Wet World Pedas merupakan taman tema air yang tidak asing lagi dalam kalangan warga Negeri Sembilan.
Walau bagaimanapun, taman tema air dan lokasi air panas semulajadi ini telah pun ditutup sejak pandemik (2020) dan dikhabarkan sedang dalam proses penyelenggaraan dan baik pulih.
Sementara menunggu taman tema air ini dibuka semula, Wet World telah membuka Wet World Pedas Adventure Park untuk kunjungan semua!
Dibuka sejak 26 Januari 2025, Adventure Park ini menjanjikan keseronokan tanpa batas sehingga larut malam untuk semua peringkat usia.
Pelbagai gelongsor mengujakan dan aktiviti santai menarik pasti bakal memberikan memori terindah buat anda serta keluarga dan rakan-rakan.
Sempena pembukaannya, anda boleh nikmati harga promosi bagi tiket masuk. Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Waktu Operasi dan Harga Tiket Wet World Pedas Adventure Park
Dibuka setiap hari, waktu operasi bagi Wet World Adventure Park Pedas adalah pada jam 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam.
Harga Tiket
Kategori | Harga Tiket |
Kanak-kanak (umur 2-17 tahun) | RM 25 (harga asal RM 38) |
Dewasa (18 tahun ke atas) | RM 15 (harga asal RM 25) |
OKU dan Warga Emas (60 tahun ke atas) | RM 15 (harga asal RM 25) |
Bayi (bawah 2 tahun) | Percuma |
Cara Beli Tiket
Berikut kami kongsikan cara membeli tiket dengan mudah secara online :
- Pergi ke laman web onlyticket.com.my/ticket/?pt=2032
- Daftar masuk atau teruskan dengan ‘Proceed as Guest’.
- Pilih ‘Wet World Water Park’ dan klik Wet World Air Panas Pedas.
- Masukkan kuantiti tiket mengikut kategori yang ingin dibeli dan klik ‘Add to Cart’.
- Buat pembayaran secara online.
Lokasi
Untuk ke taman tema ini, anda boleh dapatkan lokasi di Google Map atau Waze.
Alamat : Lot 603, Jalan Tampin, Mukim, 71400 Pedas, Negeri Sembilan
Maklumat Lanjut
Sementara menantikan taman tema air Wet World Pedas dibuka semula, jom sama-sama kita nikmati aktiviti santai mengasyikkan di Wet World Adventure Park.
Bawa keluarga dan kawan-kawan untuk pengalaman yang penuh keriangan, gelak tawa, dan kenangan indah!
Tambahan pula, kini terdapat harga istimewa yang ditawarkan sempena pembukaan!
Untuk ketahui promosi terkini dan maklumat lanjut mengenai taman tema ini, sila ikuti laman Facebook Wet World Water Parks.
Baca Juga : GAMUDA Waterpark – Taman Tema Air Dengan Lebih 25 Tarikan!