Setelah tayangan drama sebelum ini iaitu Aku bukan Ustazah, kini penonton bakal menyaksikan drama Aku Bukan Ustazah 2 di TV3.
Dengan pelakon-pelakon yang terkenal dan berpengalaman, drama ini dijangka bakal mencapai tontotan yang tinggi.
Penonton bakal disajikan dengan lakonan mantap daripada Erysha Emyra dan juga MK K-Clique sebagai teraju utama dalam drama ini.
Sinopsis Aku Bukan Ustazah 2
Dalam season sebelum ini iaitu Aku Bukan Ustazah, ia mengisahkan Aminah (Erysha Emyra) seorang gadis berniqab, yang membesar di sebuah Madrasah.
Pertemuan pertama Aminah dan Adam (MK K-Clique) adalah ketika Adam terlibat dalam pergelutan. dan perut Adam telah ditikam dan terpaksa membuka niqab demi membalut luka Adam.
Sejak insiden tersebut, ia telah merubah kedua kehidupan Aminah dan Adam.
Untuk kali ini iaitu Aku Bukan Ustazah 2, ia memaparkan kisah kebahagiaan Aminah yang dibintangi oleh Erysha Emyra dan Adam yang dibintangi ole MK K-Clique bersama anak mereka, Raykal, sambil menanti kelahiran cahaya mata kedua.
Walau bagaimanapun, hidup Aminah dan Adam kembali diuji apabila Omar yang dibintangi oleh Zahiril Adzim muncul semula, menghidupkan luka lama yang belum sembuh sepenuhnya.
Seiring perjalanan waktu, Aminah didapati menghadapi tekanan yang bertubi-tubi, hingga terperangkap dalam pergolakan jiwanya sendiri.
Ketika dia hampir rebah, muncul pula seorang Dr. Syafiq yang dibintangi oleh Nabil Aqil, yang hadir sebagai sinar harapan dan berusaha membimbingnya kembali ke jalan pemulihan.
Senarai Pelakon Aku Bukan Ustazah 2
Drama ini akan memaparkan pelakon-pelakon hebat seperti berikut:
Pelakon | Watak |
Erysha Emyra | Aminah |
MK K-Clique | Adam |
Zahiril Adzim | Omar |
Nabil Aqil | Dr. Syafiq |
Qistina Rania | Ustazah Hawa |
Shaza Bae | Sam / Salmah |
Haneesya Hanee | Sally |
Syad Mutalib | Haziqah |
Fikhree Bakar | Aslam |
Azhar Sulaiman | Tuan Hamid |
Razak Ahmad | Ustaz Ahmad |
Fadilah Mansor | Ustazah Fatimah |
Ahmad Syafiq | Azhar |
Lagu Tema:
- Komposer & Lirik: A R.T, FAI, Amylea
- Tajuk: Laut
- Penyanyi: Tomok
Tarikh & Episod Aku Bukan Ustazah 2
Drama ini diarahkan oleh pengarah Idora Abdul Rahman yang bakal menemui penonton pada 10 Mei 2025 di Slot Lestary, TV3 menggantikan Keluarga Itu.
Promo & Sedutan Aku Bukan Ustazah 2
EPISOD 1
EPISOD 2
Info Lanjut
Info lanjut mengenai update terkini drama ini, sila ikuti saluran berikut:
Baca juga: