Prosedur Aduan Gangguan Perosak Rumah Tangga

Sekiranya rumah tangga anda sedang diganggu orang ketiga, anda boleh membuat aduan gangguan perosak rumah tangga kepada pihak berkuasa yang berkaitan agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

Sesiapa sahaja boleh menjadi “orang ketiga” termasuklah ahli keluarga sendiri, kekasih atau bekas kekasih, rakan, jiran dan sebagainya.

Punca hadirnya “orang ketiga” ini ada pelbagai faktor, antaranya perselisihan faham suami isteri itu sendiri yang tidak berpenghujung.

Sebab itu bila ada masalah rumah tangga jangan dibiarkan, lebih baik hadir ke Cawangan Rundingcara JAWI atau Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) untuk dapatkan bantuan selesaikan segala kemelut.

Kesalahan dari segi undang-undang

Malangnya ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya individu yang didapati melakukan gangguan perosak rumah tangga sebenarnya telah melakukan kesalahan dari segi undang-undang yang membolehkan merek didenda dan dipenjarakan.

Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah juga boleh memerintahkan lelaki atau perempuan itu supaya kembali kepada isteri atau suaminya.

Kesalahan tersebut diletak di bawah ENAKMEN 11 TAHUN 2013 – ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013 (BAHAGIAN V – KESALAHAN PELBAGAI).

Kenyataannya adalah;

“Mana-mana orang yang mengganggu rumah tangga orang lain dengan apa-apa cara dan mempengaruhinya supaya mengabaikan tanggungjawab rumah tangga sedia ada melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan lelaki atau perempuan itu supaya kembali kepada isteri atau suaminya.”

Jenis perbuatan dianggap perosak rumah tangga

Berikut merupakan jenis-jenis gangguan yang dianggap sebagai perosak rumah tangga dan denda atau hukuman yang boleh dikenakan kepada pelaku.

Gangguan Perosak Rumah Tangga

Artikel berkaitan: e-Syariah: Semak Status Perkahwinan dan Perceraian Secara Online

Maklumat dan bukti Aduan

Sebelum membuat aduan gangguan perosak rumah tangga di Jabatan Agama Islam, pastikan anda mempunyai segala bukti kukuh berkaitan aduan gangguan orang ketiga tersebut.

Antara dokumen yang boleh dijadikan bukti adalah:

  • Maklumat diri orang ketiga;
  • Gambar yang membuktikan gangguan orang ketiga;
  • Screenshot mesej/perbualan antara pasangan dan pihak ketiga;
  • Dokumen-dokumen lain seperti resit hotel, video dll.

> Dapattkan buku SEKUFU: Bina Keserasian & Bentuk Persefahaman Dalam Rumah Tangga

Cara membuat aduan

Sila rujuk gambar-gambar di bawah untuk mengetahui prosedur melakukan aduan gangguan perosak rumah tangga.

Gangguan Perosak Rumah Tangga
aduan orang ketiga rumah tanggan
aduan orang ketiga rumah tangga
Bantu kami share artikel ini: