PENGUATKUASAAN AKTA KERJA PINDAAN 2022 DILAKSANAKAN MULAI 1 JANUARI 2023
Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sebelum ini ditangguhkan, akan dilaksanakan pada 1 Jan 2023.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata walaupun terdapat permintaan daripada pihak industri untuk memanjangkan tempoh penangguhan, namun terdapat juga keperluan untuk menguatkuasakan akta berkenaan.
Pada 26 Ogos lepas, Menteri Sumber Manusia ketika itu Datuk Seri M. Saravanan mengumumkan penangguhan penguatkuasaan pindaan Akta Kerja 1955 kepada 1 Januari 2023, sepatutnya berkuat kuasa 1 September lepas.
Pindaan itu antaranya meliputi pengurangan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari, cuti paterniti dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh hari dan larangan diskriminasi dalam pekerjaan.
Bagi yang kurang faham, rujuk ringkasan dan penerangan berkaitan Akta Kerja (Pindaan 2022).
Apakah Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022)?
Jika sebelum ini sebagaimana yang diketahui Akta Kerja 1955 adalah terpakai kepada pekerja yang bergaji bawah RM2000 berdasarkan Jadual 1 Akta Kerja 1955.
Namun terkini, Perintah Kerja (Pindaan Jadual Pertama) 2022 bertarikh 12.8.2022 telah meminda Jadual 1 dengan memasukkan pekerja yang bergaji melebihi RM4000 sebulan.
Jadi, apakah perubahan / pindaan yang perlu kita tahu tentang Akta Kerja ini?
Jom kami kongsikannya untuk anda.
Apa Yang Perlu Anda Tahu?
Pindaan Akta Kerja telah terbuka kepada semua pekerja tanpa mengira tangga gaji. Hal ini bermakna semua pekerja boleh membuat tuntutan atau aduan di JTK tanpa mengira tangga gaji.
Gaping gaji RM2000 telah dinaikkan kepada RM4000.00 bagi meningkatkan kebajikan pekerja golongan B40 dengan pindaan Jadual Pertama Akta Pekerja, yang digazet dan bakal berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023.
Namun begitu, hanya 5 elemen yang termaktub dalam tangga gaji RM4000.00 ke bawah iaitu:
- a. Bayaran Kerja Lebih Masa
- b. Kerja pada Hari Rehat
- c. Kerja pada Cuti Am
- d. Elaun Syif
- e. Faedah Penamatan Kerja
NOTA: Ini bermaksud, sesiapa yang bergaji di antara RM1500 (gaji minimum) sampailah RM4,000, anda semua akan dapat OT bila jam bekerja lebih dari jam bekerja normal.
Selain itu, terdapat beberapa lagi perubahan yang perlu anda tahu sebagai majikan dan pekerja iaitu:
1 Waktu kerja seminggu 48 jam dikurangkan kepada 45 jam.
2. Kelayakan Cuti Bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari. Semua pekerja wanita yang bersalin tidak mengira tangga gaji dan melalui perkahwinan yang sah atau tidak, layak mendapat 98 hari dan Elaun Bersalin 98 hari.
3. Larangan Penamatan Wanita Hamil. Berdasarkan Pindaan Akta Kerja 1955, penamatan hanya boleh dibuat berdasarkan 3 perkara iaitu:
- Pelanggaran syarat Kontrak Kerja
- Misconduct / Salah Laku ( Mesti mengikuti Prosedur yang betul spt. Show Cause Letter Warning Letter, D.I)
- Syarikat tutup seperti bankrupt.
4. Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi adalah gabungan sebanyak 60 hari. Walaubagaimanapun, melalui Pindaan Akta Kerja 1955, Cuti Sakit (MC biasa) diasingkan dengan Cuti Hospitalisasi. Kelayakan Cuti Sakit berbayar 14/18/22 hari + Cuti Hospitalisasi 60 hari.
5. Cuti Paterniti sebanyak 7 hari. Maksimum sebanyak 5 kelahiran shj. (Sekiranya pekerja lelaki tersebut mempunyai 2/3 isteri, pekerja tersebut, hanya layak mendapat Cuti Peterniti berbayar maksimum 5 anak sahaja. Pekerja lelaki tersebut mestilah sudah berkahwin secara SAH dan hendaklah bekerja dengan majikan yang sama selama 12 bulan. Cuti Paterniti ini termasuk Hari Rehat dan Hari Kelepasan Am (PH).
6. Pengiraan Gaji bagi Tidak Lengkap Bulan adalah berdasarkan Calendar of Month. Bukan 26.
7. Mewajibkan pihak majikan menampal notis bagi meningkatkan kesedaran berhubung Gangguan Seksual. Sebagai cth jenis gangguan seksual atau langkah2 yang perlu diambil sekiranya mendapat gangguan seksual di tempat kerja.
8. Perakuan Penginapan dikenakan terhadap golongan Ekspatriat.
Kami lampirkan juga lampiran penuh Akta Kerja 1955 ini yang boleh dimuat turun dalam fail PDF.
Maka memang HR dan Syarikat kena update dan faham dengan kesemua pindaan ini.
Soalan Lazim
Muat Turun Pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022)
Sila muat turun Lampiran penuh Akta Kerja 2022 melalui fail PDF di bawah:
SUMBER : Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) https://jtksm.mohr.gov.my/
https://jtksm.mohr.gov.my/en/akta-borang
Baca juga: