Waktu Imsak Pahang 2024 (Ramadan 1445H) – JAKIM

Waktu Imsak & Berbuka Puasa Pahang 2024 / 1445 H

Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 12 Mac 2024.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia akan ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu juga bakal disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti tahun-tahun sebelumnya.

Berikut dikongsikan jadual waktu berbuka Pahang bagi tahun 2024.

Jadual ini berdasarkan takwim waktu solat JAKIM & Majlis Agama Negeri masing-masing.

Baca juga: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Pahang 2024 / 1445 H

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1445 H / 2024 BAGI SELURUH NEGERI PAHANG

*Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia

**Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia

ZON 1: Pulau Tioman

ZON 2 : Rompin, Pekan, Muadzam Shah, Kuantan

waktu imsak pahang 2024

ZON 3: Maran, Chenor, Jengka, Temerloh, Bera & Jerantut

waktu buka puasa 2024

ZON 4 : Bentong, Raub & Lipis

waktu berbuka puasa pahang

ZON 5 : Genting Sempah, Janda Baik & Bukit Tinggi

waktu buka puasa pahang 2024

ZON 6 : Bukit Fraser, Genting Highlands dan Cameron Highlands

waktu imsak dan buka puasa pahang

Anda boleh muat turun Jadual Waktu Imsak Dan Buka Puasa Tahun 1445 H / 2024 M di Laman Web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Hikmah Bersahur

AJAIBNYA RAMADHAN : KELEBIHAN BERSAHUR

“Sahurlah kamu, kerana di dalam sahur itu terkandung keberkatan”.

Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air.
Sabda Nabi SAW:

السحور بركة٬ فلا تدعوه ولو أن يجرع أحدكم جرعة ماء

Ertinya: “Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk air.

(Riwayat Ahmad)

Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.

Sumber: JAKIM

Hukum Makan Ketika Imsak

Ramai yang keliru mengenai waktu Imsak, Imsak atau Subuh itu dikira bermulanya Puasa?

Imsak bermaksud waktu ihtiyat (berjaga-jaga) iaitu 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

Waktu imsak bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka, pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta-merta dan kemudian sempurnakan puasa.

Walaupun kita disunatkan untuk melewatkan sahur, namun perlu berhati-hati agar tidak makan melebihi waktu yang telah ditetapkan kerana boleh membatalkan puasa.

Jadi, selesaikanlah sahur sebelum masuknya waktu, iaitu sebelum azan subuh agar tidak timbul syubhah (keraguan).

Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta.

Dah faham, kan?

Baca juga: JAKIM : Doa Berbuka Puasa & Ketika Hampir Berbuka