Advertisements

YTP MARA 2021: Semakan Pinjaman Boleh Ubah Lepasan SPM

Advertisements

PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MUDA MARA @ YOUNG TALENT DEVELOPMENT PROGRAMME (YTP)

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.

Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan dan cara semakan permohonan.

Apakah Young Talent Development Programme @ YTP MARA?

Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar
cemerlang lepasan SPM 2020 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar
negara.

Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP MARA.

Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar permohonan.

ytp mara

SYARAT UMUM

Nak jadi orang pertama mohon BANTUAN KERAJAAN? Wajib join Telegram kami sekarang di https://t.me/ecentral

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  • Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  • Lulus pemeriksaan kesihatan.

SYARAT KHUSUS

  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2020.
  • Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.

Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

Baca juga: Pro-P MARA: Permohonan Program Pembangunan Profesional 2021

Jumlah Pinjaman Yang Akan Diterima

  • Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan.
  • Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.
  • Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Baca juga: Permohonan Biasiswa Sarawak Energy 2021 (Asasi & Sarjana Muda)

Tarikh Permohonan YTP MARA 2021

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA http://www.mara.gov.my mulai 19 April 2021 (Isnin) hingga 06 Mei 2021 (Khamis).

Cara Permohonan

  1. Layari Portal MARA http://www.mara.gov.my
  2. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu di pautan https://myeduloan.mara.gov.my/v2/ sebagai
    pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
  3. Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
  4. Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan seperti berikut:
    • i. Maklumat peribadi dan keluarga
    • ii. Cadangan Pengajian
    • iii. Ujian Psikometrik
    • iv. Perakuan keterangan

NOTA:

Senarai kursus, bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA boleh dirujuk di dalam syarat kelayakan program yang diletakkan di Portal MARA.

Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini pilihan kursus dalam tempoh ditetapkan setelah keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Semakan Keputusan

Semakan Keputusan Young Talent Development Programme (YTP) MARA 2021Semakan bermula:15 Julai 2021, 10.00 pagi sehingga 19 Julai 2021, 5.00 petang

Bagi calon yang berjaya, sila tekan Terima/Tolak tawaran selewatnya 19 Julai 2021, 5.00 petang.

Link semakan:https://www.mara.gov.my/semakan-keputusan-permohonan…/

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim yang disediakan atau emelkan kepada [email protected]

Leave a Comment