Cara Isi Angin Tayar & Tekanan Sesuai Untuk Kereta / Motor

Cara Isi Angin Tayar & Tekanan Sesuai Untuk Kereta / Motor

Sebagai pemandu, anda hendaklah memastikan tekanan angin tayar kenderaan anda sentiasa mencukupi – tidak kurang dan tidak pula berlebihan.

Jika tekanan tayar anda tidak betul, ia juga boleh memberi kesan kepada kos operasi kenderaan anda melalui kehausan tayar pramatang dan menyebabkan penggunaan bahan api yang lebih tinggi daripada biasa.

Kepentingan Mempunyai Tekanan Yang Betul

Tekanan tayar yang betul adalah penting untuk tiga sebab utama:

  1. Tayar yang kembung teruk (akibat terlebih tekanan angin tayar) menjadikannya lebih sukar untuk mengendalikan kereta anda di jalan raya, menjejaskan keupayaan anda untuk mengemudi, membelok, memecut dan brek.
  2. Inflasi yang tidak betul menyebabkan tayar anda lebih cepat rosak dan haus kerana bahagian getah yang salah bersentuhan dengan jalan raya.
  3. Tekanan tayar yang tidak mencukupi meningkatkan rintangan berguling di jalan raya, menyebabkan kereta anda menggunakan lebih banyak bahan api.

Baca lagi: Maksud 13 Simbol Lampu Penunjuk Kereta Pada Dashboard Anda

Sumber Infografik: Facebook

Bila Patut ‘Check’ Angin Tayar?

Biasakan untuk cek tekanan angin tayar anda sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk keselamatan diri anda ketika memandu.

Tayar secara semula jadi kehilangan tekanan biasanya sekitar 0.1 bar sebulan (1.45 PSI).

Fenomena ini juga boleh dipercepatkan oleh sumber kebocoran lain disebabkan oleh:

  • tertusuk dengan benda tajam secara tidak sengaja
  • injap yang rosak: ia mesti diganti setiap kali tayar ditukar (termasuk injap dengan sensor tekanan)
  • ketiadaan penutup injap: adalah penting untuk menjamin pengedap yang baik
  • keadaan rim: ia mesti dibersihkan setiap kali tayar dipasang
Bagaimana cara untuk memeriksa tekanan angin dalam tayar motosikal

Cara Ketahui Tekanan Angin Tayar

Ramai pemilik dan pemandu kenderaan tidak tahu sebenarnya tekanan udara optimum untuk tayar anda sebenarnya sudah ditampal pada pelekat di tepi pintu kereta anda.

Perhatikan pelekat seperti berikut berdekatan pntu di bahagian pemandu

tekanan angin tayar
info tekanan angin tayar
pelekat angin tayar

Sila perhatikan tekanan (biasanya unit PSI atau BAR) untuk tayar di bahagian depan dan belakang.

Harap maklum bahawa rekomendasi tekanan angin yang dinyatakan tanya terpakai sekiranya anda memakai saiz tayar original sahaja.

Sekiranya anda menukar saiz rim dan kelebaran tayar, tekanan angin yang perlu digunakan mungkin berlainan – sila rujuk dengan penjual di kedai tayar untuk tekanan angin yang optimum bagi tayar anda.

Cara Isi Angin Tayar Kenderaan

Jangan terkejut, ramai juga pemandu yang tidak tahu mengisi angin kenderaan tayar mereka sendiri!

Betul, ramai wanita terutamanya yang sudah berkahwin tidak tahu cara untuk pam tayar kenderaan mereka memandangkan semua dilakukan oleh suami mereka.

Sumber: TikTok aiyootan

Bagi yang tidak tahu cara, mari belajar kerana ianya tidaklah sukar.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengisi angin tayar kenderaan anda:

  1. Sila ke mana-mana stesyen minyak berhampiran anda dan letakkan kereta anda berhampiran tempat mengisi angin tayar
  2. Setkan tekanan pada mesin mengisi minyak tersebut – sekiranya anda tidak tahu tekanan yang perlu digunakan untuk tayar anda, sila rujuk pada pelekat di bahagian pintu pemandu
  3. Buka injap tayar kereta anda
  4. Masukkan kepala hos pemampat udara pada injap tayar anda
  5. Perhatikan bacaan pada mesin pengisi angin tersebut, biasanya apabila tekanan angin sudah mencapai tekanan yang anda setkan mesin tersebut akan berbunyi.
  6. Cabut kepala hos tersebut dan pasangkan kembali injap tayar kereta anda.
  7. Ulangi langkah 3 – 6 untuk keempat-empat tayar kereta anda.
@aiyootan

Percaya atau tidak masih ramai yang diluar masih tidak tahu cara isi angin tayar 🤔 Jadi jangan malu untuk tanya❗️ Aiyootan tunjukkan tips cara mudah untuk isi angin 🥰 Follow like and shared guys #tips #carapamangintayar #usedcardealer #johorbahru #usedcarjohorbahru #toyota #vios #viosdugong #kerjakosong #jb #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #urgenthiring

♬ Che La Luna – Louis Prima with Sam Butera & The Witnesses

Rujuk video tiktok di atas untuk memudahkan anda. Selamat mencuba!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!