Warna Hijau : Maksud Warna, Variasi & Padanan Sesuai

warna hijau
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Warna hijau merupakan salah satu warna yang disebut sebagai warna alam, selain warna coklat. Hal ini demikian kerana, warna ini boleh ditemui dengan mudah pada tumbuh-tumbuhan, rumput-rumput dan pokok-pokok di sekeliling kita. 

Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah jika warna ini juga dikatakan sebagai satu warna yang dapat menunjukkan atau membawakan maksud ketenangan dan keselesaan kepada si pemakai dan si pemerhati. 

Bagi anda yang meminati warna ini, pastikan anda terus membaca sehingga ke penghujung, kerana kami akan perkenalkan semuanya tentang warna ini seperti variasinya, maksud, dan padanan warna lain yang sesuai dengannya.

Maksud Warna Hijau

Warna hijau ini seperti yang dinyatakan pada bahagian pengenalan di atas, sering dikaitkan dengan alam semula jadi. Hal ini demikian kerana, warna ini boleh ditemui dengan mudah pada tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok di sekitar kita. 

Namun begitu, warna ini boleh membawa maksud atau konteks yang sangat luas dan berbeza mengikut budaya setempat. Berikut merupakan beberapa maksud bagi warna ini, berdasarkan budaya atau kawasan tertentu:

  • Budaya Barat
    • Dalam budaya barat, hijau boleh membawa makna positif seperti menjadi lambang tuah, kesedaran alam sekitar, dan kekayaan. 
    • Ia juga boleh membawa makna negatif yang merujuk kepada perasaan cemburu. Contohnya “green with envy” 
    • Hijau di Mexico, melambangkan kemerdekaan dan patriotisme. Di Amerika Selatan pula, hijau adalah warna kematian.
  • Budaya Asia Timur
    • Di negara Asia Timur, seperti di Cina dan di Jepun, warna ini menjadi lambang kesuburan, usia muda, dan alam sekitar.
    •  Namun, ia juga boleh membawa maksud kecurangan. Di China, topi hijau untuk lelaki adalah menandakan isteri mereka telah berlaku curang.
  • Budaya Timur Tengah
    • Di negara-negara Arab dan semestinya dalam agama Islam, warna hijau merupakan satu warna yang melambangkan ketenangan dan keindahan syurga.
  • Budaya Asia Tenggara
    • Hijau di Indonesia membawa maksud curang dan eksorsisme. Tetapi, di Malaysia, warna ini aura positif dan semulajadi. 

Sumber: Buzz & Eriksen Translations

Variasi Warna Hijau (Olive, Daun, Muda, Tua, etc) 

Warna hijau ini merupakan warna yang datang dalam pelbagai tona. Hal ini demikian kerana warna ini boleh menerima cahaya. Lebih banyak cahaya yang diterima lebih terang variasi warna yang dihasilkan, dan begitu juga sebaliknya.

Berikut kami kongsikan kepada anda antara variasi warna hijau yang popular atau sering digunakan dalam industri fashion dan lain-lain:

  1. Hijau Limau (Lime) (#32CD32)
  2. Hijau Zamrud (Emerald) (#50C878)
  3. Hijau Zaitun (Olive) (#BAB86C)
  4. Hijau Hutan (#228B22)
  5. Hijau Mint (#98FF98)
  6. Hijau Tua (#06402B)
  7. Hijau Kelly (#4CBB17)
  8. Hijau Muda (#96F97B)
  9. Hijau Lumut (#8A9A5B)
  10. Hijau Sage (#98A869)
  11. Hijau Neon (#39FF14)
  12. Hijau Turqoise (#04F489)

Berikut adalah contoh-contoh variasi warna hijau yang telah kami senaraikan:

Padanan Sesuai

Berikut merupakan beberapa padanan warna yang sesuai digabungkan bersama warna hijau. Anda boleh jadikan kombinasi warna berikut sebagai panduan anda dalam memilih pakaian, aksesori dan juga cat dan perabot rumah anda:

  • Kombinasi Biru dan Hijau Tua
  • Kombinasi Beige dan Hijau Lemon
  • Kombinasi Jingga dan Hijau Tua
  • Kombinasi Merah Jambu dan Hijau
  • Kombinasi Warna Pic dan Hijau
  • Kombinasi Hitam dan Hijau Limau 
  • Kombinasi Merah dan Hijau Zaitun
  • Kombinasi Oren, Kuning Mustard dan Hijau Lumut
  • Kombinasi Putih atau Emas dan Hijau Zamrud
  • Kombinasi coklat tua dengan hijau “sage

Anda boleh dapatkan periuk dan peralatan dapur warna hijau di Shopee dengan harga yang berpatutan

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut