Bendera Negeri Sembilan: Sejarah & Maksud Warna

Negeri Sembilan yang merupakan salah satu daripada negeri di dalam Malaysia turut mempunyai benderanya yang tersendiri.

Bendera Negeri Sembilan terdiri daripada tiga warna iaitu merah, hitam dan kuning.

Setiap daripada warna ini mempunyai maksud dan makna yang tersendiri.

Sejarah & Latar Belakang Negeri Sembilan

Negeri Sembilan kini dihuni penduduk berbilang kaum yang kini melebihi 1 juta orang yang mana etnik Melayu merupakan kaum majoriti, yang mewakili 61.5 peratus daripada keseluruhan penduduk.

Masyarakat Cina pula mewakili 22.9 peratus, masyarakat India 15.1 peratus, manakala kaum-kaum lain mewakili 0.5 peratus.

Secara umumnya, keunikan masyarakat Negeri Sembilan terletak pada Adat Perpatih yang diamalkan sejak berzaman dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.

Tampuk pemerintahan kerajaan Negeri Sembilan diterajui oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Sistem pemerintahan di Negeri sembilan dibentuk mengikut Adat perpatih. Pada abad ke-18, orang Minangkabau berhijrah dari Sumatera ke Negeri sembilan bersama dengan saudara-mara masing-masing.

Berdasarkan Adat Perpatih, Negeri sembilan dibahagikan kepada beberapa daerah atau jajahan yang disebut luhak atau luak.

Mengikut tradisinya memang sudah lama wujud empat buah daerah besar dengan setiap satu ditadbir oleh seorang pembesar yang bergelar undang Berempat, iaitu Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol.

Terdapat beberapa orang pembesar rendah daerah separuh bebas yang berkaitan dengan salah satu daripada empat daerah besar ini.

Undang Berempat menjadi ketua bagi setiap luak dan ketua bagi luak-luak yang lain dikenali sebagai Penghulu.

Para pembesar lain di bawah undang dan Penghulu dikenali sebagai Lembaga, Buapak dan Perut.

Lembaga merupakan ketua kepada suku-suku anggota masyarakat dan terdapat lebih kurang 12 suku dengan setiap luak biasanya mempunyai empat suku.

Lembaga ini bertanggungiawab ke atas suku-sukunya dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan keselamatan dan keamanan, menyelesaikan perbalahan sesama suku, mengawal dan mengadili pembahagian harta pusaka serta menjadi orang perantaraan antara anggota sukunya dengan Undang.

Suku masyarakat Buapak terdiri daripada kumpulan keluarga yang disebut Perut dan ahli-ahli dalam sesuatu Perut akan memilih seorang ketua yang digelar Buapak.

Bilangan Buapak agak ramai dan tugasnya sama dengan Lembaga, tetapi terbatas kepada keluarga yang menjadi anggota sesuatu Perut.Buapak hanya berkuasa dalam kalangan ahli perutnya sahaja.

Tugas Buapak ialah menjalankan adat istiadat berkaitan dengan perkahwinan, upacara bercukur rambut, berkhatan dan penceraian.

Asal Usul Nama Negeri Sembilan

Perkataan, Negeri Sembilan, bermaksud ‘sembilan buah negeri’, tetapi telah dipersetujui bahawa gelaran nama ini tidak pernah mengandungi sembilan buah daerah yang khas.

Sembilan buah negeri tersebut terdiri daripada

  • Sungai Ujong
  • Rembau
  • Johol
  • Jelebu
  • Jempol
  • Seri Menanti
  • Inas
  • Terachi
  • Gunung Pasir

Maksud Bendera Negeri Sembilan

Bendera ini terdiri daripada 3 warna iaitu merah, kuning, dan hitam.

Warna-warna ini membawa maksud-maksud berikut:

  • Kuning: Bermakna D.Y.M.M. Raja
  • Tiga Segi Berwarna Merah: Bermakna rakyat
  • Tiga Segi Berwarna Hitam: Datuk-datuk Undang bagi Luak-Luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri tersebut.

Muat Turun Bendera Negeri Sembilan

Bendera ini boleh dimuat turun menerusi gambar di bawah:

Sumber: https://www.ns.gov.my/kerajaan/info-negeri/bendera-jata-negeri-sembilan

Baca juga: Cuti Umum Negeri Sembilan 2024 & Cuti Sekolah KPM

Bantu kami share artikel ini: