Apakah kegunaan Zincofer kepada wanita hamil dan bayi dalam kandungannya?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ubat Zincofer dan kegunaannya kepada kesihatan.
Baca juga:
Apa itu Zincofer
Zincofer adalah sejenis tablet yang dikeluarkan oleh APEX LABS.
Supplemen ini biasanya digunakan ketika hamil, anemia, diet yang buruk, komplikasi kehamilan, kekurangan folat, kekurangan vitamin dan lain-lain keadaan yang berkaitan.
Kandungannya
Supplemen ini mengandungi beberapa jenis zat dan vitamin bagi setiap satu tablet. Berikut adalah maklumatnya:
- Ferrous fumate 350mg
- Folic acid 1mg
- Pyridoxine HCl 1.5 mg(Vitamin B6) – cyanocobalamin 5 mcg(Vitamin B12)
- Ascorbic acid 75 mg(Vitamin C
- Zinc sulphate monohydrate 55 mg
Fungsi dan kepentingannya
Tablet ini biasa digunakan untuk diagnosis atau rawatan sawan, anemia akibat kekurangan asid folik.
Selain itu, ia juga sering diberikan oleh klinik kesihatan di tempat anda untuk membantu dalam penambahan darah merah di dalam tubuh badan.
Beza Iberet Folic dan Zincofer
Ciri-Ciri | Iberet Folic | Zincofer |
---|---|---|
Warna | Coklat | Merah |
Kandungan | 500mg zat besi | 300mg zat besi |
Kegunaan | Menambah sel darah merah ibu dan perkembangan bayi dalam kandungan | Membantu dalam penambahan darah merah di dalam tubuh badan |
Cara pengambilan yang betul
Dos yang sesuai untuk orang dewasa:
- Biasa: dos yang disyorkan ialah 50 hingga 200 mg / hari.
- Scurvy: dos yang disyorkan ialah 100 hingga 250 mg sekali atau dua kali sehari selama sekurang-kurangnya dua minggu.
- Pengasidan air kencing: dos yang disyorkan adalah 4 hingga 12 g / hari dalam 3 hingga 4 dos yang dibahagikan.
*Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.
Dos yang sesuai untuk kanak-kanak:
- Biasa: dos yang disyorkan adalah 35 hingga 100 mg / hari.
- Scurvy: dos yang disyorkan adalah 100 hingga 300 mg / hari dalam dos dibahagikan untuk sekurang-kurangnya dua minggu.
- Pengasidan air kencing: dos yang disyorkan ialah 500 mg setiap 6 hingga 8 jam.
*Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.
Kaedah penyimpanan Zincofer
Supplemen ini sama seperti ubat-ubatan jenis tablet yang lain di mana ia paling baik disimpan pada suhu bilik iaitu jauh dari cahaya matahari langsung dan kelembapan.
Jangan sesekali menyimpan ubat ini di bilik mandi atau peti sujuk untuk elak dari rosak. Jauhi juga ia dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Sekiranya tidak lagi digunakan, anda tidak boleh membuang ubat ini ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang.
Sentiasa rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk ini dengan selamat.
Kesan sampingan
Tablet ini mempunyai beberapa kesan sampingan bila dimakan. Antara kesannya adalah seperti kembung perut, sembelit, loya dan muntah, cirit-birit, najis menjadi gelap, pedih ulu hati, terbakar atau rasa sesak nafas, alahan dan rasa pahit di mulut.
Namun demikian, tidak semua orang akan mendapatkan kesan yang sama seperti yang disenaraikan di atas.
Sekiranya kesan sampingan yang anda dapati adalah lebih teruk atau anda mengalami sebarang reaksi buruk terhadap ubat tersebut, segera maklumkan kepada doktor yang bertugas.
Doktor biasanya akan menukar ubat tambah darah yang sesuai kepada anda. Anda boleh dapatkan tablet Zincofer di sini.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan Zincofer dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Zincofer Tablet. MediBuddy
- Comparison between Iberet Folic and Zincofer In Treatment of Iron Deficiency Anaemia in Pregnancy. National Center for Biotechnology Information