Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) & Kenaikan Gaji Tahunan Penjawat Awam (SPA)

Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) merujuk kepada tarikh kenaikan gaji bagi seorang penjawat awam.

Tidak kira di sektor awam atau swasta, kebiasaannya setiap pekerja akan diberikan kenaikan gaji selari dengan pertambahan pengalaman setiap tahun.

Bagi sektor swasta, amalan biasa kenaikan gaji adalah pada tahun berikutnya pada bulan yang sama dengan kemasukan kerja – misalnya jika kita baru menyertai sesebuah syarikat itu pada bulan Jun, maka pergerakan kita adalah pada bulan Jun setiap tahun.

Bagi sektor penjawat awam pula, kiraannya sedikit berbeza dengan anda boleh merujuk kepada Akta dan Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia.

Pengenalan

Struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dalam Perkhidmatan Awam pada masa ini adalah berdasarkan kepada Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM) yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012.

Struktur JGMM tersebut telah ditambah baik melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013 (JGMM yang telah berkuat kuasa dan telah ditambah baik selepas ini dirujuk sebagai “JGMM 2013”).

Kaedah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan sedia ada adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai ditambah dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred, terhad kepada amaun gaji maksimum dalam JGMM 2013.

Penentuan Kenaikan Gaji Tahunan Pegawai Tetap / Sementara

Bagaimanakah Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Tahunan ditentukan?

Menurut perenggan 27(1) P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) seseorang pegawai lantikan tetap dan sementara hendaklah sebagaimana yang dinyatakan Jadual Kedua seperti di bawah:

Tarikh Pergerakan Gaji

Tarikh-tarikh ini ditentukan berdasarkan rujukan-rujukan berikut:

  1. Perenggan 27(1), P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012; dan
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

Baca lagi: KGT Kenaikan Gaji Tambahan Khas RM100 Penjawat Awam 2023

Perubahan Tarikh Pergerakan Gaji Disebabkan Kenaikan Pangkat

Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah ditentukan mengikut tarikh kenaikan pangkatnya berkuat kuasa mengikut subperaturan 27(1).

Artikell menarik: MyPerformance: Sistem Pengurusan Prestasi Perkhidmatan Awam

Kaedah Pengiraan Pertambahan Gaji / Tarikh Pergerakan Gaji

Kaedah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan sedia ada adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai ditambah dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred, terhad kepada amaun gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM) 2016 (tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia).

Syarat Kelayakan Kenaikan Gaji

Pegawai yang layak untuk menerima pemberian pergerakan gaji tahunan berdasarkan kadar tetap 3% adalah sepertimana yang ditetapkan melalui Perkara 5, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020.

Rujuk lampiran penuh :

PEMBERIAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN (PGT) DIAWALKAN KEPADA PEGAWAI
YANG MENINGGAL DUNIA SEBELUM TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG)

Pekeliling dan soalan lazim boleh dimuat turun melalui pautan https://www.jpa.gov.my/…/saraan/item/1238-pp-bil-08-2019 atau imbas QR Code yang terdapat dalam poster.

IMPLIKASI HUKUMAN TATATERTIB YANG MELIBATKAN

Untuk makluman, PP Bil.08/2019 hendaklah disifatkan telah berkuat kuasa mulai 1 JANUARI 2019

“Jika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu, boleh dikenakan ke atas pegawai itu :

a) amaran;

b) denda;

c) lucut hak emolumen;

d) TANGGUNG PERGERAKAN GAJI

e) turun gaji;

f) turun pangkat;

g) buang kerja.

Sumber: Unit Integriti LKIM

Seseorang pegawai tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat selama 30 BULAN.

JKTT boleh menentukan penangguhan pergerakan gaji pegawai bagi tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan sebagaimana yang difikirkan sesuai.

Hukuman ini berkuatkuasa pada tarikh KGT tahun berikutnya.

Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) baharu akan berubah kepada TPG paling hampir setelah habis tempoh hukuman dan akan kekal sehingga mencapai tangga gaji maksimum.

CONTOH:

  • Pegawai A dikenakan hukuman Tangguh Pergerakan Gaji selama 6 bulan pada Ogos 2022
  • Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sedia ada beliau adalah pada bulan April 2022
  • Tarikh kuatkuasa hukuman adalah pada bulan April 2023 sehingga September 2023
  • TPG baharu adalah pada Oktober 2023.
  • TPG tahun berikutnya dan sehingga capai tangga gaji maksimum adalah pada setiap bulan Oktober.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!