Pakaian Formal Lelaki & Perempuan Untuk Interview / Majlis Rasmi

Apabila menghadiri sesuatu majlis rasmi dan tidak rasmi, kebiasaannya pihak penganjur akan menyatakan kod etika pakaian yang perlu dipakai oleh para hadirin sama ada pakaian formal, casual dan sebagainya.

Apabila muncul sahaja perkataan “pakaian formal”, apakah yang terlintas dalam fikiran anda?

Adakah pakaian tradisional sepert baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok dianggap sebagai pakaian forrmal?

Pekeliling Kerajaan

Bagi penjawat awam, anda hendaklah merujuk kepada surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengetahui panduan pemakaian pakaian formal ke tempat kerja.

Kerajaan telah menetapkan jenis pakaian yang sesuai dan kemas dipakai semasa bekerja dan menghadiri upacara rasmi bagi penjawat awam selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985 (Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-upacara Rasmi Bagi Pegawai-pegawai Awam), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2013 (Pemakaian Two/Three-Piece Pant Suit Bagi Pegawai Awam Wanita Semasa Bekerja) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 (Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis).

Sumber: https://www.planmalaysia.gov.my/planmalaysia/modules_resources/database_stores/9/21_6.pdf

Contoh Pakaian Formal Untuk Penjawat Awam

Berikut merupakan panduan pakaian formal bagi pelbagai jenis pakaian bagi lelaki dan wanita :

Lounge suit

Lelaki

  • Gabungan 2-pieces suit yang terdiri daripada:
    • Kot
    • Seluar Panjang
  • Sut perlu disesuaikan dengan kemeja lengan panjang dan tali leher
  • Seluar dan kot mestilah sepadan dari segi warna dan jenis bahan
  • Pilihan warna sut digalakkan warna hitam atau gelap

Wanita

  • Gabungan 2-pieces / 3-pieces suit yang terdiri daripada:
    • Kot
    • Kemeja
    • Skirt bawah paras lutut / skirt labuh
    • Seluar panjang
  • Sut perlu dipakai dengan kemeja lengan panjang yang dibutangkan
  • Pilihan warna sut skirt / seluar panjang digalakkan warna hitam atau gelap

Two / three -pieces suit bagi pakaian pegawai wanita

panduan pakaian formal wanita

Kemeja dan tali leher bagi pegawai lelaki

pakaian kemeja formal

Kemeja

  • Kemeja berkolar dan berlengan panjang
  • Hujung lengan baju hendaklah dibutangkan atau memakai cuff link
  • Kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam (tuck-in) dan lengan baju tidak
    dilipat
  • Pilihan warna dan corak yang digalakkan adalah warna pastel
  • Kemeja berjalur/ petak seeloknya disesuaikan dengan tali leher tanpa
    corak atau sebaliknya
  • Sekiranya kemeja mempunyai butang kolar, maka kolar harus dibutangkan
  • Lebar kolar hendaklah bersesuaian

Tali leher

  • Ikatan tali leher yang bersesuaian dan kemas
  • Kedudukan pin tali leher adalah di bahagian tengah saku baju
  • Jika memakai lounge suit, tempat pin yang sesuai ialah searas atas saku baju
  • Jika mengenakan pocket handkerchief, tali leher hendaklah dipadankan dengan corak yang sama
  • Hujung kepala tali leher seeloknya mencecah bahagian buckle tali pinggang
  • Corak yang bersesuaian

Pakaian tradisional formal

pakaian tradisional formal
  • Baju Melayu tidak dibenarkan dipakai dengan seluar yang berbeza warna atau jenis bahan, dan berselipar
  • Baju Kurung atau Baju Kebaya hendaklah dipakai mengikut keselesaan (tidak ketat dengan labuh yang sesuai)
  • Fesyen Baju Kurung dan Baju Kebaya hendaklah tidak keterlaluan serta tidak menggunakan fabrik yang jarang
  • Pakaian Sut Punjabi, Cheongsam dan Sari hendaklah bersesuaian dan sopan
  • Pakaian Kebangsaan/ Tradisional hendaklah dipakai secara lengkap dan
    bersesuaian untuk menjalankan tugas rasmi

Baju batik

baju batik
  • Batik yang dipakai hendaklah batik Malaysia
  • Pegawai lelaki digalakkan memakai baju batik berlengan panjang
  • Baju batik digalakkan dipakai ke pejabat pada setiap hari Khamis (bagi Penjawat Awam)

Contoh Pakaian Formal Untuk Interview / Temuduga – Lelaki & Perempuan

LELAKI

  • Bagi calon lelaki, adalah digalakkan untuk memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan lounge suite berwarna gelap dan bertali leher. 
  • Pemilihan kasut – mesti memakai kasut bertumit berwarna gelap kulit/PVC setara dan berstokin warna gelap dan memakai tali pinggang yang mempunyai warna yang sama dengan kasut.
  •   Selain itu,  rambut mestilah pendek dan kemas, dan sekiranya berjanggut, potongan rapi perlu dilakukan. 
Sumber: SPA
Sumber: SPA Kedah

PEREMPUAN

  • Bagi calon wanita, perlu memakai pakaian yang sepadan dan pastikan pemilihan warna yang sesuai dan tidak memakai pakaian yang berwarna terang.
  • Pakaian yang dipilih mestilah tidak menjolok mata.
  • Pastikan anda memakai kasut bertumit berwarna gelap dan bertutup jenis kulit/PVC atau setara.
  • Penggunaan solekan yang sesuai dan tidak berlebihan.

Arttikel berkaitan: Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) & Kenaikan Gaji Tahunan Penjawat Awam (SPA)

Bantu kami share artikel ini: