Cara Banyakkan Susu Badan, Cuba 8 Tips Bantu Anda!

Bagaimanakah cara banyakkan susu badan ibu untuk diberikan secukupnya kepada bayi anda?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara banyakkan susu badan tanpa makan suplimen atau ubat-ubatan.

Baca juga:

Khasiat susu ibu

Motherhood Hospital

Penyusuan susu ibu mempunyai manfaat kesihatan yang baik untuk kedua-duanya iaitu bayi dan ibu. Berikut adalah khasiat susu ibu yang boleh anda dapatkan:

1. Sumber nutrisi terbaik untuk kebanyakan bayi

Apabila bayi membesar, susu ibu akan berubah untuk memenuhi keperluan nutrisi bayi.

2. Membantu melindungi bayi daripada beberapa penyakit

Bayi yang menyusu badan mempunyai risiko asma, obesiti, diabetes jenis 1, dan sindrom kematian bayi mengejut (SIDS) yang lebih rendah/

Bayi anda juga akan kurang berkemungkinan mendapat jangkitan telinga dan masalah penghadaman lainnya.

3. Ibu berkongsi antibodi daripada ibu dengan bayinya

Antibodi ini membantu bayi membina sistem imun yang kuat dan melindungi mereka daripada penyakit.

4. Boleh menyusukan bayi pada bila-bila masa dan di mana sahaja

Ibu boleh menyusukan bayi semasa dalam perjalanan tanpa risau untuk membancuh susu formula atau menyediakan botol.

Bahkan ibu pastikan tidak akan mempunyai masalah untuk membawa bayi yang masih menyusu badan melancong sekali.

Hanya cari tempat yang sedikit tersorok untuk memberikan keselesaan semasa anda menyusukan bayi anda.

5. Mengurangkan risiko ibu mendapat masalah penyakit serius

Penyusuan susu ibu mempunyai manfaat kesihatan untuk ibu juga. Sesetengah kanser, diabetes jenis 2, dan tekanan darah tinggi akan sangat jarang berlaku di kalangan wanita yang menyusu.

*American Academy of Pediatrics menygesyorkan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama kira-kira 6 bulan. Dan kemudiannya meneryskan penyusuan susu ibu sambil memperkenalkan makanan pelengkap sehingga kanak-kanak berumur 2 tahun atau lebih.

Beza susu ibu dan susu formula

Berikut adalah perbandingan beza antara susu yang dihasilkan oleh ibu dengan susu lembu dan susu formula.

NutrisiSusu IbuSusu LembuSusu Formula
PencemaranTiadaKemungkinanKemungkinan
ProteinMencukupi dan mudah dihadamTerlalu tinggi dan sukr dihadamDiubah tapi masih sukar dihadam
LemakMencukupi dari segi jenis dan kuantiti. Mengandungi enzim untuk penghadamanJenis tidak mencukupi. Tiada enzimJenis tidak mencukupi. Tiada enzim
Zat besiMencukupi dan mudah diserapTidak mencukupi dan sukar diserapDitambah tetapi sukar diserap
VitaminMencukupiTidak mencukupiDitambah
AirMencukupiTidak mencukupi dan perlukan penambahanTidak mencukupi dan perlukan penambahan

Punca kekurangan susu

Banyak faktor yang boleh menyebabkan ibu mengalami kekurangan susu. Antara alasannya termasuklah seperti:

  • Lewat memberikan susu ibu selepas kelahiran bayi. Contohnya, jika anda dan bayi anda dipisahkan kerana bayi anda perlu dimasukkan ke taska penjagaan khas atau jika anda tidak sihat selepas melahirkan.
  • Pelekatan yang lemah pada payudara. Jika anda mempunyai puting yang rata atau terbalik, bayi anda mempunyai lidah atau pengikat bibir, mengantuk kerana jaundis, atau kerana proses kelahiran yang sukar atau berpanjangan.
  • Jika anda tidak sihat disebabkan masalah seperti mastitis, tisu plasenta yang tertahan atau kehilangan darah yang banyak selepas bayi dilahirkan.
  • Masalah perubatan seperti sindrom ovari polikistik (PCOS), hipotirodisme, diabetes.
  • Kesan ubat-ubatan tertentu.
  • Pembedahan payudara atau puting sebelum ini.
  • Bayi anda makan mengikut permintaan (apabila mereka mahu)
  • Mengambil pil perancang oral yang mengandungi estrogen
  • Menggabungkan penyusuan susu formula dengan penyusuan susu ibu.
  • Melangkau penyusuan, tanpa memerah susu apabila bayi anda ingin menyusu.
  • Gunakan puting susu untuk jangka masa panjang.
  • Merokok

