AMap semakin mendapat perhatian sebagai platform penting dalam ekosistem digital China, khususnya bagi pelancong antarabangsa dan jenama yang ingin menembusi pasaran tempatan. Muat turun sekarang ke dalam telefon anda (Google Play Store , Apps Store)
Memandangkan Google Maps tidak berfungsi di Tanah Besar China, pemahaman terhadap alternatif tempatan menjadi keperluan utama.
Dengan lebih 500 juta pengguna aktif bulanan serta pelancaran versi bahasa Inggeris pada tahun 2025, AMap kini bukan sahaja aplikasi wajib untuk pelawat asing, malah turut muncul sebagai saluran strategik yang sering dipandang ringan oleh jenama yang mahu meningkatkan keterlihatan dalam pasaran China.
Apa itu AMap
AMap ialah aplikasi peta digital dan navigasi pintar yang dibangunkan oleh AutoNavi, iaitu anak syarikat kepada Alibaba Group. Ditubuhkan pada tahun 2002, AMap kini menjadi salah satu penyedia utama kandungan peta digital, navigasi, dan penyelesaian berasaskan lokasi di China.
Ia bukan sekadar aplikasi peta biasa, malah sebuah platform all-in-one yang dipercayai oleh jutaan pengguna termasuk komuter harian, pelancong dan pemandu.
Sebagai sebahagian daripada ekosistem Alibaba Group, AMap diintegrasikan dengan pelbagai perkhidmatan digital seperti e-dagang, pengangkutan dan tempahan, menjadikannya lebih praktikal untuk kegunaan harian.
Malah, pada tahun 2018, AMap mencipta sejarah apabila menjadi perkhidmatan peta China pertama yang mencapai 100 juta pengguna aktif harian. Kini dengan sokongan bahasa Inggeris, AMap semakin mesra pengguna antarabangsa.
Kelebihan Utama AMap
1. Navigasi Lorong yang Sangat Terperinci
Salah satu kelebihan utama AMap ialah keupyaannya memaparkan panduan lorong secara terperinci. Aplikasi ini bukan sekadar memberikan arahan arah seperti “belok kiri” atau “belok kanan”, sebaliknya menunjukkan lorong yang perlu digunakan lebih awal bagi mengelakkan kesilapan pertukaran lorong di saat akhir.
Ciri ini amat berguna di lebuh raya dan persimpangan utama yang mempunyai aliran trafik yang tinggi.

2. Paparan Visual 3D Simpang dan Lebuh Raya
AMap dilengkapi dengan visual 3D untuk simpang, lebuh raya dan persimpangan bertingkat.
Paparan ini membantu pengguna memahami struktur jalan dengan lebih jelas, sekali gus mengurangkan risiko kesilapan arah dan meningkatkan keselamatan pemanduan.

3. Pengesanan Kamera Had Laju dan Perangkap Kelajuan
AMap turut menyediakan fungsi pengesanan kamera had laju dan perangkap kelajuan, termasuk paparan had kelajuan semasa serta amaran kamera di hadapan.
Ciri ini membantu pemandu mematuhi peraturan lalu lintas dan mengelakkan kesalahan kelajuan.


4. Perancangan Laluan Pelbagai Mod Pengangkutan
AMap menyediakan pelbagai pilihan laluan berdasarkan mod pengangkutan yang berbeza, antaranya:
- Pemanduan
- Pengangkutan awam (metro dan bas)
- Berjalan kaki
- Berbasikal
Bagi destinasi yang sukar dikenal pasti, AMap menawarkan panduan langkah demi langkah sehingga ke lokasi sebenar.
5. Pengoptimuman Laluan dan Maklumat Trafik Masa Nyata
Di bandar besar seperti Shanghai, sistem pengangkutan yang kompleks boleh menyebabkan pembaziran masa jika laluan tidak dirancang dengan baik.
AMap menyelesaikan masalah ini dengan menjana beberapa laluan yang telah dioptimumkan lengkap dengan anggaran masa ketibaan (ETA).
Setiap laluan turut dipaparkan dengan kod warna trafik masa nyata, iaitu:
- Hijau – Trafik lancar
- Merah – Kesesakan teruk
Ciri ini membolehkan pengguna merancang perjalanan dengan lebih bijak dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.


