Dasar TVET Negara : 5 Teras Utama dan Strategi

Dasar TVET Negara : 5 Teras Utama dan Strategi

Baru-baru ini, Perdana Menteri, YAB Dato Seri’ Anwar Ibrahim telah melancarkan Dasar TVET Negara 2030 yang memberi bertujuan untuk menyelaraskan program TVET di Malaysia.

Dasar dan akta yang tersedia ini merangkumi Dasar Pendidikan Kebangsaan; Dasar Pendidikan Tinggi Nasional; Akta PENDIDIKAN 1996 (Akta 550); Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652); dan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta MQA 679).

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang 5 teras utama dan 23 strategi yang terkandung dalam Dasar TVET Negara 2030.

Baca juga:

Apa itu TVET?

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan memberi penekanan utama kepada amalan industri.

Tujuan utama TVET diperkenalkan adalah untuk memenuhi permintaan industri dan sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.

Dasar TVET Negara 2030 memberi anjakan penting dalam membawa Malaysia ke arah negara maju dengan menekankan modal insan berkemahiran melalui program TVET yang responsif, fleksibel dan inklusif.

Dasar ini juga akan menjadi rujukan utama dalam memandu institusi TVET menyediakan program berkualiti yang memenuhi kehendak industri.

Dasar TVET Negara

Dasar TVET Negara 2030 akan dilaksanakan melalui 5 teras strategik dan disokong oleh 23 strategi yang akan digunakan oleh kesemua 12 buah kementerian yang terlibat dengan bidang TVET termasuklah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Pelaksanaannya adalah seperti berikut:

  • Teras A : Tadbir urus komprehensif dan bersinergi
  • Teras B : Kualiti dan laluan pendidikan bertaraf dunia
  • Teras C : Kerjasama industri cekap dan produktif
  • Teras D : Pembiayaan TVET mampan
  • Teras E : TVET pilihan utama kerjaya

TERAS A : TADBIR URUS KOMPREHENSIF DAN BERSINERGI

Strategi A1: Mengkoordinasi tadbir urus penyedia TVET

  • Pemerkasaan Majlis TVET Negara sebagai agensi pusat bagi penyelarasan dan kawal selia TVET.

Strategi A2: Membangunkan polisi atau dasar ekosistem TVET

  • Pewujudan Akta TVET Negara atau pindaan kepada Akta-Akta berkaitan sedia ada terutama untuk memastikan penglibatan industri serta badan pelesenan dan pekerjaan (seperti Suruhanjaya Tenaga, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan) untuk penetapan kompetensi.
  • Pembangunan indeks kompetensi nasional.

Strategi A3: Membangunkan platform digital perkongsian data

  • Pembangunan Data Raya TVET
    • sebagai Pusat data TVET yang lengkap
    • pengintegrasian dengan platform kerjaya
    • pengumpulan data penawaran dan permintaan untuk kajian atau rujukan industri – analisis unjuran/trend
  • Pembangunan sistem permohonan TVET berpusat
  • Penyediaan polisi perkongsian data TVET

Strategi A4: Memperluas akses kepada program TVET

  • Peningkatan penyertaan Bumiputera dalam bidang utama TVET
  • Peningkatan penyertaan golongan rentan, pelajar Tahfiz dan lain-lain
  • Pengenalan dan pelaksanaan program TVET pada usia lebih awal

Strategi A5: Mewujudkan decentralised model bagi memberi mandat atau tanggungjawab bersama

  • Pewujudan badan penyelarasan TVET di peringkat pusat dan peringkat negeri
  • Pengumpulan data penawaran dan permintaan guna tenaga kerja mengikut keperluan sebenar setiap negeri

TERAS B : KUALITI DAN LALUAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

Strategi B1: Melaksanakan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal program TVET

  • Pelaksanaan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal program TVET secara menyeluruh
  • Semakan dan penambahbaikan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal program TVET secara berterusan
  • Pelaksanaan Sistem Penarafan Tunggal TVET

Strategi B2: Menyelaras penawaran dan pelaksanaan program TVET berdasarkan hala tuju ekonomi negara

  • Pelaksanaan rasionalisasi dan konsolidasi program TVET
  • Penawaran program-program baharu berdasarkan lima bidang tujahan High Growth High Value (HGHV)
  • Penetapan mekanisme untuk menilai permohonan penawaran program baharu

Strategi B3: Membangunkan kurikulum TVET yang dinamik dan responsif berteraskan keperluan industri

  • Pembangunan analisa dan kerangka pekerjaan
  • Pembangunan Occupational Industry Standard Practice (OISP)
  • Penambahbaikan mekanisme pembangunan kurikulum TVET

Strategi B4: Meningkatkan kualiti tenaga pengajar

  • Pembangunan dasar/rangka kerja latihan tenaga pengajar
  • Peluasan peluang kepada pengajar TVET untuk peningkatan kompetensi bersama industri dan pengiktiran profesional tenaga pengajar
  • Penyertaan pengamal industri sebagai tenaga pengajar TVET

Strategi B5: Meningkatkan kualiti penyampaian program

  • Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran TVET (bahan rujukan, bahan pengajaran dan pembelajaran, infrastruktur, peralatan dan bahan latihan)
  • Peluasan pelaksanaan latihan berasaskan industri
  • Pemerkasaan pembelajaran digital menerusi konsep blended learning

Strategi B6: Meningkatkan kualiti dan pengiktirafan persijilan bagi memenuhi keperluan industri

