Dasar Gaji Progresif: Usaha Tangani Isu Gaji Rendah

Kita seringkali maklum bahawa secara majoritinya, kenaikan gaji para pekerja di Malaysia ini tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup di Malaysia dan antara langkah yang telah diumumkan untuk mengatasi masalah ini adalah Dasar Gaji Progresif.

Malah, Kertas Putih bagi cadangan Dasar Gaji Progresif ini juga telah dibentangkan pada 30 November 2023 yang lalu untuk menerangkan komitmen Kerajaan bagi mereformasi pasaran buruh dengan matlamat untuk meningkatkan pendapatan pekerja selari dengan peningkatan produktiviti.

Pengenalan dasar baru ini diharapkan akan menjadi pelengkap kepada inisiatif gaji sedia ada iaitu Perintah Gaji Minima dan Sistem Upah Berdasarkan Prestasi (PLWS),

Apa itu Dasar Gaji Progresif?

Dasar Gaji Progresif merupakan komitmen untuk mereformasi
pasaran buruh dengan matlamat bagi meningkatkan gaji pekerja selari
dengan peningkatan produktiviti.

Kertas Putih mengenai dasar ini telah memperincikan status berkaitan gaji dan produktiviti pekerja serta isu dan cabaran yang dihadapi.

Kertas ini juga menghuraikan reformasi gaji yang telah dilaksanakan di Malaysia dan beberapa negara lain.

Tumpuan utama Kertas ini adalah untuk menggariskan cadangan Kerajaan mengenai model Dasar Gaji Progresif yang mengandungi ciri-ciri asas, mekanisme pelaksanaan dan sistem penilaian majikan.

Selain itu, jangkaan impak, strategi pelaksanaan dan cadangan struktur tadbir urus mengenai dasar ini juga turut diperincikan dalam Kerta Putih ini.

Projek rintis

Pelaksanaan dasar ini akan dimulakan dengan projek rintis pada Jun tahun depan membabitkan 1,000 syarikat yang memenuhi syarat kelayakan dengan pekerja bergaji antara RM1,500 dan RM4,999.

Pemilihan syarikat akan dibuat secara telus berdasarkan prinsip kesaksamaan, tahap keperluan sektor dan sokongan dasar.

Penilaian projek rintis akan dilaksanakan pada September 2024 untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh dilaksanakan kepada semua majikan dan ekonomi.

Artikel berkaitan: Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024 & Bonus – JANM

Asas Dasar Gaji Progresif

dasar gaji progresif

Dasar Gaji Progresif yang bertujuan menangani isu gaji rendah yang membelenggu golongan pekerja di negara mempunyai tiga ciri asas iaitu:

  • Pelaksanaannya adalah secara sukarela oleh majikan
  • Kerajaan akan memberikan insentif untuk menggalakkan seberapa ramai majikan dan pekerja menyertainya
  • Di pihak pekerja ia mesti terkait dengan produktiviti

Majikan gaji progresif

Syarat penyertaan majikan mendaftar sebagai Majikan Gaji Progresif dirangka dengan memberi tumpuan kepada syarikat tempatan terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) memandangkan majoriti pekerja yang menerima gaji rendah merupakan pekerja PMKS.

Prestasi Majikan Gaji Progresif akan dinilai melalui sistem penarafan bintang, berdasarkan dua komponen, iaitu komponen asas dan komponen bonus.

Tujuan sistem penilaian majikan adalah untuk membolehkan syarikat bersaing antara satu sama lain dari segi prestasi kenaikan gaji bagi mewujudkan budaya penetapan gaji yang lebih baik.

Penarafan bintang akan dikendalikan oleh agensi yang mempunyai kredibiliti supaya keputusan penarafan bintang dapat menjadi rujukan yang diterima oleh semua pihak.

Kertas Putih

Sekiranya anda berminat untuk melihat perincian mengenai dasar ini yang telah dibentangkan di Parlimen pada 30 November 2023 yang lalu, sila klik pautan di bawah untuk melihat Kertas Putih Dasar Gaji Progresif https://www.ekonomi.gov.my/sites/default/files/2023-11/KERTAS%20PUTIH%20CADANGAN%20DASAR%20GAJI%20PROGRESIF_0.pdf

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!