Prosedur Permohonan Anak Angkat di Malaysia

Permohonan mengambil anak angkat bukanlah satu perkara yang mudah, namun tidak begitu sukar sekiranya anda mengikut saluran dan prosedur yang betul.

Tidak semua pasangan yang berkahwin dikurniakan zuriat atas pelbagai sebab dan mengambil anak angkat merupakan antara salah satu solusi bagi pasangan yang mahukan pewaris mereka.

Proses permohonan anak angkat perlu dilakukan dengan teliti mengikut prosedur yang betul bagi mengelakkan masalah dikemudian hari.

Permohonan pengangkatan di Semenanjung boleh dibuat melalui Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257) (terpakai untuk bukan Islam) dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) (Pendaftaran De Facto) terpakai untuk Islam dan bukan Islam.

Permohonn Pendaftaran anak angkat di Sabah dibuat berdasarkan Ordinan Pengangkatan 1960 (Sabah No.23 Tahun 1960), Native Adoption Regulations 1961 dan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2004 dan kaedah-kaedah Mahkamah Syariah Negeri Sabah (amalan dan tatacara pengambilan anak angkat) 2006.

Permohonan  pengangkatan di negeri Sarawak dibuat berdasarkan Adoption Ordinance 1958 (Sarawak CAP.91) dan Adoption Ordinance (Amendment) 2002 (Chapter A100) yang ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah.

Permohonan pengangkatan  boleh dibuat di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Negeri Sarawak.

Cara Memohon Anak Angkat Di Malaysia

Secara umumnya, terdapat 2 cara untuk mendapatkan anak angkat mengikut undang-undang di Malaysia:

  1. Secara terus daripada ibu bapa kandung kanak-kanak yang ingin diambil sebagai anak angkat itu
  2. Permohonan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Bagi cara nombor 1 di atas, anda perlu mengikuti beberap prosedur untuk memastikan status anak-anak itu sah di sis undang-undang iaitu melalui salah satu cara di bawah:

  1. Permohonan di Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Tinggi dalam masa 3 bulan selepas menerima Notis Pengangkatan
  2. Permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara

Bagi permohonan anak angkat melalui JKM, permohonan boleh dibuat melalui surat, faks, telefon, emel atau yang sebaiknya datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berdekatan tempat anda tinggal.

Baca lagi: Talian Kasih: Senarai Nombor Telefon Bilik Gerakan JKM Setiap Negeri

Syarat-syarat Permohonan Anak Angkat JKM

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyenaraikan syarat-syarat permohonan yang perlu dipatuhi agar permohonan anak angkat ini boleh dipertimbangkan:

  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  2. Berusia 25 hingga 60 tahun.
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas).
  4. Bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau
    kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat juga boleh dipertimbangkan permohonannya.
  5. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  6. Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur di antara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja.
  7. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.
  8. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.
  9. Bebas dari rekod kesalahan jenayah.
  10. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.
  11. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.

Dokumen-dokumen Permohonan

Pastikan setiap pasangan yang ingin membuat permohonan pengambilan anak angkat menyediakan dokumen-dokumen berikut:

  1. Gambar ukuran pasport (suami/isteri).
  2. Surat pengesahan dari pegawai perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami/isteri).
    (Sila klik untuk muat turun)
  3. Salinan kad pengenalan (suami/isteri).
  4. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
  5. Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri).
  6. Lain-lain dokumen sokongan, contoh: laporan Pakar Perubatan, surat sokongan lain dan sebagainya.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!