Semakan BKP: Login bkp.hasil.gov.my (Bantuan Kehilangan Pendapatan)

TERKINI: Bayaran Tunai BKP (Bantuan Kehilangan Pendapatan) Di Kaunter BSN Kini Boleh Dibuat Mulai 28 Oktober

Berdasarkan arahan terkini daripada Kementerian Kewangan, pembayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) bagi penerima tunai terpaksa ditangguhkan untuk sementara waktu atas sebab-sebab tertentu.

Perkara ini dimaklumkan oleh BSN melalui media sosial di ruangan komen setelah mendapat pertanyaan dari orang ramai.

Walaubagaimanapun, Portal BKP telah memaklumkan bahawa penunaian kini boleh dibuat bermula 28 Oktober 2021.

Pihak BSN juga mengesahkan bahawa bayaan BKP boleh diambil di kaunter BSN mulai 28 Oktober bagi penerima tunai.

Sila rujuk notis rasmi di bawah:

Apapun, penerima BKP yang perlu menuntut bayaran di kaunter BSN dinasihatkan agar mendapatkan makluman terkini tentang bayaran BKP ini melalui talian telefon di cawangan BSN terdekat sebelum membuat penunaian.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP), di mana kesemua bantuan ini melibatkan peruntukan sejumlah RM17.1 bilion sehingga hujung tahun, demi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia, terutamanya golongan yang mudah terjejas. 

Perdana Menteri Dato Seri Dr Ismail Sabri telah memaklumkan bahawa bayaran BKP akan diberikan kepada penerima yang layak mulai 26 Oktober 2021.

Baca juga: Maybank Nak Bagi Duit Percuma, Ikut Langkah Ini

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) dan cara untuk anda membuat semakan status kelayakan.

Apakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)?

Bantuan Kehilangan Pendapatan (atau BKP) sebanyak RM500 kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

Ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak 500 juta ringgit pula dijangka disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan Oktober kelak.

Bantuan ini adalah sebahagian daripada Pakej PEMULIH atau nama penuhnya Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara.

bantuan kehilangan pendapatan bkp

Melalui Pakej PEMULIH, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) juga disalurkan, melibatkan penerima dari kategori miskin tegar, B40, dan juga M40.

Bantuan BKC ini dibuat dalam 3 kali bayaran, di mana BKC Fasa 1 telah disalurkan bermula September 2021.

semakan bkp

Kadar Bantuan

Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu mereka yang kehilangan pendapatan, dengan bayaran sebanyak RM500 secara ‘one-off’.

Syarat Kelayakan & Permohonan

Tiada permohonan dibuka untuk bantuan ini.

Sebaliknya, data penerima akan disemak silang oleh KWSP atau PERKESO untuk memastikan setiap individu yang layak diberikan bantuan.

Semakan Status BKP

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober
2021
melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Contoh status penerima LULUS adalah seperti di bawah:

Semakan Bkp bantuan kehilangan pendapatan
Semakan Bkp bantuan kehilangan pendapatan

NOTA:

Bayaran TUNAI boleh dituntut di BSN bermula 26 Oktober 2021.

Menurut kenyataan oleh BSN penerima tunai perlu membawa kad pengenalan semasa hadir ke kaunter bagi proses tuntutan bayaran.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian Bantuan Kehilangan Pendapatan ini.

Rujuk notis rasmi oleh BSN di bawah:

NOTA PENTING: Difahamkan bayaran BKP tunai DITANGGUHKAN buat sementara waktu atas arahan Kementerian Kewangan.

(Info dari page Facebook BSN)

Contoh status penerima TIDAK LULUS / TIDAK LAYAK boleh dirujuk seperti dalam gambar di bawah:

semakan status bkp

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di akhir artikel.

Tarikh Bayaran BKP

Bantuan berjumlah RM500 dijangka akan disalurkan mulai 26 Oktober 2021.

Tarikh ini diumumkan oleh Perdana Menteri melalui sebuah kenyataan rasmi.

Semakan Bkp bantuan kehilangan pendapatan

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)?

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) adalah bantuan tunai yang disediakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur.

2. Siapakah yang layak menerima BKP?

Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

3. Adakah perlu membuat permohonan bagi mendapatkan BKP?

Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

4. Apakah kriteria kelayakan Bantuan Kehilangan Pendapatan ini?

Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan PERKESO seperti berikut:

i. Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020; dan

ii. Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).

5. Berapakah bayaran BKP yang akan diterima?

Bayaran BKP yang akan diterima adalah sebanyak RM500 secara oneoff

6. Bilakah tarikh pembayaran BKP akan dibuat?

Pembayaran BKP akan dibuat mulai 26 Oktober 2021 secara
berperingkat.

Pemakluman pembayaran juga akan dibuat melalui
khidmat pesanan ringkas (SMS) berdasarkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.

7. Bagaimanakah kaedah bayaran ini dilaksanakan?

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

i. Pengkreditan ke akaun bank
Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.

ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.

8. Bila dan bagaimana semakan status BKP boleh dibuat?

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi Bantuan Kehilangan Pendapatan di pautan
(https://bkp.hasil.gov.my) mulai 26 Oktober 2021.

Tahukah anda, terdapat beberapa lagi bantuan yang boleh dimohon jika anda terjejas pendapatan dalam musim pandemik ini:

Maklumat Lanjut Bantuan Kehilangan Pendapatan

Tanpa mengira latar belakang anda, Belanjawan 2021, PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA+ dan pakej terkini, PEMULIH akan membantu pemulihan dan kesejahteraan keluarga, perniagaan dan komuniti anda.

Gunakan panduan ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapat manfaat dari pakej-pakej kerajaan ini!

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Kehilangan Pekerjaan ini, sila rujuk laman web https://www.mof.gov.my/ atau https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!