  • Pelaksanaa persijilan profesional dan persijilan industri
  • Pengiktirafan persijilan bagi program TVET oleh badan profesional, industri dan agensi berkaitan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

Strategi B7: Menambahbaik artikulasi TVET ke peringkat lebih tinggi

  • Penyelarasan syarat kemasukan termasuk pemindahan kredit

Strategi B8: Meningkatkan kebolehkerjaan (employability) dan mobiliti graduan TVET

  • Peningkatan kemahiran insaniah dan nilai sosial termasuk elemen integriti dan anti rasuah
  • Peningkatan program place and train
  • Peningkatan hubungan dan kerjasama antarabangsa
  • Penggalakkan dan pemerkasaan program keusahawanan
  • Pemerkasaan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) reskilling dan upskilling
Dasar TVET Negara

TERAS C : KERJASAMA INDUSTRI CEKAP DAN PRODUKTIF

Strategi C1: Menggalakkan perkongsian kepakaran dan teknologi terkini antara industri dan penyedia latihan TVET

  • Pemeteraian kerjasama meliputi pelbagai skop berkaitan
  • Pembentukan industri di kampus – industri boleh wujudkan ruang dan peralatan di pusat latihan untuk perkongsian kepakaran

Strategi C2: Memperluas insentif khas bagi menggalakkan penglibatan industri

  • Perkukuh inisiatif pelepasan cukai atau levi dan insentif khas kepada industri
  • Pemberian merit pengiktirafan kepada penglibatan industri

Strategi C3: Mewujudkan peruntukan undang-undang atau polisi bagi memastikan keterlibatan industri dalam pelaksanaan TVET

  • Pembangunan polisi berkaitan pengambilan pekerja, penetapan gaji, latihan, penetapan lesen kompeten untuk pekerjaan tertentu
  • Pembangunan polisi atau peruntukan undang-undang bagi memastikan penglibatan industri dalam pelaksanaan TVET
  • Pemerkasaan penglibatan industri melalui Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC), TVET Collaboration Hub (TCH)/ Centre of Excellent (COE) serta Badan Peneraju Industri (ILB)
  • Perkukuh penglibatan badan kawal selia industri dalam pelaksanaan TVET
  • Perkukuh penglibatan/kerjasama industri-akademia dalam pelaksanaan penyelidikan/kajian berkaitan

TERAS D : PEMBIAYAAN TVET MAMPAN

Strategi D1: Membangunkan model pembiayaan yang mampan

  • Perluasan skop pembiayaan mencakupi program TVET yang berkaitan
  • Penyelarasan kadar yuran program TVET
  • Penambahbaikan model kutipan bayaran balik pinjaman
  • Pembiayaan oleh Yayasan/ Pertubuhan/ Badan Bukan Kerajaan (NGO)/ Bank

Strategi D2: Memperuntukan pembiayaan berasaskan prestasi daripada kerajaan untuk merangsang penyedia TVET

  • Pembiayaan berdasarkan kepada prestasi penarafan tunggal program TVET
  • Semakan semula dasar pembiayaan TVET

Strategi D3: Membangunkan model operasi yang mampan-industri

  • Pelbagaikan sumber pendapatan – pelaksanaan kursus jangka pendek, geran padanan dan pembiayaan industri
  • Penambahbaikan dasar berkaitan sumbangan peralatan
  • Pemberian autonomi kepada institusi TVET untuk menjana pendapatan

TERAS E : TVET PILIHAN UTAMA KERJAYA

Strategi E1: Menyelaras pelaksanaan aktiviti promosi TVET yang berimpak tinggi

  • Pewujudan pelan komunikasi TVET
    • Adaptasi trend dan teknologi tekini (media sosial, pempengaruh)
    • Fokus kepada kumpulan sasar berdasarkan bidang
  • Perluas promosi di sekolah rendah dan sekolah menengah

Strategi E2: Membina jenama TVET kebangsaan tunggal

  • Penggunaan logo, slogan, jenama dan garis panduan yang sama
  • Penjenamaan semula nama profesion bagi peningkatan status sosial

Strategi E3: Memantapkan imej TVET

  • Pelaksanaan Sambutan Hari TVET negara
  • Perluasan pelaksanaan pertandingan kemahiran
  • Penganugerahan Ikon/tokoh mahir negara
  • Hebahan kisah kejayaan dalam kerjaya dan keusahawanan
  • Penetapan gaji bersesuaian dengan tahap kemahiran/ berdasarkan kompetensi
  • Pembudayaan aktiviti inovasi dan pengkomersilan produk TVET

Strategi E4: Memperkasa peranan kaunselor dan mewujudkan career guidance

  • Pembangunan pelan bimbingan kerjaya
  • Pelantikan pengamal pakar sebagai pembimbing kerjaya
  • Pewujudan kaunselor maya
  • Pemerkasaan peranan kaunselor kepada komuniti setempat
Dasar TVET Negara

“Dasar TVET Negara 2039 adalah bersifat menyeluruh dan akan menjadi sumber rujukan dalam setiap inisiatif serta pelaksanaan oleh penyedia TVET awam dan swasta serta 12 Kementerian berkaitan TVET”

– YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Timbalan Perdana Menteri)

Dasar TVET Negara

Muat Turun Dasar TVET Negara 2030

Anda boleh memuat turun Dasar TVET Negara 2030 secara lengkap di sini :

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat terkini berkaitan dengan TVET, anda boleh rujuk pada pautan berikut: https://www.tvet.gov.my/

Bantu kami share artikel ini: