Fasa Kemaskini UPUOnline Sesi Akademik 2024 / 2025

FASA KEMASKINI UPUONLINE 2024/2025

Fasa Pengemaskinian UPUOnline Sesi Akademik 2024/2025

@ecentral.my

Tarikh kemaskini UPU 2024 dah nak tamat! Fasa 2 kemaskini UPU hingga 9 Jun ni je. Cepat-cepat kemaskini permohonan tau. #upu #upuonline #kemaskiniupu #masukuniversiti #spm2023

♬ Pretty (Sped Up) – MEYY

Pemohon lepasan SPM boleh mengemaskini pilihan program pengajian yang LAYAK berdasarkan keputusan bermula 1 Jun 2024 (jam 12.00 tengah hari) sehinga 9 Jun 2024 (jam 5.00 petang).

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman semua calon.

Fasa Kemaskini UPUOnline

FASA PENGEMASKINIAN UPUONLINE LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2024/2025

1 JUN 2024 (SABTU) | JAM 12.00 TENGAH HARI HINGGA 9 JUN 2024 (AHAD) | JAM 5.00 PETANG

KATEGORI LEPASAN SPM FASA 1 :

  • KEMASKINI TAPISAN SYARAT KHAS PROGRAM PENGAJIAN HANYA DISEDIAKAN KEPADA CALON KATEGORI A, SPM 2023 (TAHUN SEMASA) YANG TELAH MEMOHON PADA FASA 1 SAHAJA.
  • KEMAS KINI PILIHAN PROGRAM BERDASARKAN KEPUTUSAN SEBENAR SPM 2023.

KATEGORI LEPASAN SPM FASA 2:

  • CALON PERLU MEMBUAT SEMAKAN SYARAT KHAS PROGRAM PENGAJIAN DI E-PANDUAN SEBELUM MEMBUAT PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN DI UPUONLINE.

KATEGORI LEPASAN STPM / SETARAF

  • KEMAS KINI PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN KECUALI PROGRAM TEMU DUGA DAN/ATAU UJIAN.

KATEGORI DIPLOMA / SETARAF :

  • MUAT NAIK DOKUMEN DAN KEMASKINI KEPUTUSAN AKADEMIK SAHAJA.

LAYARI PORTAL RASMI : https://upu.mohe.gov.my/

kemaskini upuonline

Di sini dikongsikan maklumat lanjut tentang tarikh dan cara membuat kemaskini UPUOnline.

Tempoh Kemaskini

Bermula 1 Jun 2024 (Sabtu) jam 12.00 tengah hari sehinga 9 Jun 2024 (Ahad) jam 5.00 petang.

Apakah Definisi Fasa Pengemaskinian UPUOnline?

Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dna keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi / Asasi.

Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga.

Pemohon bagi kategori Diploma / Setaraf, hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.

Mana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari senarai.

Maka, pilihlah program baru yang telah disenarai pendek oleh sistem mengikut pencapaian SPM pemohon.

Buat kiraan merit yang terkini dan letakkan program yang berpotensi besar untuk pemohon dapat tawaran, di pilihan teratas.

Jangan tunggu saat-saat akhir untuk lakukan kemaskini ini kerana dikhuatiri sistem akan sesak pada masa tersebut.

Baca juga: eUKCG: Semakan Keputusan & Tarikh Ujian VKF & VP

Cara Kemaskini UPUOnline

  1. Pemohon boleh buat pengemaskinian menerusi laman sesawang https://upu.mohe.gov.my/
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
  5. Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.

Baca juga: STR Tambahan: Tarikh, Jumlah & Semakan Status Bayaran

Maklumat Lanjut

Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi UPUOnline :~

  •  TikTok : @bkpaupu
  •  Facebook : kemasukan bkpa jpt
  •  Telegram : UPUONLINE CHANNEL
  •  Instagram : @kemasukanbkpa
  •  YouTube : bkpaUPU

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi pihak UPUOnline melalui:-

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

TALIAN HOTLINE  : 03 8870 8200
FAKS : 03 8870 6864
ALAMAT EMEL  : [email protected]

Sila layari laman web rasmi BKPA : https://upu.mohe.gov.my/

Bantu kami share artikel ini: