Zahiril Adzim : Biodata Lengkap “Falah” Dalam Andai Tiada Dia

Zahiril Adzim
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Zahiril Adzim adalah salah satu pelakon berbakat besar dari Malaysia yang telah mencipta nama dalam pelbagai medium hiburan seperti filem, drama TV, teater, dan penstriman.

Beliau telah berjaya memikat hati ramai penonton dengan kebolehannya membawa watak yang beraneka, dari watak serius hingga yang penuh emosi.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu dikenali ramai, Hisyam Hamid.

Baca juga:

Latar Belakang

Zahiril Adzim
Kredit: IGI @zahiriladzim
NamaMuhammad Zahiril Adzim bin Mohd Mokhtar
Nama PanggilanZahiril Adzim
Tarikh Lahir23 Januari 1984
Tempat LahirTaiping, Perak
PendidikanDiploma (ASWARA)
PekerjaanPelakon, pengacara, pengarah, dan usahawan
Akaun Media SosialInstagram @zahiriladzim
TikTok @zahiriladzim
YouTube @zahiriladzim

Kehidupan Peribadi

Zahiril Adzim berkahwin dengan pengacara, pelakon, dan wartawan, Shera Aiyob pada 20 November 2011. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Nadi Anaqi.

Zahiril Adzim
Kredit: IGI @zahiriladzim

Kerjaya & Profesional

Zahiril Adzim memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2007 melalui drama muzikal bebas terbitan 8TV, KAMI The Series, di mana beliau memegang watak Boy. Watak tersebut diteruskan dalam filem KAMI The Movie, yang ditayangkan pada tahun 2008 dan menjadi filem pertama lakonannya.

Pada tahun 2011, Zahiril menerbitkan sebuah buku antologi bertajuk Bogel Menuju Tuhan di bawah terbitan Merpati Jingga. Tahun yang sama juga menyaksikan beliau berlakon dalam tiga drama, termasuk drama popular Juvana.

Dalam drama tersebut, Zahiril memegang watak Daim, seorang pelajar yang dihantar ke sekolah pemulihan Wira Bakti atas tuduhan membunuh ibunya. Watak ini dikembangkan lagi dalam filem Juvana pada tahun 2013 serta dua sekuel bertajuk Terperangkap Dalam Kebebasan (2015) dan Perhitungan Terakhir (2016).

Pada tahun 2014, Zahiril membintangi telefilem Qadr arahan Faisal Ishak bersama Beto Kusyairy. Telefilem ini mengisahkan tentang peluang kedua yang diberikan oleh Tuhan kepada hamba-Nya selepas melalui ujian kesakitan dan mula ditayangkan di Astro First Eksklusif pada Februari tahun yang sama.

Selain berlakon, Zahiril turut menceburi bidang pengacaraan bersama isterinya, Shera Aiyob. Pasangan ini mengacarakan rancangan bual bicara Masam-Masam Manis untuk musim ketiga di TV AlHijrah.

Pada tahun 2017, Zahiril membintangi drama adaptasi novel karya Syamnuriezmil bertajuk Perempuan Paling Bahagia. Drama arahan Jamal Khan ini turut menampilkan isterinya, Shera Aiyob, dan Zahiril membawa watak Rafa.

Seterusnya, pada tahun 2018, Zahiril muncul dalam filem arahan Namron, One Two Jaga, bersama Bront Palarae, Amerul Affendi, dan Rosdeen Suboh. Dalam filem ini, beliau memainkan watak Hussein, menjadikannya satu-satunya filem lakonannya pada tahun tersebut. Filem ini ditayangkan pada 6 September 2018.

Di samping bidang seni, Zahiril Adzim juga aktif dalam dunia permainan video dan kini giat mempromosikan industri e-Sukan.