Cara banyakkan susu badan

Terdapat beberapa cara banyakkan susu badan secara semulajadi yang boleh anda praktikkan. Berikut adalah antara cara terbaik yang disarankan:

1. Amalkan pemakanan yang berkhasiat

Kebanyakan orang yang menyusu menyasarkan kira-kira 2,000 hingga 2,800 kalori setiap hari.

Justeru, pilihlah makanan yang berkhasiat yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin penuh seperti beras perang, makanan yang kaya dengan omega-3 seperti salmon dan biji rami, dan protein sayuran

2. Minum banyak air

Badan anda tidak boleh menghasilkan lebih banyak susu ibu jika anda mengalami dehidrasi. 

Bahkan faktanya mengatakan bahawa seorang ibu yang menyusu memerlukan lebih banyak air daripada biasa.

Orang yang menyusu harus minum lapan cawan air tambahan sehari, sebagai tambahan kepada lapan gelas 8 auns yang disyorkan setiap hari untuk orang dewasa.

Anda juga boleh minum segelas air setiap kali makan dan ketika sesi menyusu.

3. Tidur yang cukup

Pastikan anda mendapat waktu tidur yang cukup. Rehat yang cukup membantu tubuh anda pulih daripada kehamilan dan melahirkan anak serta mendorong badan anda menghasilkan lebih banyak susu badan.

4. Kerap menyusukan bayi

Susu badan tidak terhasil dengan banyak jika anda tidak kerap menyusukan bayi anda.

Ini kerana, lebih kerap dan lebih lama bayi anda menghisap, lebih banyak susu yang akan terhasil.

5. Hadkan pengambilan kafein

Cara banyakkan susu badan yang seterusnya adalah hadkan pengambilan minuman berkafein.

Hal ini kerana, kafein adalah sejenis diuretik semulajadi yang boleh menyebabkan dehidrasi jika anda minum terlalu banyak.

Kesannya, ia akan menyebabkan tidur anda terjejas dan memgurangakn pengeluaran susu badan.

6. Urut payudara

Melakukan urutan kepada payudara boleh dijadikan sebagai cara banyakkan susu badan.

Bahkan kajian mendapati bahawa dengan melakukan urutan ini, ia mampu untuk meningkatkan jumlah susu ibu yang dihasilkan hampir 23% selain mengurangkan sakit payudara dan bengkak.

Untuk mengurut payudara, anda boleh mulakan dengan meletakkan kain lap hangat pada payudara anda.

Kemudian letakkan sebelah tangan di atas payudara dan letakkan sebelah lagi di bawah payudara.

Urut perlahan-lahan ke dapan dan ke belakang, gerakkan tangan anda ke arah yang bertentangan.

7. Gunakan pam susu

Mengepam atau memerah susu dengan kerap antara sesi menyusu boleh meningkatkan bekalan susu badan anda.

Ramai ibu bapa menyangka dengan mengepam susu ini, susu akan habis dengan lebih cepat. Sebaliknya badan anda akan menghasilkan susu dengan lebih banyak dan kerap.

8. Bincang dengan perunding laktasi

Perunding laktasi adalah individu yang pakar tentang penyusuan susu ibu. Mereka ini boleh membantu ibu yang menghadapi pelbagai cabaran atau kesukaran untuk menyusukan n bayi.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara banyakkan susu badan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Natural Ways to Produce More Breast Milk. Parents
  2. The Benefits of Breastfeeding for Both Mother and Baby. WebMD
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!