YONO Superapp – eWallet Kerajaan Negeri Sabah
YONO Superapp adalah satu aplikasi kewangan yang dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah untuk memudahkan urusan kewangan seperti pinjaman, insuran, dan banyak lagi servis kewangan. Ini termasuklah memudahkan semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai aplikasi YONO Superapp ini.
BACA JUGA: SYUKUR Sabah – Permohonan & Semakan Status Bayaran
Apa itu YONO Superapp?
YONO Superapp atau singkatannya “You Only Need One” ialah aplikasi kewangan yang dilancarkan oleh kerajaan negeri Sabah melalui syarikat subsidiarinya, Sabah Credit Corporation.
Aplikasi ini bertujuan untuk mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan kewangan dalam satu platform bagi memudahkan urusan pengguna.
YONO menggabungkan tiga aplikasi utama – YONO Finance, Sabah Pay, dan YONOPay – dalam satu platform mudah alih.
Ciri-ciri utama aplikasi ini termasuk:
- E-dompet YONOPay dengan had premium sehingga RM10,000
- Kemudahan pinjaman dengan kelulusan segera dalam masa satu minit
- Pelaburan dana bersama
- Insurans
- Pembayaran bil melalui platform Sabah Pay
Aplikasi ini merupakan langkah penting dalam usaha pendigitalan Sabah dan bertujuan untuk menjadi platform tunggal bagi keperluan kewangan rakyat negeri itu.
Visi & Misi
Visi YONO Superapp adalah untuk menggalakkan pertumbuhan positif dalam sektor kewangan, menekankan kerjasama dan ketelusan. YONO Superapp berhasrat untuk membina ekosistem sokongan yang meningkatkan kualiti & kecekapan interaksi kewangan, memberi manfaat kepada perniagaan & individu.
Misi YONO Superapp pula adalah untuk memperkasakan warga Sabah dengan menyediakan penyelesaian fintech inovatif yang boleh diakses, boleh dipercayai & mesra pengguna. Untuk merapatkan jurang antara kewangan tradisional dan inovasi digital. Untuk memastikan setiap individu & perniagaan boleh berkembang maju dalam landskap kewangan moden.
Fungsi YONO Superapp
Berikut adalah fungsi-fungsi utama YONO Superapp:
1. Akses kepada platform kewangan yang eksklusif, mudah, cepat dan selamat: Pengguna boleh mengakses pelbagai perkhidmatan kewangan dengan mudah.
2. YONOPay (e-dompet): Memudahkan pembayaran untuk perkhidmatan harian di Malaysia.
3. Mini-apps: Menyediakan pelbagai perkhidmatan dari kewangan hingga gaya hidup dalam satu lokasi yang mudah.
4. Pelbagai perkhidmatan kewangan: Termasuk kemudahan pinjaman, insurans, pelaburan, penulisan wasiat, dan perkhidmatan e-dompet.
YONO Superapp termasuk YONOPay boleh diakses di mana-mana sahaja di Malaysia. Anda boleh menggunakan perkhidmatan yang diperlukan pada bila-bila masa.
Cara Muat Turun YONO Superapp
Anda boleh memuat turun YONO Superapp dari pautan berikut:
- Apple App Store: https://shorturl.at/k1pFn
- Google Play Store: https://shorturl.at/V9iGC
- Huawei AppGallery: https://shorturl.at/raLHR
Cara Daftar (User)
Rujuk langkah-langkah berikut untuk mendaftar aplikasi ini sebagai pengguna:
- Muat turun YONO Superapp dari Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.
- Buka aplikasi dan tekan ‘Get Started‘, kemudian pilih ‘Register Now‘.
- Masukkan nombor telefon bimbit anda dan tekan ‘Continue‘.
- Anda akan menerima Kata Laluan Satu Kali (OTP). Masukkan nombor OTP tersebut.
- Baca Terma dan Syarat, pilih ‘I’ve read all the information provided, and agree to the Terms and Conditions‘, kemudian tekan ‘Continue‘.
- Isikan maklumat peribadi anda:
- Nama penuh seperti di kad pengenalan
- Nama panggilan
- Nombor kad pengenalan
- Tarikh lahir
- Jantina
- Kaum
- Alamat e-mel
- Daerah
- Tekan ‘Continue‘ setelah selesai.
- Sahkan semula nama penuh dan nombor kad pengenalan anda, kemudian tekan ‘Confirm‘.
- Masukkan alamat kediaman dan alamat surat-menyurat, tekan ‘Continue‘.
- Sahkan alamat emel anda dan periksa e-mel untuk pautan pengesahan.
- Selepas mengesahkan e-mel, teruskan dengan log masuk pertama kali.
- Masukkan nombor telefon bimbit anda. Anda akan menerima OTP. Masukkan OTP dan tekan ‘Verify Now‘.
- Isi maklumat yang diperlukan, ambil gambar kad pengenalan atau pasport (jika anda warga asing), dan ambil gambar diri anda.
- Selesaikan pendaftaran dengan menghantar gambar-gambar tersebut.
BACA JUGA: PADANS – Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah
Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) 2025 merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini.
Program ini menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan kepada penerima yang layak sehingga 31 Disember 2025 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM358.5 juta.
Maklumat Utama Program
- Jumlah Bantuan: RM300 sebulan (dibayar secara berfasa setiap tiga bulan dengan jumlah RM900).
- Tempoh Pelaksanaan: Januari hingga Disember 2025.
- Penerima Sasaran: Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih sehingga 31 Disember 2024.
- Jumlah Penerima: Dianggarkan memberi manfaat kepada 100,000 penerima di seluruh Sabah.
Jadual Pembayaran
- Fasa Pertama (Jan-Mac 2025): Bayaran bermula Februari.
- Fasa Kedua (Apr-Jun 2025): Bayaran bermula April.
- Fasa Ketiga (Jul-Sep 2025): Bayaran bermula September.
- Fasa Keempat (Okt-Dis 2025): Bayaran bermula Oktober.
Cara Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025
Penerima boleh menyemak status agihan bantuan melalui aplikasi YONO SuperApp. Rujuk langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi YONO SuperApp dari pautan berikut:
- Android: https://shorturl.at/V9iGC
- Apple: https://shorturl.at/k1pFn
- Huawei: https://shorturl.at/raLHR
- Daftar akaun baharu.
- Tekan butang “PSKR 2025” dan masukkan nombor kad pengenalan tanpa simbol (-) untuk menyemak status Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai program ini, hubungi talian rasmi:
- Program SYUKUR: 088-338338
- Bantuan YONO SuperApp: https://wa.me/60104576681
- Laman web YONO Superapp: https://yono.my/about/
- Facebook rasmi YONO Superapp
- FAQ: https://yono.my/faq-yono-superapp/