Filem:

  • KAMI The Movie (2008)
  • Gadoh (2009)
  • Shortcut (2009)
  • Karaoke (2009)
  • Senjakala (2011)
  • Tolong Awek Aku Pontianak (2011)
  • Klip 3GP (2011)
  • Jalan Pintas (2011)
  • Sesuatu Yang Tertinggal (2012)
  • Bunohan (2012)
  • Juvana (2013)
  • Qadr (2014)
  • Rentap (2014)
  • Terbaik dari Langit (2014)
  • Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan (2015)
  • Redha (2016)
  • Pekak (2016)
  • Juvana 3: Perhitungan Terakhir (2016)
  • One, Two, Jaga (2018)
  • Kron (2019)
  • Rise to Power: KLGU (2019)
  • Chomel (2021)
  • Ada Hantu (2021)
  • Cinta VS Hantu (2022)
  • Ada Hantu 2 (2022)
  • Siku 12: Langkah Derhaka (2022)
  • Malbatt: Misi Bakara (2023)
  • Budak Flat (2023)
  • Waruga: Kutukan Ilmu Hitam (2024)
  • Reversi (2024)
  • Martabat: Misi Berdarah (2025)

Drama:

TahunTajukSaluran TV
2007KAMI – The Series8TV
2009Ghost (Musim 2)8TV
2009Merah PutihTV3
2009WarisTV2
2010Suatu Ketika: Biar Putih Tulang Jangan Putih MataAstro Citra
2010Apa Dosaku: Sybil KathigasuAstro Citra
2011–20136 ProgresifTV9
2011JuvanaTV3
2011Khurafat The SeriesAstro Ria
2012Paan dan PaizTV3
2012Mana Hilangnya JuwitaAstro Ria
2012Hanya PadamuTV3
2014Aku Ada WaliTV AlHijrah
2014Dalam IradatmuTV AlHijrah
2015Sayap JibrilAstro Oasis
2016Aku Bukan BimboAstro Ria
2016Tika Langit TerbukaAstro Oasis
2016Tanah Kubur (Musim 15)Astro Oasis
2016Ainur MardhiyahTV9
2017Perempuan Paling BahagiaAstro Oasis
2017Waris Kampung Semarah PadiTV1
2018BanterasAstro Ria
2018KOPITonton
2018KL Gangster: UnderworldIflix
2018Jibrilntv7
2018Mencari QiblatTV3
2019Hola HermosaTV1
2019Warkah Dari FirenzaTV2
2020Sepenggal PuisiAstro Citra
2020KL Gangster: Underworld 2WeTV
2021Malaysian Ghost StoriesAstro Ria
2021Klik RiderAstro Warna
2022Scammer 2Astro Ria
2022Lockdown 2Astro Ria
2022SMK (musim 4)Astro Ceria
2023Obsesi DiaTV3
2023Nak Dengar Cerita Hantu?DEGUP
2024Aku Bukan UstazahTV3
2024Andai Tiada DiaAstro Ria

Telefilem:

TahunTajukSaluran TV
2008Seandainya Aku Sitintv7
2009Rompakan KabinetAstro Ria
2009AbamTV3
2009Seratus Hari JadiAstro Ria
2011Belum Khatam Dah KhatanAstro Prima
2011Parit JawaAstro Box Office
2012Haruskah Ada RinduTV2
2012Cinta VlogTV2
2012Bonus Hari RayaTV2
2012Biarlah RahsiaAstro Prima
2012Jodoh KitaTV1
2012Maafkan AkuTV3
2012Yatimkah AkuTV9
2013Bayangan RinduAstro Box Office
2013QadrAstro First Eksklusif
2013Raya Nora JambuAstro Ria
2013CintaTV2
2013Cinta KamikazeTV9
2013Walau Siapa Pun AkuTV1
2014Pekerja TerbaikTV9
2014Selempang KuningAstro Prima
2014Talkin Di Birai KatilTV1
2015Wang Atau Cinta?TV9
2015Selamat Pagi CikguTVi
2015Bila Cinta BerbungaTVi
2015MaharTV AlHijrah
2015Aku Pilih EndingnyaTV1
2015Calon IsteriTV1
2015Tanah Kubur Ummah JahiliahAstro Oasis
2016Awe Keno NikahTV1
2016Sawadee ThiratTV1
2016Malam Ku BermimpiTV1
2016RagutTV1
2016NiqabiTV2
2017Siapa Tak Sayang LakiTV2
2017CupidAstro Citra
2017Selamat Tinggal AidilfitriAstro Prima
2017Nak Jadi Menantu Ye?TV1
2017IlhamAstro Citra
2018Kitab SijjinAstro Citra
2018Syahadah TerakhirTV3
2018KerantungTV1
2018Iman Ke SyurgaTV3
2018Kekasih Di Kala MaghribTV1
2019SirnaTV1
2019Yang TerindahTV1
2019JubakarTV1
2019Mencari MardhatillahTV2
2019Tetamu ImanTV2
2019Pendoa Yang IkhlasTV1
2019Shiba Shiba DooAstro Citra
2020Arus MerahAstro First Eksklusif
20203 Dukun SantetAstro Citra
2021Saka MySejahteraAstro Citra
2023Durjana PujaanTV1
2023KomediaTV2
2024Ramadan I Miss YouTV3