6. Sokongan Bahasa Inggeris untuk Pengguna Antarabangsa
Seiring dengan keperluan pengguna global, AMap kini menawarkan sokongan bahasa Inggeris. Melalui ciri ini, pengguna antarabangsa boleh:
- Menggunakan peta dan menu dalam bahasa Inggeris
- Bernavigasi di lebih 360 bandar di China
- Mencari destinasi menggunakan bahasa Inggeris atau pinyin
- Mengakses maklumat pengangkutan awam secara masa nyata
- Menempah hotel, menggunakan perkhidmatan e-hailing dan meneroka perniagaan berhampiran
Tetapan bahasa boleh diubah mengikut keperluan pengguna.
Cara Menggunakan AMap
Berikut adalah cara mudah untuk menggunakan aplikasi AMap:
- Muat turun aplikasi AMap ke dalam telefon pintar anda masing-masing.
- Google Play Store – untuk pengguna Android
- Apps Store – untuk pengguna iPhone
- Ubah tetapan bahasa kepada “Bahasa Inggeris” dan restart semula aplikasi.
- Pilih jenis mod pengangkutan (memandu, berjalan kaki, berbasikal, menunggang motosikal atau sebagainya)
- Masukkan tempat lokasi yang anda akan tuju. Aplikasi akan mencadangkan beberapa pilihan laluan yang terbaik untuk anda lalui sama ada yang kurang tol, kurang kesesakan lalu lintas, kurang highway atau yang laluan paling cepat untuk sampai.
- Klik pada butang “Go” untuk mulakan pergerakan.





Perbezaan Aplikasi Peta Digital yang Lain
| Aspek Perbandingan | AMap | Waze | Google Maps | Apple Maps |
|---|---|---|---|---|
| Panduan Lorong | Sangat terperinci, tunjuk lorong spesifik yang perlu dimasuki lebih awal | Terhad, fokus kepada arahan arah umum | Sederhana, lorong tertentu sahaja di lokasi terpilih | Terhad, lebih kepada arahan asas |
| Paparan Visual | 3D realistik (simpang, lebuh raya, tol) | 2D / pseudo-3D ringkas | 2D dengan elemen 3D minimum | 2D / 3D asas |
| Kejelasan Lebuh Raya & Simpang | Sangat jelas, struktur jalan dipaparkan menyerupai keadaan sebenar | Kurang jelas untuk simpang kompleks | Jelas untuk laluan utama sahaja | Sederhana |
| Maklumat di Skrin | Lengkap dan tersusun (lorong, tol, jarak, ETA) | Fokus trafik & laporan pengguna | Seimbang tetapi kurang visual lorong | Minimal dan ringkas |
| Amaran Awal Exit / Tol | Ya, diberi lebih awal dengan visual | Ada, tetapi jarak amaran lebih singkat | Ada, bergantung kawasan | Terhad |
| Pengurusan Jalan Kompleks | Sangat sesuai untuk bandar & lebuh raya bersimpang banyak | Kurang sesuai | Sederhana | Kurang sesuai |

Muat Turun Aplikasi AMap
AMap boleh dimuat turun secara percuma dan direka sebagai aplikasi yang ringan serta mesra peranti mudah alih.
- Google Play Store – untuk pengguna Android
- Apps Store – untuk pengguna iPhone

Soalan Lazim – AMap
AMap berfungsi sebagai platform navigasi pintar yang membantu pengguna merancang perjalanan, mencari laluan terbaik serta mendapatkan maklumat lokasi dan trafik secara masa nyata, khususnya di China.
AMap memberikan prestasi terbaik apabila digunakan di Tanah Besar China kerana data peta dan sistem navigasinya dibangunkan khusus untuk kawasan tersebut.
Ya. Pengguna luar China boleh menggunakan AMap, terutamanya selepas sokongan bahasa Inggeris diperkenalkan, menjadikan aplikasi ini lebih mudah difahami oleh pelancong dan pengguna antarabangsa.
Selain bahasa Mandarin, AMap turut menawarkan pilihan bahasa Inggeris bagi membolehkan pengguna bukan penutur bahasa Cina mengakses fungsi navigasi dengan lebih lancar.
AMap menawarkan panduan lorong yang lebih terperinci, visual 3D simpang dan lebuh raya, serta perancangan laluan yang lebih tepat untuk persekitaran jalan yang kompleks.
Ya. AMap sangat sesuai digunakan di bandar utama kerana ia mampu mengendalikan sistem jalan bertingkat dan persimpangan kompleks dengan panduan visual yang jelas.
AMap menyediakan maklumat trafik semasa dan mencadangkan laluan alternatif bagi membantu pengguna mengurangkan masa perjalanan dan mengelakkan kesesakan.
Pengguna boleh merancang perjalanan menggunakan pelbagai kaedah termasuk memandu, menaiki pengangkutan awam, berjalan kaki atau berbasikal, bergantung kepada keperluan.
Ini kerana perkhidmatan peta antarabangsa tidak beroperasi sepenuhnya di China, manakala AMap dibangunkan mengikut peraturan tempatan dan menawarkan data yang lebih tepat.
Baca juga:




