskan tinggi dan berat badan. Ia dikira dengan formula mudah:
Kategori BMI:
- 30 ke atas: Obesiti
- Di bawah 18.5: Kurus
- 18.5 – 24.9: Berat badan ideal
- 25 – 29.9: Berlebihan berat badan
Walau bagaimanapun, BMI mempunyai batasannya kerana ia tidak mengambil kira komposisi tubuh. Ia mungkin tidak tepat untuk individu yang mempunyai banyak otot (seperti atlet) atau mereka yang mempunyai struktur tulang yang besar atau kecil.
BRI pula adalah ukuran yang lebih b aru dan cuba memberikan gambaran yang lebih tepat tentang lemak badan. Ia mengambil kira lilitan pinggang selain tinggi badan, memberikan gambaran tentang kadar lemak visceral atau lemak yang berada di sekitar organ dalaman.
BRI dikatakan lebih tepat dalam menilai risiko kesihatan berkaitan lemak badan, seperti penyakit kardiovaskular, kerana ia menilai kadar lemak di kawasan abdomen, yang mana lebih berisiko jika berlebihan.
Aspek | BMI | BRI |
---|---|---|
Parameter | Berat dan tinggi | Lilitan pinggang dan tinggi |
Formula | Mudah dan ringkas | Kompleks dan lebih mendalam |
Fokus | Menilai indeks jisim badan secara umum | Memberi tumpuan kepada lemak di kawasan abdomen |
Ketepatan | Kurang tepat bagi individu berotot | Lebih tepat untuk menilai risiko kesihatan yang disebabkan oleh lemak badan |
Dibangunkan Oleh | Adolphe Quetelet (1830-an) | Diana Thomas (2013) |
Julat Pemarkahan | Berbeza (kurang berat, berat normal, berat badan berlebihan, obes) | 1 hingga 16 |
Mengapa BMI Gagal?
Selama berdekat-dekat lamanya, kita menggunakan indeks jisim badan (BMI) untuk mengetahui maklumat asas tentang tahap kesihatan seseorang. Namun, BMI gagal mempertimbangkan beberapa faktor seperti athleticism, paras kolesterol dan tekanan darah.
Hal ini kerana BMI hanya berfungsi sebagai ukuran ringkas yang melibatkan berat badan dan ketinggian seseorang. Bahkan beberapa kajian telah menunjukkan berlakunya peningkatan risiko untuk menghidap penyakit kardiovaskular dan diabetes jenis II.
Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa berat badan bukanlah faktor tunggal yang mempengaruhi risiko untuk menghidap masalah kesihatan.
Antara isu yang mengaitkan BMI bukan pengukur tahap kesihatan yang tepat adalah kerana BMI tidak memberikan maklumat tentang peratusan berat badan seseorang yang datangnya sama ada daripada lemak, otot ataupun tulang. Hal ini menyebabkan seseorang atlet yang berotot mempunyai BMI yang tinggi meskipun memiliki lemak badan yang sedikit.
Bahkan tidak mustahil juga seseorang yang mempunyai bacaan BMI normal tetapi mempunyai tekanan darah dan paras kolesterol yang tinggi.
Justeri, BRI mula diperkenalkan dengan menambah kepada ukur lilit pinggang yang bertujuan untuk menganggar peratusan lemak visceral dan jumlah lemak badan, seterusnya membantu untuk menentukan risiko menghidap penyakit jantung, diabetes, buah pinggang dan kanser.
Cara Mengira BRI Sendiri
BRI dikira menggunakan formula matemarik: 364.2 − 365.5 × √(1 − [lilit pinggang dalam sentimeter / 2π]2 / [0.5 × tinggi dalam sentimeter]2
Terdapat kalkulator dalam talian di mana anda boleh memasukkan ukuran ketinggian dan pinggang dan pinggul untuk menentukan BRI anda. Kira BRI anda dan dapatkan huraiannya di pautan berikut:
KALKULATOR BRI – https://webfce.com/bri-calculator/
Julat Skor BRI
Julat skor Body Resistance Index (BRI) digunakan untuk menganggarkan peratusan lemak badan berdasarkan lilitan pinggang dan tinggi badan seseorang. Berikut adalah julat umum yang digunakan dalam BRI:
Skor BRI | Kategori |
---|---|
1 – 4 | Kurus (Underweight) |
4 – 9 | Berat badan sihat (Normal) |
9 – 16 | Berat badan berlebihan |
16 ke atas | Obesiti |
Kurus (Underweight) (BRI: 1 – 4)
Skor ini menunjukkan seseorang mungkin kurang lemak badan yang mencukupi. Biasanya, individu dalam julat ini disyorkan untuk meningkatkan berat badan atau lemak badan kepada tahap yang lebih sihat.
Berat Badan Sihat (Normal) (BRI: 4 – 9)
Skor ini menandakan tahap lemak badan yang ideal, di mana risiko penyakit kardiovaskular dan penyakit lain yang berkaitan dengan lemak badan adalah rendah.
Berat Badan Berlebihan (BRI: 9 – 16)
Julat ini menunjukkan bahawa seseorang mempunyai lebih banyak lemak badan daripada yang disarankan, yang boleh meningkatkan risiko kesihatan dalam jangka panjang.
Obesiti (BRI: 16 ke atas)
Skor ini mencerminkan tahap lemak badan yang tinggi, yang boleh membawa kepada risiko penyakit serius seperti diabetes, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi.
Risiko Kesihatan Berkaitan Skor BRI
- Skor BRI yang lebih tinggi: Markah yang lebih tinggi mencadangkan lemak badan yang lebih tinggi, terutamanya lemak visceral, yang dikaitkan dengan penyakit seperti diabetes Jenis 2, Penyakit kardiovaskular, Sindrom metabolik (MetS).
- Skor BRI Rendah: Skor yang sangat rendah juga membawa risiko, termasuk kekurangan zat makanan dan isu kesihatan yang berkaitan.
Kesimpulannya, BRI boleh memberikan hasil yang lebih terperinci, terutama bagi menilai risiko penyakit berkaitan lemak abdomen, manakala BMI lebih sesuai sebagai ukuran am yang mudah dan cepat untuk mendapatkan gambaran kasar tentang keadaan berat badan seseorang.