Televisyen:

TahunTajukSaluran TV
2016Masam-Masam ManisTV AlHijrah
2017Jom BerbukaTV9
2018Mencari HamkaAstro Oasis
Kredit: IGI @zahiriladzim

Watak Falah Dalam Andai Tiada Dia

Kredit: IGI @zahiriladzim

Dalam drama “Andai Tiada Dia”, watak Falah, yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim, merupakan seorang lelaki yang sentiasa hadir membantu Suri (Ummi Nazeera) ketika dia menghadapi kesusahan.

Selepas perceraian Suri dengan Haikal (Hisyam Hamid) dan penemuan bahawa Suri sedang mengandung, Falah muncul sebagai individu yang memberikan sokongan dan bantuan kepada Suri dalam menghadapi cabaran hidupnya.

@zahiriladzim

Wehhh! Dia kenal kawan ketua? Jom Usha #AndaiTiadaDia setiap ISNIN – KHAMIS, 10 malam di Astro Ria #OnDemand atau strim di AstroGO, #sooka app bila-bila masa dan di mana jua #JomUsha #AstroBaharu #AstroGO #sooka Terbitan @globalstationsb Arahan @rizabaharudin OST oleh @amir.masdi (Nur Cinta) Penerbit Novel @karyaseni Adaptasi novel @rissa_ahdiya Pelakon Utama: @umminazeera @hisyamhamid7 @missmimilana @zahiriladzim Barisan Pelakon: @mianasir91 @kodi_rasheed @auniyusrii @masanizan1 @paksu_shamsul_ghaughau @rizamin @lansiro82 @husnamustaffa @iamadammalek @rosnahjohari_rj, Rahim Omar dan ramai lagi… Jom Usha #AndaiTiadaDia di sooka! Strim tanpa kontrak, boleh layan kat mana mana je, bila–bila masa! Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang! ATAU Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! sookaGotAll, strim semuanya sekarang: www.sooka.my #AndaiTiadaDia #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita #SookaMalaysia #SookaGotDrama

♬ original sound – Zahiril Adzim – Zahiril Adzim

Pencapaian Zahiril Adzim

Zahiril Adzim, seorang pelakon Malaysia yang prolifik, telah mencapai pelbagai kejayaan dalam industri perfileman dan televisyen. Antara pencapaian utamanya termasuk:

Anugerah:

TahunAnugerahKategoriKarya
2009Festival Filem Malaysia ke–22Pelakon Harapan Lelaki TerbaikKAMI The Movie
2016International Motivational Film Festival Bridge Of Arts 2016 (Russia)Pelakon Lelaki TerbaikPekak
2019Anugerah Skrin ke-23One Two JagaPelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
2020Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33Pelakon Filem Lelaki Popular
Kredit: IGI @zahiriladzim
Kredit: IGI @zahiriladzim

Pencapaian-pencapaian ini mencerminkan dedikasi dan bakat Zahiril Adzim dalam industri hiburan Malaysia.

Fakta Menarik Mengenai Zahiril Adzim

  • Pada Jun 2018, Zahiril disenaraikan oleh Harian Metro sebagai salah seorang daripada 10 pelakon popular Malaysia yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global, bersama-sama dengan Nam Ron, Syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam, June Lojong, Chew Kin Wah, Maya Karin, dan Puteri Balqis.
  • Selain daripada filem dan televisyen, Zahiril juga aktif dalam bidang teater, menunjukkan kepelbagaian bakatnya dalam dunia seni lakon.
  • Beliau mempunyai bisnes butik baju sendiri iaitu bobbysansupply.

Tahniah Zahiril Adzim! Semoga saudara terus menunjukkan dedikasi dan komitmen dalam industri hiburan Malaysia, dengan penglibatan dalam pelbagai medium seni dan usaha untuk memperluaskan kerjaya ke bidang lain.

Sumber:

  1. Instagram @zahiriladzim
  2. TikTok @zahiriladzim
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut